Telur dadar memang ramai yang suka dan sangat senang disediakan. Makan dengan nasi putih dan kicap sahaja pun dah cukup. Jika selalu kita buat telur dadar biasa letak cili dan bawang, cuba letak 3 ramuan penting ni iaitu bawang putih, halia dan lada hitam pula. Katanya ia berkesan buang angin, mudah sendawa dan badan pun rasa lebih segar.
Boleh cuba resipi telur dadar yang dikongsikan oleh Puan Syu Azis ini. Menurutnya telur dadar ini resipi turun temurun kelurga, mak kepada selebriti Rozita Che Wan untuk buang angin.
Biasa saja ni, tapi resepi lain sikit. Saya dapat resepi telur dadar ni dari emak artis tempatan, Che Ta. Saya ada terbaca dekat Nona online. Katanya untuk buang angin. Resepi turun temurun yang masih diamalkan beliau dan anak-anak. Saya cuba memang menjadi. Sendawa tak habis habis.
2 biji telur ayam sebaiknya telur ayam kampung
Setengah inci halia dari sebiji halia (agak agak)
Tiga ulas bawang putih
Sedikit lada hitam
1. Tumbuk bahan-bahan kering di atas (halia, bawang putih & lada hitam) sehingga lumat.
2. Campurkan dengan telur dan sedikit garam.
3. Gorengkan tanpa minyak, masukkan dalam non stick pan. tapi saya derhaka sedikit goreng dengan minyak. Dua sudu ja.
Disebabkan winter season dah pun bermula, lately badan memang agak sejuk semacam dan perut kembung. Jadi, saya buat resepi simple ni. Halia, bawang putih dan lada hitam sememangnya herba yang sangat bermanfaat untuk membuang angin dan memanaskan badan.
Asid hidroklorik yang terdapat dalam lada hitam membantu mengurangkan kembung perut, angin, sebu, senak, sembelit dan keasidan perut.
Makan dengan nasi panas-panas, lada hitam serbuk dan kicap lemak manis. Lepas tu sendawa burpp burpp. Badan pun rasa segar dan warm.
Okay, selamat mencuba!
Baca Lagi Di Sini:
6 Petua Nak Buat Telur Dadar Jadi Gebu & Sedap, Antaranya Campurkan Mayonis
RAHSIA Buat Telur Dadar Crispy, Pastikan Bancuhan Betul-Betul SEJUK Sebelum Goreng!
MW: Begini rupanya nak buat telur dadar buang angin.Boleh cuba nanti.
Sumber: Syu Azis