Uncategorized

Resepi Sedap Kerang Masak Serai, Mak-mak Wajib Cuba!

Share
Enaknya jika dapat nikmati kerang masak serai dengan keluarga malam-malam hari. Lagi-lagi kalau dapat kerang jenis besar dan gebu gebas. Memang tak menoleh kiri kanan. Sebab itulah mak-mak wajib cuba resepi sedap kerang masak serai ini.
Tidak ramai yang suka makan kerang, namun anda perlu mencuba resepi sedap Kerang Masak Serai. Dengan hasil yang digaul dengan serai, kerang yang mungkin pada mulanya tidak menarik di mata anda, akan bertukar menjadi salah satu resepi kegemaran. Lagi-lagi aroma serai membangkitkan selera anda, anak-anak dan seisi keluarga.
Nak masak kerang serai ini pun ada caranya dan step by steynya. Ikut langkah demi langkah yang diajar insyaAllah, anda yang tak pandai masak pun boleh jadi pandai. Jom tengok resepinya!

Sediakan Bahan Kerang Masak Serai

1 kg kerang
2 batang serai
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
6 tangkai cili merah/cili kering
4 cm halia
3 helai daun limau purut
3 sudu besar sos tiram
50 ml air
Minyak untuk menumis
Garam secukupnya
Kredit foto : saudagarseafood.com

Langkah Demi Langkah Ini Ikut Betul-betul

1. Bersihkan kerang terlebih dahulu. Kisar serai, halia, bawang besar dan bawang putih. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan daun limau purut dan tumis lagi sehingga wangi
3. Selepas itu, masukkan kerang.Gaul rata dan biarkan seketika.
4. Masukkan cili kisar, biarkan ia sebati dengan kerang.
5. Masukkan pula sos tiram.Tuang sedikit air dan tambahkan garam secukup rasa.Masak kerang sehingga terbuka kulitnya.Setelah masak, bolehlah dihidangkan.
Selamat mencuba..
Published by
Nadia