Resipi AIR LAWA, Cicah Daging Rebus @ Bakar, Sedap & Padu Mengalahkan Air Asam

Share

Air lawa. Bunyi macam pelik namanya. Sebenarnya, ia macam air asam juga. Sedapnya kalau dapat cicah dengan ikan bakar. Tak perlu lauk lain pun dah cukup.

Mungkin ada antara kita tka pernah denganr air lawa. Tapi kalau sebut air asam semua orang tahu. Inilah air asam yang boleh kita makan dengan daging rebus, daging bakar atau perut. Nak makan dnegan ikan bakar pun boleh. Ikut selera masing-masing.

Resipi istimewa dari Ida Shahida untuk raya korban nanti. Boleh jadikan salah satu menu yang wajib ada untuk cicah dengan daging yang dimasak nanti.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Cara BERSIHKAN & RESIPI Perut Lembu Rebus Air Asam Paling Seksi!

Rupanya Rahsia Buat Air Asam Sedap,Tambah Kerisik & Belacan Tak Perlu Dibakar, Barulah Rasanya Asli!

Air Lawa, Resipi Air Asam Paling Sedap

Ini adalah sambal yang saya guna untuk cicah daging rebus. Mesti selera makan akan bertambah-tambah dengan kesedapan dan keharuman sambal ini.

Kalau orang melayu, pasti kena dengan selera melayu dan paling bestnya, kesedapannya mengalahkan semua air asam untuk cicah daging.

Resipi Air Lawa – Ia sejenis air asam yang tidak dimasak untuk dicicah dengan daging atau ayam bakar/rebus.

AIR LAWA (cicahan daging rebus atau bakar)

Bahan:
2-3 kilo daging@perut – direbus empuk
(jika hanya sekilo daging, dikurangi bahan)

Bahan A : Dikisar halus
10 batang serai
½ inci halia
1 inci lengkuas
1 genggam kelapa parut disangai (jika ada)
15 ulas bawang merah
1 gengam daun kesum* (ambil daunnya sahaja)
4 tangkai daun selom (laksa)*
10 helai cekur*
10 helai daun selasih*
(sekiranya tiada kesemua jenis daun tersebut, maka gunalah yang mana mana ada di antaranya sahaja).
15 biji cili padi – (suka pedas boleh tambah)
3 tangkai cili besar/merah
1 sudu belacan bakar

Bahan di atas dikisar sekalian semuanya.

Bahan B
1 cawan santan segar kental @ 1 kotak kecil (200ml) santan
(tak perlu dimasak jika air lawa berlebihan simpan dalam peti ais untuk dimakan esok pulak)
3 sudu kerisik
2 biji air limau nipis
Garam
1 sudu gula putih
1 sudu gula merah
ajinomoto (jika suka) (boleh tambah/kurang apa2 bahan diatas ikut sedap rasa anda)

Cara Membuat:
1. Masukkan bahan yang dikisar halus tadi dalam bekas.
2. Campurkan santan, kerisik, garam, gula, dan air limau nipis.
3. Gaul semua bahan sehingga sebati. Dah siap maka bolehlah dicicah dengan sebarang jenis daging atau pun ulam ulaman…


.


.

Mudah kannnnnn….

Saya Hidangkan bersama daging rebus dan perut.(sebagai pencicah)
pastu makan ngan nasi panas panas. Sedap sangat.

Mingguan Wanita : Kecur pula air liur ye. Nanti kita cuba buat.

Sumber: Ida Shahida

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora