
Isi Kandungan
ToggleResipi Aiskrim Jeruk Mangga Rangup, Masam Manis Selalu Buat Jualan! Jika selalu buah mangga yang banyak, kita makan begitu sahaja atau dibuat jeruk, rupanya boleh dibuat aiskrim juga. Memang sedap masam manis malah yang paling penting, buah mangga yang dijeruk tersebut tetap kekal rangup tak lembik.
Ikut cara yang dikongsikan oleh Puan Syidah Saiful ini, resipi Aiskrim Jeruk Mangga yang selalu dibuat jual.
AISKRIM JERUK PAUH@MANGGA
Selalu buat untuk jualan tapi lama dah tak buat sebab tak berapa rajin..ghisau.
Bahan-Bahan:
Mangga
Air
Garam
Gula
Cara Membuat:
1.Potong buah & rendam air garam semalaman (untuk buang getah & merangupkan).
2.Angkat ,bilas & toskan hingga tak ada air yang menitik.(Ni part penting tau, kalau tak lembik isinya nanti.
3. Masak air gula, kasi manis sikit ya. 1 bekas air yang saya buat tu 3kg gula @ 12 liter air. Sebab nanti bila proses menjeruk tindakbalas dari rasa masam & air dalam buah akan buat air jeruk payauuu kalau kedekut gula.Jadi tak ada rasa masam manis tu.
4. Bila air gula dah masak, biarkan BETUL-BETUL sejuk. Nak cepat, anginkan dengan kipas. Kalau masukkan masa tengah suam,jeruk akan lemau & lembik nanti. Taruk dalam bekas bertutup, peram 2 hari jadilah jeruk buah mangga.
5. Angkat mangga sahaja, letak dalam bekas@ besen dan isikan dalam plastik. Masukkan air jeruk, pintal dan bekukan.
Siap!

Mesti Baca:RESIPI Aiskrim Malaysia ‘Filling Cream Cheese’ Paling Laris, Boleh Dapat 60 Batang!
Baca Lagi Di Sini:Peniaga Sedekah Resipi Air Balang Keladi Aiskrim Vanilla Untuk 40 Liter!
Artikel Menarik:Buat Aiskrim Mewah Ala-Ala Magnum Guna 4 Bahan, Boleh Dapat Lebih 20 Batang!
Mingguan Wanita: Begini rupanya nak buat aiskrim jeruk mangga yang sedap, jeruk mangganya kekal rangup dan tak lembik. Boleh cuba buat untuk jualan.
Sumber: Syidah Saiful
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Netizen Meremang Tengok Aksi Tapak Rajawali Pesilat Cantik Sabah, Juara Pencak Silat Dunia

Isi Kandungan
ToggleNetizen Meremang Tengok Aksi Tapak Rajawali Pesilat Cantik Sabah, Juara Pencak Silat Dunia. Menerusi sebuah video yang kini tular di aplikasi Tik Tok sememangnya meremang melihat aksi seorang pesilat wanita yang mewakili negara.
Memang padu gerakan atlet Malaysia ini! Menerusi video yang tular itu dari permulaan hinggalah habis membuatkan mereka yang menonton teruja. Malah netizen juga memuji aksi pesilat wanita itu.
Perkongsian rakaman Silat Tari Sembah oleh atlet Malaysia ini telah meraih jutaan tontonan. Malah netizen juga turut memuji gerak gaya atlet wanita ini dalam pertandingan 19th WORLD PENCAK SILAT WORLDCHAMPIONSHIP 2022 MALAYSIA.
@acap.b Focus next step watii 🔥 #fyp #foryoupage #fypシ #fypage #ayuhmalaysiaku #malaysia #worldpencaksilatchampionship #silat ♬ original sound – MohdAsyrafHazwann
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Netizen Meremang Tengok Aksi Tapak Rajawali Pesilat Cantik Sabah
Malah Pesilat yang berasal dari Keningau, Sabah yang bernama Merrywati Manuil ini juga mengucapkan syukur kepada rakyat Malaysia yang menyokong dirinya dan Pasukan Silat Kebangsaan.
“Terima kasih semua …Mohon selitkan nama sy dalam doa korang utk game game akn dtg..terima kasih sokong saya Demi Malaysia!!”
Persembahan Tari Silat Yang Hebat, Dalam Keayuan Ada Dia Sebagai Srikandi
Gadis manis ini juga mendapat pujian ramai netizen. Malah persembahan Aksi Tapak Rajawali Merrywati juga begitu hebat.
Baca Disini : Tahniah Pandelela Rinong! Usia 28 Tahun Bergelar Datuk, Anugerah Inspirasi Terus Berjuang Dalam Sukan Terjun
Wanita ‘Badang’ Luar Biasa Hebat, Selamba Mampu Angkat Berat Hampir 200Kg!

Mingguan Wanita : Memang meremang bulu roma bila menonton aksi silat tari Merrywati.
Sumber /Sumber Foto : Instagram Merrywati & Tik Tok Acap.b
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Panjang Lebar Lelaki Ini Jawab Pertanyaan ‘Kenapa Tak Nak Anak Ramai’

Isi Kandungan
ToggleMakcik bawang kalau bertanya memang tak agak-agak. Boleh menusuk sampai ke tangkai hati. Silap hari bulan, boleh memendam rasa berhari-hari. Kalau yang lelaki pun boleh sampai makan dalam, inikan pula orang perempuan. Haa.. cuba hadam perkongsian Jammal Al Attan ini.
Nanti anda akan faham kenapa pertanyaan-pertanyaan, ‘kenapa anak tak ramai’ ‘kenapa tak nak tambah anak’ dan sebagainya, semua itu boleh buat seseorang hilang hormat pada si penanya.
Buat Anak Senang Kak..
Setiap tahun apabila aku berjalan beraya kerumah sanak saudara atau kerumah kawan-kawan lama, pertanyaan yang kerap kali aku dengar daripada mereka selalunya begini.
“Anak kau, berapa orang?”
“Dua orang jer, tambah lah lagi seorang! “
“Takkanlah dua orang jer, mana cukup..”
“Anak ramai ni bagus, rezeki kita luas..”
Dan segala macam mak nenek persoalan yang akan aku terima. Macam biasa aku akan buat muka serius atau buat muka bodoh tiada perasaan.
Biasanya kalau mulut aku sudah terbuka dan bercakap, pasti yang mendengar jawapan aku akan jadi murung 50 tahun akan datang atau selama-lamanya.
“Buat anak senang kak, 5 minit je sudah siap. Kalau nak lagi ramai buat dalam 2 jam ke 3 jam sehari, ramai lah!”
“Bukan tak nak anak ramai tapi takut tak terjaga nanti. Buat pandai tapi hanya pandai buat je lah. Lepas itu lepas tangan. Anak-anak jadi setan macam perangai mak bapak budak..”
Dan jawapan balas yang paling popular daripada bangsa kita yang selalunya aku akan terima, bunyinya macam ini.
“Heyyyy..jangan khuatir, semua anak-anak ada rezeki dia masing-masing. Kau jangan risau. Insyaallah ada..”
Dan bla bla bla…
Hotak awak! Itu je lah modal mereka kalau bercakap bab anak-anak. Rezeki anak-anak. Tak habis-habis bagi jawapan yang sama.
Naik Muntah Mendengarnya
Sebab apa aku bercakap begini, sebab aku hari-hari tengok orang ada anak ramai, selalu gagal berlaku adil dengan anak-anak mereka.
Terutamanya macam sekarang. Hari raya tinggal beberapa hari lagi. Nak beli baju raya baru anak seorang satu helai pun payah. Siap boleh bergaduh laki bini depan anak-anak.
Kau sudahlah susah. Gaji pun bukan banyak mana. Isteri pula kau larang bagi bekerja. Kononnya kau semua boleh tanggungjawab tapi akhirnya hancur menyakitkan hati isteri kau dan anak-anak.
Kepada yang bergaji besar dan berduit mungkin ini bukan satu masalah tapi selalunya yang aku nampak, jenis hidup setiap bulan dapat gaji, habis!
Nak menyimpan sebulan RM50 pun susah!
Orang yang jenis ini yang ramai. Orang yang suka bagi jawapan, anak-anak semua ada rezeki masing-masing. Jangan risau atau takut.
Jawapan Untuk Melepaskan Diri!
Kau dah buat anak ramai-ramai dan kemudian kau tak mampu nak bagi semua lalu kau bagi jawapan selamat macam tadi itu.
Maka tidak hairanlah ramai anak bangsa kita bila besar jadi setan. Bukan jadi manusia yang kau kagumkan.
Jadi mat rempit setiap malam buta. Jadi mat raver. Jadi mat makan ais.
Kalau kau rajin, cuba kau ajak berbual dengan mereka dan bertanya tentang kehidupan mereka.
Soalan pertama sekali kau tanya pada mereka ialah adik-beradik kau berapa orang?
Kemudian baru kau tanya mak bapak kau orang mana, tinggal kat mana.
Ikut daripada pengalaman aku, jawapan yang diberikan adalah sama. Adik-beradik ramai dan mak bapak jenis tak peduli dengan anak-anak. Bukan tak peduli tapi sebenarnya sampai tak terjaga anak-anak sendiri.
Sebab mak bapak sibuk mencari rezeki untuk menampung keperluan kehidupan mereka sekeluarga.
Macam ini ke, anak-anak ada rezeki mereka masing-masing?
Nak Hidup Pun Susah
Bagaimana mereka nak dapat rezeki mereka?
Anak-anak kau belum besar lagi rezeki dah tersekat. Bagaimana tak tersekat, makan minum mereka pun kau tak mampu nak urus. Seluar baju setahun sekali nak bertukar beli baru pun susah. Siap nak bergolok gadai dan meminjam daripada orang lain.
Kau sebagai mak bapak, tak terasa malu ke? Buat anak ramai-ramai pandai tapi ke laut menjaganya. Belum cukup besar anak-anak sudah koyak rabak emosi dan mental mereka sebab mak bapak gagal bertanggungjawab dengan anak-anak mereka.
Kemudian kau cuba yakinkan pada orang lain dengan bagi contoh macam ini.
“Kau tengok anak-anak Haji Kahar, semua anak-anak dia 30 orang, semua berjaya. Semua jadi orang berguna. Syukur Alhamdulillah..”
Dan diulang tayang setiap tahun.
Kau sudah lupa ke Haji Kahar hidup dalam tahun berapa? Semua benda boleh di cari dibelakang rumah. Nak ubi kayu, nak buah kelapa, nak ikan haruan, nak buah mangga, semua main ambil begitu sahaja.
Hari ini kau boleh buat macam itu?
Rumah kau rumah sewa. Motor pun hutang. Gaji cukup-cukup. Kau baju sendiri pun jenis akhir sekali dibeli 15 tahun yang lepas!

Tapi ada hati nak nasihatkan aku buat anak ramai-ramai, hak tuiii.
Nak Anak Ramai Tiada Masalah
Jika kau mampu tanggung mereka. Kau boleh berlaku adil pada mereka. Kau tidak terasa terbeban untuk membesarkan mereka.
Senang cakap kau pandai buat dan kau pandai bela. Bukan selepas buat kau berserah pada nasib. Janji dapat hidup dan membesar, nak jadi apa itu terpulang pada nasib mereka.
Kalau daripada awal lagi otak kau sudah berfikir cara ini, kau agak-agak rezeki yang bakal anak-anak kau terima agaknya macam mana?
Mereka akan berubah jadi orang yang lebih baik daripada mak bapak mereka atau mereka akan sambung cara mak bapak mereka membesarkan mereka?
Ia sudah jadi satu tradisi budaya turun temurun keturunan kau!
Buat anak ramai-ramai tapi tak jadi apa. Jadi penyambung kau punya legasi entah apa-apa ntah. Itu yang kau nak banggakan?
Cuba Kau Lihat Bangsa Lain
Ekonomi negara ini mereka yang kawal. Cuba kau kira, anak-anak mereka ada berapa orang?
Walaupun sebenarnya mereka mampu ada lebih banyak daripada itu tetapi mereka tidak buat, kau pergi tanya mereka. Kenapa?
Biasanya jawapan yang diberikan cukup simple. Anak ramai kalau tak boleh jaga, nak buat apa?
Ini pandangan aku. Kau tak perlu nak setuju sangat. Ini apa yang aku nampak. Kalau kau nampak yang lain, itu hak kau. Tiada siapa nak mempersoalkannya, hak masing-masing. Anak kau bukan anak aku.
Buat apa aku nak peduli.
Atau kau memang buat anak ramai-ramai untuk cuba nasib, mana tahu dalam ramai-ramai anak kau itu, seorang akan jadi macam Najib Razak atau seorang lagi jadi macam Tun Mahathir?
Aku main teka jer. Aku rasa macam itu lah. Kau rasa macam mana pulak?
#JaaparQhuntom
King of Bawang Republic
Sumber/Foto : Jammal Al Attan
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Selalunya Orang Datang Untuk Potong Seluar, Tetapi Dia Pula Minta Labuhkan,”

Isi Kandungan
Toggle“Selalunya Orang Datang Untuk Potong Seluar, Tetapi Dia Pula Minta Labuhkan,”. Sesi persekolahan akan bermula minggu hadapan, namun ramai sebenarnya yang masih bergelut dalam membuat persediaan persekolahan untuk anak-anak. Baik daripada kelengkapan sekolah, buku-buku, yuran, pakaian dan sebagainya.
Berbeza agama dan bangsa namun itu bukan halangan kepada Sharipah Sadiah Khalid untuk membantu mengubah suai seluar sekolah remaja lelaki India tanpa mengambil upah. Kisah itu mendapat perhatian selepas wanita berusia 40 tahun itu berkongsi cerita menerusi hantaran di Facebook (Fb).
Sikap Sharipah Sadiah yang tidak berkira itu mendapat reaksi positif dengan rata-rata netizen memuji kebaikannya.
Rasa Kasihan
Berkongsi kisah sebenar, dia berkata, remaja lelaki itu, M Santosh, 15, datang berseorangan ke kedai jahitnya pada petang Ahad lalu.
“Saya selalu nampak dia dan kenal muka cuma tak tahu nama. Dia pun pernah tiga kali datang ke kedai saya untuk ‘alter’ seluar cuma kali ini dia datang untuk labuhkan.
“Warna seluarnya nampak lusuh dan melihat keadaan itu, timbul rasa kasihan kerana selalunya orang datang untuk potong tetapi dia pula minta labuhkan.
“Ikutkan tak boleh buat tetapi saya tak sampai hati nak tolak kerana kasihan jadi ambil juga,” katanya.
Hantar Sendiri Seluar Ke Rumah
Menurut Sharipah Sadiah, selepas seluar siap diubah suai, remaja lelaki berkenaan tidak datang ke kedainya.Jadi, dia ambil inisiatif menghantar sendiri seluar berkenaan ke rumah remaja lelaki terbabit.
“Sepatutnya dia (datang) ambil kelmarin tetapi tidak datang dan kebetulan, saya tahu rumahnya kerana anak pernah main basikal dengannya.
“Maka, saya pun datang ke rumahnya untuk beri seluar itu dan remaja berkenaan terkejut mungkin kerana tak sangka.
“Dia dan ibunya nak beri upah tetapi saya tolak kerana memang niat nak bantu,” katanya.
Contoh Baik Untuk Anak Muda Lain
Berhubung hantaran di Fb yang tular, Sharipah Sadiah berkata, niatnya adalah untuk berkongsi kisah remaja itu yang dianggap satu contoh baik untuk anak muda lain.
“Saya bukan nak ceritakan dia (remaja lelaki) susah kerana nampak keluarganya tidak begitu malah rumahnya sangat bersih.
“Cuma, mesej cuba saya sampaikan adalah ada lagi anak muda kini yang bertolak ansur dengan ibu bapa dan tak desak untuk pakaian sekolah baru.
“Terkejut juga apabila tular namun rata-rata komen diterima positif malah ada yang minta saya masukkan duit ke akaun saya dan minta sampaikan sumbangan kepada remaja berkenaan,” katanya.
Enggan Susahkan Ibu Bapa
Sementara itu, Santosh ketika dihubungi berkata, dia hantar seluar berkenaan untuk diubah suai kerana enggan menyusahkan ibu bapanya.
“Seluar itu baru dibeli pada tahun lalu dan masih elok cuma perlu dilabuhkan.

“Disebabkan itu, saya hantar untuk ‘alter’ kerana tak sampai hati nak minta ibu dan ayah beli yang baru.
“Lagipun, saya ada tiga adik beradik lain masih bersekolah dan ekonomi sekarang juga tidak baik jadi apa salah pakai yang lama,” katanya yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Warisan Puteri, di sini.
Mesti Baca:Cara Mudah Bersihkan ‘Daki’ Baju Sekolah, Guna CIF, Sapu, Gosok Saja, Hilang Kotoran!
Baca Lagi Di Sini:Senangnya Nila Baju Sekolah Guna Mesin Basuh,Tak Bercapuk Nampak Seakan Baru!
Artikel Menarik:Sebelum Temui Ajal, Arwah Dah Siap Basuh, Lipat Dan Gosok Baju Sekolah Anak, Rumah Pun Dikemas Bersih
Mingguan Wanita:Terbaik tukang jahit ni, tek berkira untuk membantu orang lain di dalam kesusahan dan tahniah juga buat remaja ni, tidak meminta-minta dan menyusahkan mak ayah untuk membeli pakaian sekolah baru.
Sumber: Hmetro
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI