Resipi Aiskrim Bluemint Dynamite Sedap Untuk Yang Baru Nak Belajar Buat!

Share

Buat mak-mak yang suka buat aiskrim Malaysia tak kiralah untuk makan sendiri atau dibuat jual boleh cuba perisa baru menggunakan gula-gula Bluemint Dynamit ini. Warnanya cantik kebiruan, lemak dan menyegarkan pasti ramai yang sukakan rasanya.

Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Che Marlyah Ina Saad ini sebagai panduan;

“Aiskrim Malaysia.Aiskrim Bluemint Dynamite.First time buat dan nak merasanya.Orang lain dah berzaman buat. Suami cakap aiskrim alien ke.Bila dia dah rasa, dia cakap sedap.”

“Selit jelah resepi.. kot ada yang baru nak belajar buatkan”

Bahan-Bahan:

1 tin susu cair*
1 tin susu pekat manis*
4 tin air*
1/2 sudu kecil kecil garam*
5 sudu besar tepung ubi rata ya, jangan membukit sangat.
(Dibancuh dengan air dahulu)

Pewarna makanan (biru)
Gula-gula dynamite secukupnya.

Cara Membuat:

1.Masukkan bahan yang bertanda * ke dalam periuk.. kacau bagi sebati.
2.Kemudian didihkan atas api sederhana hingga mendidih.
3.Sentiasa kacau supaya tidak berkerak.
4.Dah mendidih, masukkan air tepung ubi dan pewarna biru ke dalam susu tadi.
5.Kacau-kacau bagi sebati dan mendidih jap.
6.Tutup api.. sejukkan dan tapis ke dalam jug.
7.Masukkan 2 biji gula dynamite yang telah di ketuk hancur, ke dalam plastik aiskrim.
8.Tuang susu biru ke dalam plastik, simpul bagi kemas siap.

Dah siap menyimpul sedia untuk dibekukan.
Aiskrim dah beku, sedia untuk dinikmati.

Baca Di Sini:Tepung Jagung, Garam & Esen Vanila, Rahsia Aiskrim Malaysia Ini Sedap, Lembut & Lemak!

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat! Buat mak-mak yang nak buat sendiri untuk anak-anak, mahupun golongan suri rumah yang nak cari pendapatan sampingan, boleh lah cuba kelainan perisa Bluemint Dynamite sedap yang dikongsikan ini.

Sumber:Che Marlyah Ina Saad

Published by
Suhaidah Abd Wahab