RESIPI Aiskrim Malaysia ‘Filling Cream Cheese’ Paling Laris, Boleh Dapat 60 Batang! Ada pelbagai jenis resipi dan variasi untuk membuat aiskrim Malaysia.
Namun jika inginkan kelainan untuk dibuat jualan mak-mak boleh cuba resipi Aiskrim Berperisa filling Cream Cheese ini pula. Memang sedap, lembut, berbaloi boleh dapat banyak malah cukup laris. Boleh juga dapat pendapatan sampingan di rumah nanti.
Ikut resipi Aiskrim Berperisa filling Cream Cheese yang dibuat jualan oleh Puan Nurul Zainuddin ini sebagai panduan.
Tak pernah terpikir langsung nak jual makanan sebelum ni. Memang saya minat berniaga tapi saya ni tak ada bakat memasak. Nak makan sendiri dan family boleh lah.Nak menguli, nak buat kuih memang tak berbakat. Buat kuih cara yang mudah tu pun boleh fail. Hahaha
Rezeki Allah nak bagi, sekarang saya dah jadi penjual aiskrim Malaysia, ni antara aiskrim saya yang hot selling. Aiskrim berperisa dengan filling cream cheese, setiap warna tu perisa yang berlainan.
Bahan-Bahan:
2 tin susu cair
2 tin susu pekat
10 tin air masak
Sedikit garam dan gula Emulco(apa jenis perisa yang suka, contohnya emulco pandan untuk aiskrim pandan cheese) Boleh beli di kedai bakery.
500 gram cream cheese ( recommended brand Tatura)
2 sudu susu pekat
Piping bag
Plastik untuk aiskrim jangan lupa.
Cara Membuat:
1. Masak 10 tin air bersama 2 tin susu pekat dan 2 tin susu cair.
2. Kacau sehingga sebati, letak sedikit garam dan gula untuk dapatkan rasa lemak manis.
3. Masak sehingga mendidih, kemudian asingkan bancuhan susu untuk diletakkan emulco/perisa. Bancuhan ni banyak ya, boleh pelbagai perisa yang suka.
4. Sementara tunggu bancuhan susu tadi sejuk, boleh lah sediakan bancuhan cream cheese.
5. Satukan cream cheese bersama susu pekat dan putar atau kacau sehingga kembang. Dah siap, masukkan cream cheese ni dalam piping bag, picit masuk ke dalam plastik aiskrim.
6. Jangan lupa ratakan cream cheese cantik-cantik dalam plastik tu. Bila susu dah sejuk, boleh la mula memintal.
Ads
Susun begini untuk mendapat pembekuan yang sekata.
Anggaran aiskrim yang dah siap nanti 50 hingga 60 batang mengikut saiz plastik yang guna. Banyak tau. Hehe
Ads
Doakan Nurul dimurahkan rezeki selalu serta dipermudahkan segala urusan ya kawan-kawan.
Mingguan Wanita: Nak cuba kelainan dan variasi buat aiskrim Malaysia, boleh cuba resipi yang dikongsikan ini. Memang sedap, boleh buat untuk makan sendiri seisi keluarga atau buat jualan pun boleh sangat.
Air Katira antara minuman yang selalu dijual di bazar Ramadan dan mendapat permintaan ramai. Rasanya yang sedap, berlemak manis memang melegakan tekak seharian berpuasa. Resipi asli air katira memang agak renyah dan menggunakan macam-macam bahan seperti biji selasih, susu, badam, kembang semangkuk dan sebagainya.
Namun waktu PKP ni, kalau teringin nak minum air katira versi ekspres boleh cuba cara yang dikongsikan oleh Siti Hajar Mat Rasit ini.Menurut wanita ini, serius sedap dan rasanya sama seperti air katira asli.
Berikut perkongsian tersebut;
“Semalam ramai yang tanya macam mana buat Air Katira ni. So makiti share kat sini jela ek macam mana nak buat Air Katira PKP. Jimat dan ekpres. Bahan-bahan simple je, yela nama pun ekpres kan. Walaupun ala ala je tapi serius sedap macam Air Katira asli.”
*Kenapa tebu? Tak rasa tebu ke nanti?
Iye tebu, takde rasa tebu pun sebenarnya. Rasa macam air Katira.
*Sukatan ikut sedap mata memandang sedap lagi tekak menelannya.
Cara Membuat:
1. Masukkan perasa tebu, susu, selasih dan cincau ikut banyak mana bancuhan.
2. Masukkan air kosong.
3. Titiskan sirap ros sikit supaya warnanya nampak dark sikit.
4. Masukkan ais.
(Mata makiti tak kenan tengok warna dari perasa tebu tu je, sebab tu tambah sirap sikit. Kalau hampa takmau letak pun takdak masalah, tak lari pun rasa dia kecuali la letak asam jawa)
Dah siap, kalau ada yang cukup bahan macam air katira asli, bolehlah ditambah ke dalamnya. Kalau takde, guna jela apa ada. Ye dokk? Walaupun ringkas, boleh tahan sedap juga. Dah buat nanti tag makiti ok.
Tak semua tempat senang cari katira, kembang semangkuk dan bahan lain dalam katira asli tambah-tambah tengah pkp ni. Dan tak semua orang rajin nak blend kurma dan daun pandan masa puasa ni. Sekali lagi diingatkan bahan yang ni versi ekspres, bukan niat nak lawan katira asli sekadar buat pelepas dahaga berpuasa. Maaf kalau ada tersalah dalam berkongsi resepi.
MW: Sedapnya air khatira. Terasa lemak manis dan sejuknya air ni. Mak-mak boleh cuba buat sendiri untuk minuman berbuka nanti, versi bajet dan ekspres.
Ada petua tertentu untuk memastikan bahan masakan seperti kunyit, halia, serai dan lengkuas, kekal segar serta tahan lebih lama. Bukan apa boleh dikatakan bahan-bahan masakan seperti kunyit, halia, serai dan lengkuas ini merupakan antara bahan penting yang mesti ada di dapur. Terutamanya jika kita gemar memasak menu seperti gulai,sup, masak lemak, rendang dan sebagainya.
Namun, kebiasaannya juga bahan-bahan ini kita gunakan hanya sedikit sahaja selebihnya disimpan di dalam peti sejuk dan selalunya bahan-bahan ini tidak tahan lama, ia mudah menjadi kering, busuk dan tak boleh digunakan lagi. Akibatnya, lebihan halia, lengkuas atau kunyit yang tidak habis digunakan ini akan dibazirkan begitu sahaja.
Perkara ini boleh diatasi sekiranya mengikut petua dan cara yang betul penyimpanannya. Malah kunyit, lengkuas, serai dan halia ini mampu boleh bertahan sehingga dua bulan, masih elok, segar serta masih boleh digunakan untuk sebagai bahan memasak dalam tempoh tersebut. Ikut petua ini.
Cara-Caranya:
1.Cuci bersih kunyit, lengkuas, serai dan halia.
2.Masukkan kunyit, lengkuas, serai dan halia yang masih segar ke dalam bekas bertutup yang berisi air.
3.Simpan dalam peti sejuk.
4.Pastikan air bersih ditukar tiga atau empat hari sekali, jangan biarkan sehingga air berlendir.
Selamat Mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Rupanya tak susah mana pun nak buat resepi Chizza iaitu makanan gabungan piza dan ayam. Sekarang ini tengah meletup-letup dekat restoran makanan segera.
Cara mudah buat resepi chizza ini dikongsikan oleh Rara Rawdah. Bahan-bahan yang digunakan juga tak susah nak cari.
Katanya, “Tak puas makan chizza dekat KFC, jadi buat sendirilah. Double-double sedap dia. Coat ayam pakai tepung Bestari je.”
Resepi Chizza Ala KFC
Ayam
Dada ayam – belah 2 bagi nipis
Tepung Bestari – yang pedas
Caranya
1. Perap dada ayam dengan tepung yang dicampur air sedikit.
2. Ambil dada ayam yang telah diperap tadi dan gaulkan dengan tepung kering. Terus goreng.
Topping
Sos Prego – ikut selera nak perisa apa
Nenas dalam tin
Cili benggala merah
Keju Mozarellah – parut
Chili flakes
Caranya
1. Selepas goreng ayam tak perlu tunggu sejuk.
2. Terus letak topping ikut kreativiti masing-masing.
3. Kemudian, bakar dalam oven 5 minit pada suhu 150 celsius
4. Dah siap!
Nota : Kalau tak ada oven, boleh guna pemanggang ajaib suhu api sederhanauntuk buat resepi chizza ni.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...