Air asam kerisik kenduri kendara ini ‘special’ sebab resepi orang lama, air tangan Pak Long Samsuri. Hidangan sebegini dihasilkan dalam kuantiti yang banyak untuk kenduri kendara. Jika mak-mak mahu mencuba, boleh kurangkan sukatannya ikut kesesuaian.
Perkongsian resepi air asam kerisik oleh Mohd Hairulnizam Hj Johan ini semata-mata tak mahu tradisi makanan lama ini dilupakan oleh generasi baru.
“Alhamdulillah, hari ini belajar dengan orang lama. Cara untuk menyediakan air asam kerisik kenduri kendara super sedap. Cacapan bak kata orang Banjar
.“Bukan mudah nak dapat ilmu dari orang lama kalau kita sendiri tak mahu belajar. Jika tidak pasti generasi akan datang tak akan dapat merasa lagi masakan kenduri orang Melayu zaman dahulu.
Dalam majlis kenduri kendara terutama bagi masyarakat kampung, menu air asam kerisik ini satu kemestian. “Kata orang kalau makan nasi kenduri tak ada air asam kerisik memang tak ngam la menu kenduri.
“Air asam ini sebagai pelengkap menu kenduri orang kampung. Sememangnya bila kenduri air asam kerisik ini jadi pemikat selera.”
“Terima kasih Pak Long Samsuri sebab sudi turunkan rahsia menyediakan air asam kerisik super mables.”
Bawang besar 5 kg ( potong nipis dan tercerai satu-satu, basuh dengan garam ramas supaya hilang getah bawang, tapis dan tos )
Cili merah
Sumber/Foto : Mohd Hairulnizam Hj Johan