RESIPI ‘Air Sirap Mak Su’ Rasanya Bukan Main Sedap Lagi, Terbawa-Bawa Dalam Mimpi!

Share

RESIPI ‘Air Sirap Mak Su’ Rasanya Bukan Main Sedap Lagi, Terbawa-Bawa Dalam Mimpi! Walaupun hanya air sirap namun rasanya bukan biasa-biasa. Sedap, wangi dan aroma luarbiasa apabila letak jintan manis, buah pelaga dan daun pandan. Ditambah dengan ketulan ais, cukup melegakan tekak setelah seharian berpuasa.

Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Azizah Zainuddin ini sebagai rujukan.

Air Sirap Mak Su

Satu lagi resepi yang saya pelajari ketika berada di kampung Pulau Pinang. Kali ini belajar dengan mak su.

Air sirap ini adalah air wajib ada dalam peti ais. Kalau sampai di kampung, air inilah yang akan dicari terlebih dahulu.

Air sirap ini tidak pernah berubah rasa sejak pertama kali saya minum pada tahun 2006 hingga kini.

Air sirap je pun!

Sirap bukan sebarang sirap tau, rasanya bukan main sedap lagi. Boleh terbawa-bawa sampai mimpi. Hihihi.

Bahan-bahannya seperti berikut,

1 Kg gula pasir
1 Sudu besar jintan manis
1 Sudu besar buah pelaga
2 Helai daun pandan
2 Sudu sirap
Air secukupnya

Cara Membuat:

1.Semua bahan tersebut disatukan dan dididihkan sehingga pekat mengikut citarasa masing-masing. Lagi lama dimasak, lebih bagus.

Campuran jintan manis dan buah pelaga akan membangkitkan aroma dan rasa air sirap yang sedap.Ditambah pula dengan wangian daun pandan.

 

 

2. Selepas siap dimasak, biarkan sejuk kemudian ditapis dan disimpan. Apabila hendak minum, ambil dan bancuh dengan air.

Selamat mencuba!

Semoga manfaat resepi ini akan mengalirkan pahala berterusan buat mak su.

Mesti Baca:Resipi Air Sirap Sarbat, Sirap Lejen Dari Penang, Sangat Sedap & Wangi Lagi!
Baca Lagi Di Sini:RESIPI Air Balang Ais Lemon Pudina Laici Asam Boi, Laku Keras Habis Setiap Hari!


Artikel Menarik:Resipi Air Limau Kasturi, ‘Blend’ Terus Dengan Kulit Pun Tak Pahit, Wajib Cuba!

Mingguan Wanita: Sedapnya resipi air sirap ni. Rasa cukup beraroma. Bleh cuba buat nanti.

Sumber:Azizah Zainuddin

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Suhaidah Abd Wahab