Amalan berkongsi makanan dengan jiran sebelah ini tak ramai dah yang praktikkan. Mungkin disebabkan, masing-masing sibuk bekerja atau tak kenal jiran. Apa pun alasannya, cara Abdul Muiez Ruslee dan isteri menghidupkan semangat kejiranan melalui masakan sambal tempoyak daun kayu bagus untuk dicontohi.
Sebenarnya bukan semata sambal tempoyak daun kayu, dengan apa jenis masakan lain pun boleh. Memandangkan Abdul Muiez anak jati Negeri Sembilan, maka resepi Negeri Sembilan inilah yang dikongsikan dengan jiran.
Haa.. nak tahu macam mana nak buat sambal tempoyak daun kayu dalam jumlah yang banyak dan sedap, ini caranya.
“Kalau Pahang ada patin masak tempoyak, Perak ada sambal tempoyak, Negeri Sembilan pula ada sambal masak daun kayu. Semuanya berasaskan tempoyak.”
“Lain orang lain cara masaknya. Inilah cara kami. Pusinglah macam mana pun, matlamat utama ialah SEDAP.”
1. Daun pucuk ubi
2. Daun kunyit
3. Kunyit hidup
4. Kunyit serbuk
5. Petai
6. Serai
7. Santan
Kalau ikutkan ada beberapa daun lagi yang perlu dimasukkan. Antaranya pucuk labu dan daun kadok. Tapi hari ini tak ada pula yang menjual daun-daun itu. Jadi, kita guna apa yang ada sajalah. Asalkan jangan daun ketum sudah.
Berapa banyak nak guna? Ikut pandailah. Bergantung kepada berapa banyak yang kalian nak buat. Macam kami, kalau tak cukup sekuali besar memang tak sah. Besar perut, besarlah kualinya. Ehhh. Macam pepatah baru pulak.
Oh ya. Hero kepada masakan ini ialah daun kunyit. Jadi daun kunyit perlu lebih sedikit. Cuma yang jangan lebih ialah jadi kunyit. Tak rela i.
Bapak segala hero dalam masakan ini ialah tempoyak. Kalau tempoyak kalian tinggal sesudu saja, tak payah. Kalian sudukan sajalah dalam mulut tu.
Tempoyak kena banyak tau. Berapa banyak? Pun terpulang kepada kalian. Rasa masam tempoyak tu yang buat sedap.
Tambahan yang perlu ada ialah cili api atau cili api yang panjang tu dan ikan bilis. Ada juga yang bubuh udang.
Ikan bilis dan udang ni penyedap saja. Tak ada pun tak apa. Macam kami ni masak sekuali besar, kalau bubuh udang nanti tak tahan lama pula.
Bersihkan segala mak nenek daun dan serai, kemudian ikat cantik-cantik. Sebab apa?
Nah. Kita akan racik semua daun ni halus-halus. Alah. Macam kalian buat bunga rampai tu. Cuma, jangan pula disembur minyak wangi dalam daun tu.
Inilah rupa kejadiannya.
1. Pucuk ubi
2. Daun kunyit
3. Serai
Hati-hati ya. Kalau terhiris jari, luka di hati siapa yang tahu. Ewahhh.
Blender tempoyak, kunyit hidup dan cili api.
Kemudian, dah siap blender, campakkan dalam kuali non stick. Gunakan api perlahan.
Kalau kuali yang biasa boleh? Dah lah biasa, bontotnya hitam pula tu.
Boleh. Asalkan bukan kuali masak-masak anak kalian. Mengamuk dia nanti.
Masukkan ikan bilis dan petai. Biarkan mereka berenang-renang ke tepian.
Bila sudah agak ok, masukkan santan. Ikutlah sama ada santak kotak atau santan parut. Asalkan santan.
Lepas itu, masukkan daun kunyit. Kalau tak cukup kuning, tambah sedikit serbuk kunyit.
Last sekali, masukkan pucuk ubi. Nampak? Sampai melimpah kau. Hambik.
Oklah. Bab ini kalian perlu pandai mainkan perasaan. Eh, pandai mainkan ramuan.
Kalau rasa macam kering, tambahkan tempoyak, santan, sedikit air dan kunyit. Main -main macam tulah.
Tapi jangan sampai berkuah ya. Jangan sampai kering juga. Agak-agaklah.
Kemudian mainkan garam dan gula. Kalau rasa kurang masam, tambahkan asam keping. Begitulah pusingannya sampai jadi sedap.
Nah. Akhirnya, beginilah rupanya.
Kuali ni besar tau. Masak mi 5 kilo pun steady. Punyalah banyak kami buat.
Sebenarnya buat banyak ni nak bagi jiran-jiran sebelah. Itu je.
Selamat memasak ya.
Sebab itulah guru muda dan isteri ini bergandingan mengerjakan masakan kebanggaan Negeri Sembilan ini. Buat sekali banyak kata mereka. Nanti boleh dikongsi rasa dengan jiran-jiran sebelah rumah mereka.
Baguskan cara suami isteri ini hidupkan semangat kejiranan di kawasan tempat tinggal mereka.
* Resepi sambal tempoyak daun kayu yang dikongsikan Abdul Muiez Ruslee ini boleh disimpan lama.
Sumber/Foto : Abdul Muiez Ruslee