resepi sup

Semasa haid dan nifas, rahim kita menjadi sejuk kerana proses peluruhan (menstrual phase) berlaku. Rahim yang sihat adalah rahim yang panas. Sebab itu, herba dimasukkan dalam sup sayur agar menaikkan suhu rahim.

Perkongsian resepi sup sayur oleh Puan Nur Syatirah Shuib, Kak Bidan Sempoi dari Qulusa Therapy Centre Pasir Putih Putatan ini bagus dijadikan amalan ketika wanita sedang haid.

Resepi Sup Sayur Herba Boreh Bilis Berkesan Lancarkan Darah Waktu Haid Dan Nifas

“Fungsi sayur di bawah ini adalah sangat bagus untuk membantu mengeluarkan lebihan angin (gas) di dalam badan, membantu meningkatkan metabolisma dan membantu pelawasan. Maka, ianya sangat sesuai buat anda yang perutnya buncit!

“Selain itu, ianya juga bagus untuk menambahkan hemoglobin di dalam darah disebabkan darah yang banyak keluar ketika haid.

IKLAN

Resepi Sup Sayur Herba Boreh Bilis Berkesan Lancarkan Darah Waktu Haid Dan Nifas

Bahan-bahan

2 pohon brokoli **
Setengah batang lobak merah **
7 helai daun zaitun
3 inci halia bara (halia merah)
1 biji tomato **
2 asam keping**
1 labu bawang holland **
1 sudu herba boreh bilis dengan 15 jenis rempah (untuk kesan yang lagi power rangers ya!)
1 liter air bertapis

Caranya

Rebus 1 Liter air bersama daun zaitun, halia bara dan herba boreh bilis dengan api perlahan selama 15 minit dengan api perlahan hingga mendidih.
Kemudian, sambil mendidih tu, hidulah bau rempah itu, bagus juga nak banteras hama resdung tu. Cuma jangan bersin pula, nanti jadi Sup Sayur Resdung! Haha.
Setelah mendidih, masukkan semua bahan yang bertanda **. Rebus lagi 5-10 minit.
Taraaaa! Dah boleh makan…

IKLAN

Ubah Gaya Makan Cara Sihat

Dah boleh ratah sup sayur sebagai makan malam pengganti nasi dan ayam goreng kfc! Sekali-sekalakan… Apa kata ubah diet kita. Kata nak sihat. Express cara sihat ialah menggunakan herba boreh 1 sudu, bukan tok aji naik moto 1 senduk ya!

Kesan Lepas Makan

Anda akan sendawa, haid pun lancar, merah ‘fresh’, tak de dah coklat hitam sahaja?

IKLAN

InsyaAllah senggugut dan keletihan ketika keluarnya darah haid akan berkurangan.

Pesanan Kak Bidan Sempoi juga, tak perlulah tambah sayur lain banyak sangat. Nanti jadi makanan hospital pula!

Silakan #share terutama buat mereka yang setiap kali haid senggugut, darah coklat sahaja atau darah hitam sahaja dan juga untuk masalah darah berlarutan selama sebulan.

Sumber/Foto: Nur Syatirah Shuib via Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI