Resipi Air Jagung Leleh, Guna Lima Bahan Saja. Segelas Tak Cukup Nie!

Share

Musim-musim panas nie, mesti mak-mak mencari ais je. Dahaga katakan. Kalau boleh tak nak ais kosong saja, mahunya ais yang manis-manis. Tambah-tambah sekarang nie bukan senang nak dapatkan ais yang best ikut tekak kita.

Apa kata mak-mak buat sendiri air jagung leleh yang dikongsi oleh Fyza Shah. Bukan mak-mak je yang suka, anak-anak lagilah. Menurut Fyza:

“Air jagung blended yang lemak manis, tekstur yang super gebu, boleh sejukkan tekak yang kering dengan keadaan cuaca sekarang ni. Segelas pun tak cukup ni.
“Resipinya cukup senang, hanya guna lima bahan sahaja.

Bahan-bahan:
Kordial jagung
Susu pekat
Susu cair
Gula
Krim jagung/aiskrim

1. Masak air jagung dulu.
2. Lepas tu, masukkan susu pekat. Tambah susu cair dan kacau. Baunya pun dah wangi.

3. Kemudian, bekukan.
4. Apabila sudah keras, kisar halus macam nie.
5. Siap. Boleh letak topping dengan krim jagung dan aiskrim. Superbbb…

Sumber: Fyza Shah

Published by
Nora