Resipi Air Jamu Asam Kunyit, Banyak Khasiat Senang Nak Buat!

Share

Selain kecantikan luaran, kesihatan dalaman juga perlu dijaga. Ada ketikanya, walaupun dah cukup rehat, badan tetap rasa lesu, ‘lemau’ dan tak bertenaga. Jika dalam situasi macam ni, ada baiknya amalkan jamu tradisonal seperti Air Jamu Asam Kunyit ini. Memang banyak khasiatnya dan nak buat pun mudah.

Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Ct Mazni ini sebagai panduan;

Selamat pagi Badan rasa tidak bertenaga?
Lesu, lemau?
Kerap mengantuk?

Hari ni #satuharisaturesepi kita share resepi air asam kunyit guna bahan basic.
Air asam kunyit ni banyak khasiat dan sangat senang nak buat. Boleh ulang-ulang minum kalau ikut sukatan ni.

Untuk yang nak berniaga, boleh jadikan kos bahan untuk pengiraan margin.

Kos;
Kunyit hidup (RM6/kg)
Temu kunci (RM10/kg)
Asam jawa (RM3.5/500g)
Gula Melaka (1biji/RM0.70)

RESEPI AIR ASAM KUNYIT

Bahan-Bahan:

1/2 kg Kunyit hidup (sagat/blender)
Segenggam temu kunci (ketuk)
1/2 genggam asam jawa
1 biji gula melaka
4.5liter air
1/3 sudu kecil garam

Cara Membuat:

1.Sagat/Kisar kunyit. Ketuk temu kunci. Masak air dan masukkan semua bahan.
2.Biarkan mendidih. Dah pekat, boleh tutup api.


3.Tapis dan simpan.

Cara Minum:

Panaskan dan boleh diminum ketika panas.
Sesuai untuk lelaki, perempuan, ibu pantang bersalin, perempuan period dan keguguran.

Khasiat Air Jamu Asam Kunyit:

  • Menghilangkan sakit-sakit badan.
  • Melancarkan peredaran darah.
  • Mengurangkan lemak dalam badan.
  • Memberi tenaga.
  • Membuang angin dalam badan.
  • Melancarkan darah haid & nifas.
  • Merawat masalah senggugut.
  • Menghilangkan bau-bau badan.
  • Memberi kecergasan tubuh.
  • Melawaskan pembuangan

Info Ekstra!

  • Temu kunci saya beli dekat Pasar Besar Klang. Bahagian sayur kampung.
  • Rasa Air Jamu Kunyit ni sedap. Tak pahit langsung. Tapi jangan terlebih temu kunci, nanti boleh pahit.

Selamat mencuba!

Baca Lagi Di Sini:
Jamu Halia Madu Atasi Perut Sebu, Buncit & Singkir Angin Dalam Badan, Wanita Ini Kongsikan Resipinya

Cara Buat Sendiri Jamu Buang Angin, Lawaskan Perut,Atasi Keputihan, Kecutkan Peranakan & Awet Muda

MW: Semoga perkongsian ini bermanfat. Jadi jika badan rasa letih, lesu dan tak bertenaga boleh amalkan air jamu asam kunyit ni. Jamu tradisional yang mudah untuk disediakan dan bagus untuk kesihatan dalaman.

Sumber: Ct Mazni

JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW

Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.

Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW

 

Mingguan Wanita juga boleh diikuti di

YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

Telegram: https://t.me/bangkitwanitaMW

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita

Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Suhaidah Abd Wahab