Telur dadar memang ramai yang suka dan sangat senang disediakan. Makan dengan nasi putih dan kicap sahaja pun dah cukup. Jika selalu kita buat telur dadar biasa letak cili dan bawang, cuba letak 3 ramuan penting ni iaitu bawang putih, halia dan lada hitam pula. Katanya ia berkesan buang angin, mudah sendawa dan badan pun rasa lebih segar.
Boleh cuba resipi telur dadar yang dikongsikan oleh Puan Syu Azisini. Menurutnya telur dadar ini resipi turun temurun kelurga, mak kepada selebriti Rozita Che Wan untuk buang angin.
Berikut perkongsian tersebut;
Biasa saja ni, tapi resepi lain sikit. Saya dapat resepi telur dadar ni dari emak artis tempatan, Che Ta. Saya ada terbaca dekat Nona online. Katanya untuk buang angin. Resepi turun temurun yang masih diamalkan beliau dan anak-anak. Saya cuba memang menjadi. Sendawa tak habis habis.
Bahan-Bahan:
2 biji telur ayam sebaiknya telur ayam kampung
Setengah inci halia dari sebiji halia (agak agak)
Tiga ulas bawang putih
Sedikit lada hitam
Dua biji telur ayam. Seeloknya telur ayam duduk kampung.
Cara Membuat :
1. Tumbuk bahan-bahan kering di atas (halia, bawang putih & lada hitam) sehingga lumat.
Ads
2. Campurkan dengan telur dan sedikit garam.
3. Gorengkan tanpa minyak, masukkan dalam non stick pan. tapi saya derhaka sedikit goreng dengan minyak. Dua sudu ja.
Ads
Disebabkan winter season dah pun bermula, lately badan memang agak sejuk semacam dan perut kembung. Jadi, saya buat resepi simple ni. Halia, bawang putih dan lada hitam sememangnya herba yang sangat bermanfaat untuk membuang angin dan memanaskan badan.
Asid hidroklorik yang terdapat dalam lada hitam membantu mengurangkan kembung perut, angin, sebu, senak, sembelit dan keasidan perut.
Makan dengan nasi panas-panas, lada hitam serbuk dan kicap lemak manis. Lepas tu sendawa burpp burpp. Badan pun rasa segar dan warm.
Kalau suka lauk jenis tak berkuah mak-mak boleh cuba resipi Ayam Masak Cili Kering ini.Cukup senang nak buat, ringkas, bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak. Paling penting memang mampu membuka selera makan nasi panas-panas.
Ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Fatin Fauzi ini seperti berikut;
RESEPI AYAM MASAK CILI KERING STAIL CINA MUSLIM
Try la. Sedappp sangat. Rasa masam masam manis pedas.Sebab suami suka, atin masak je la. Kalau gi makan restoran cina muslim, dia suka makan ni. Atin share resepi ok.
Bahan-Bahan:
Bawang merah – dimayang dan potong besar (2 versi)
Bawang putih – dimayang
Lada besar 1 biji – dimayang
Cili padi 3 biji – dimayang
Cili kering 10 tangkai – potong kecik kecik
Daun kari
Sos cili, sos tomato dan sos tiram
Paste asam jawa
Tepung gandum
Telur
Cara-Caranya :
1. Ayam potong kecik. Atin potong besar sebab suka besar.
2. Lepas basuh dengan air garam, celup dalam telur dan tepung. Kemudian goreng.
3. Toskan minyak ayam.
4. Tumis cili kering dan daun kari sampai garing.
5. Masukkan bawang merah, bawang putih, cili padi dan lada besar.
6. Letak semua sos tadi secukupnya. Ikut kuantiti ayam.
7. Masukkan sedikit air.
8. Biar sedikit pekat. Masukkan paste asam jawa dan gula serta garam secukup rasa.
9. Masukkan ayam goreng tepung tadi dan gaul.
MW: Mudah nak buat lauk ni dan cukup membuka selera terutama bila dimakan dengan nasi panas. Kalau mak-mak nak buat lauk simple yang kering tak berkuah tapi sedap,boleh lah cuba resipi ini.
Mini Crunch Choco Jar memang diminati ramai tak kira usia. Rasa lemak dan manis coklatnya sangat mengujakan bila dinikmati. Ia juga amat digemari oleh anak-anak terutamanya. Fuh, satu balang kecil tu boleh sekali hadap.
Biasanya kalau nak beli, harganya boleh tahan juga. Bayangkan kalau anak-anak ramai. Pitam juga nak membelinya. Bukan cukup sebalang. Mauny berbalang-balang.
Mungkin ada yang rasa nak buatnya susah dan renyah. Ha..resipi yang dikongsikan kali ini sangat mudah. Bahan pun hanya tiga saja. Memang jimat dan rasanya juga cukup sedap. Coklatnya cairnya molek berkilat. Kalau nak buat niaga pun boleh laku keras ni. Selamat mencuba!
BAHAN-BAHAN MINI CRUNCH CHOCO JAR:
3 keping coklat Cadbury
500gm mini crunch (boleh beli di kedai bakeri)
1 cawan minyak jagung/minyak masak
Sedikit dark chocolate – pilihan
CARA MEMBUAT MINI CRUNCH CHOCO JAR:
Pertama, bakar mini crunch selama lima minit di dalam oven dengan suhu `150 Darjah Selsius. Setelah siap, keluarkan dan ketepikan.
Masak secara ‘double boil’ coklat dan minyak. Untuk kurangkan rasa manis, boleh tambahkan sedikit dark chocolate ke dalamnya. Masak hingga semuanya mencair. Kena pastikan coklat betul-betul sejuk barulah dimasukkan ke dalam bekas. Masukkan mini crunch Chocolate ini ke dalam bekas. Siap! Super mudah kan? Selamat mencuba!
Sedapnnya makan ‘Korean Garlic Cheese Bread’ yang tengah viral ni. Ramuan utamanya ialah bawang putih, mentega dan krim keju. Sedap tak terkata dapat makan panas-panas, kerana rotinya rangup di luar dan lembut didalam dengan keju yang mencair.
Tak perlu susah payah nak uli doh roti atau tiada oven di rumah, kerana ada cara mudah buat ‘Korean Garlic Cheese Bread’ sendiri di rumah. Boleh juga guna roti burger dan bakar sahaja dalam air fryer je. Tetap menjadi dan sedap rasanya.
Boleh cuba resipi dan cara buat ‘Korean Cream Cheese Garlic Bread’ guna Air Fryer yang dikongsikan oleh Puan Mahani Hussain ini
“Korean Garlic Cheese Bread, tak perlu buang masa menguli roti. Saya guna roti burger sahaja. 160° 6 minit guna Philip Air fryer.”
*Campur semua bahan dan kacau rata.
Masukkan ke dalam pipping bag.. ketepikan.
Jika tak nak muak boleh perah sedikit air limau nipis.
Bahan sapuan
150 gm mentega
Sebiji telur
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu besar madu / brown sugar
6 ulas bawang putih cincang halus
Parsley/ oregano
*Cairkan mentega, masukkan semua bahan dan kacau sebati.
Cara Membuat:
1.Roti dipotong 6 bahagian, jangan putus.
2.Masukkan cream cheese hingga penuh.
3.Kemudian, sudukan bahan sapuan di celah-celah potongan roti tadi. Tuang hingga diatas roti, lagi banyak lagi sedap.
4.Panaskan air fryer dalam 5 minit baru masukkan roti. Adunan ni cukup untuk 10 ketul roti burger.
MW: Wah sedapnya roti ni. Terasa kelembutan roti, cheese yang cair dengan harum wangi bau bawang putih dan mentega. Mak-mak yang nak cara ringkas,ikut resipi yang dikongsikan ini. Tak perlu uli doh roti atau risau takde oven. Beli je bun nya dan bakar dalam air fryer. Siap! dan rasanya tetap sedap. Nak bawa bekal untuk anak sekolah pun sesuai sangat.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...