Keenakan Nasi lemak selain pada nasinya yang berlemak, sambalnya juga perlu sedap merah berkilat dan pedas secukup rasa.
Ada pelbagai cara dan resipi untuk menghasilkan sambal tumis Nasi Lemak. Namun kalau nak dapatkan sambal Nasi Lemak yang cantik warna, merah berkilat dan sedap secukup rasa, cuba masukkan sedikit gula melaka.
Sambal nasi lemak, resepi turun temurun:
3 sudu besar bawang merah kisar
3 sudu besar ikan bilis (mentah) kisar halus
7 sudu besar cili kering kisar
3 sudu besar gula melaka
5 sudu kecil garam
7 sudu besar air asam jawa
2 sudu besar gula putih
2 helai daun pandan
1. Tumis bawang merah sampai naik bau wangi.
2. Masukkan ikan bilis yang dah dikisar. Kacau bagi sebati, jangan hangit.
3. Masukkan cili kering kisar. Kalau nak pedas, masukkan lagi cili kisar tu. Saya tak nak pedas sangat.
4. Masukkan gula melaka yang dah dihancurkan. Kacau sebati dan biarkan ia masak. Api tu jangan besar dan jangan kecik, just nice.
5. Dah nampak sambal tu merah berkilat, masukkan garam dan air asam jawa. Kacau dan biar ia mereneh.
6. Apabila sambal dah mula pekat, masukkan gula putih dan daun pandan. Kacau dan biarkan ia masak lagi.
Setelah 20 minit ia masak, dah boleh tutup api dan hidangkan.
InsyaAllah sambal nasi lemak cara saya ni tahan untuk beberapa hari dengan suhu bilik.
Mesti Baca:“Ini Tip Yang Saya Kumpul Nak Buat Sambal Tumis Bertambah Sedap!”
Baca Lagi Di Sini:Blogger Masakan Kongsi Ilmu, Tips Buat Sambal Tumis Cantik Warnanya, Sedap & Tahan Lebih Lama!
Artikel Menarik:‘IBU SAMBAL’ Jimatkan Waktu Memasak, Pastikan Tumis Betul-Betul Pecah Minyak!
Mingguan Wanita: Cantik berkilat warna sambal nasi lemak ni, masam, manis pedas secukup rasa. Boleh cuba ikut resipi yang dikongsikan, sambal memang tahan lama walaupun letak pada suhu bilik.
Sumber: Twitter Nurul Shima
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.