Uncategorized

Resipi ‘Air Falooda’ Yang Terkenal Di Manchester, Boleh Buat Untuk Berbuka, Lagi Banyak Bahan Lagi Sedap!

Share

Jika mak-mak nak buat kelainan air untuk berbuka puasa nanti, boleh lah cuba resipi ‘Air Falooda’ ini. Menurut perkongsian  Puan Nur Baiti yang kini tinggal di United Kingdom, Air Falooda ini cukup terkenal di sebuah kedai di Manchester, United Kingdom.

Berikut antara perkongsian beliau;

Pernah minum air ni kat sebuah kedai Arab di Manchester.Maka saya pun gugel cara-cara nak buat.memang rasa sama macam dekat kedai tu.

Boleh buat untuk berbuka puasa.Sebenarnya saya buat takde sukatan pun, agak-agak je.Lagi banyak bahan lagi sedap.Ni contoh sukatan dalam 1 cup mcm post saya dalam gambar tu.

Air Falooda

Bahan-Bahan :

1 sudu kecil sirap
2 sudu besar Agar-agar sirap yang dipotong nipis
2 sudu besar Cendol ( yang hijau tu )
2 sudu besar biji Selasih
2 sudu besar Ais krim vanila
Susu Segar ( isi sehingga hampir penuh )
2 sudu besar susu cair * pilihan
Air gula ikut kemahuan masing-masing

*** boleh jugak tambah kiub ais kalau nak lagi sejuk ***

Cara Membuat :

1. Masukkan sirap, agar-agar, cendol, biji selasih dan aiskrim vanila.
2. Kemudian, masukkan pula susu segar, susu cair diikuti air gula.

Nota :
Susu Segar boleh juga disejuk bekukan terlebih dahulu untuk mendapatkan rasa lebih sejuk

Selamat berpuasa semua, kami berpuasa 18 jam di sini.

Selamat Mencuba!

Sumber: Nur Byt

Published by
Suhaidah Abd Wahab