
Sediakan Bahan Kerang Masak Serai

Langkah Demi Langkah Ini Ikut Betul-betul
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sakitnya Bisul, Tersentuh Dengan Kain Pun Berdenyut Sakit Sampai Ke Tulang Hitam

Jangan dibuat main dengan bisul, sakitnya hanya Allah sahaja tahu. Berdenyut-denyut nak tidur malam pun tak tenang. Itulah perasaan yang dilalui oleh Bonda Rozita Ibrahim, mengenai pengalaman bisul yang dialaminya kelmarin. Bak kata ayatnya di instagram, ‘bisul di zaman PKP’. Kerana tak tahan sakit, beliau terpaksa menyerah diri ke hospital. Kata bonda lagi, dekat dua jam doktor di dewan bedah mengisahkan hal bisulnya.
Seperti yang dikongsikan oleh beliau di instagramnya, siapa sangka bisul yang baru berusia empat hari tu membuatkan hidupnya huru hara kerana tak tertahan menanggung sakitnya.
4 hari kena bisul berdenyut jangan cakap sakitnya..!!! Saya gi klinik sebab xtahan sangat pagi tadi ..doc klinik biasa kata dia x boleh buat sebab akar bisul sangat dalam , sangat lebar dan berlaku banyak pendarahan ..sebab tu refer hospital , memang xsangka masuk OT kena bedah jam 2 tadi..!!
.
.
Pertama kali saya masuk bilik OT ..menitik air mata gak sbb takut xpernah dibedah..musim covid xleh orang temankan syarat di KPJ..Kena test covid ..ecg..x ray ..blood test maklum lah bonda dah 5 series punya umur ..!! 6k deposit masuk wad gara2 bisul dapat beli gelang besar ..!!😳😝
.
.
Sakitnya bisul ni tersentuh kena kain pun sakit apalagi tersentuh tangan sendiri rasa ke hujung sum sum sakit.!! Masa kena bisul tu malam menangis susah dapat tidur sebab bisul tu denyutan dia mengumpul nanah , saya ingatkan bisul biasa-biasa je , saya tepek petua herba sejuk kurang denyut dan boleh tidur ..!!
.
.
lepas hari ke3 saya picit dengan jarum pada mata bisul…haiiiihhh xsabar saya ..!! sebab susah nak jalan bergerak senget ..duduk senget menyusahkan ..Masa saya picit x berapa keluar lagi matanya ..lepas tu agaknya bentan atau jarum tak hygiene dan mata bisul terus xjadi keluar ..!!
.
.
melengkung pulak dah masuk ke dalam matanya ..alamak ni drama bersiri pulak dah dia masuk kedalam ..!! Wahhh sakitnya makin menjadi-jadilah malam tadi
.
Saya ronda2 rumah sungai , Lepas tengok ular sawa pagi tadi makan ayam..terus gi klinik doc cakap bisul saya sangat besar dan kena bedah..Alhamdulillah saya dah selesai bedah , bermalam di Damansara Hospital sy malam ni ..esok sy minta balik juga..!!😇 bisul dizaman PKP.

Syukur boleh balik petang tadi keluar dr Hospital Damansara Specialist , terima kasih pada semua staf yang sangat peramah dan baik melayani saya , Dr Naqiyah yang sangat menyenangkan dan memudahkan urusan saya masa nk bedah tu , lega Alhamdulillah..darah masih banyak lagi , tak boleh banyak jalan sebab lukanya besar
.
Terima kasih pada semua yang mendoakan saya dan komen yang baik2 ..baru saya tau ini bukan bisul biasa “ dalam banyak2 komen tu saya terbaca ia adalah bisul raja satong “ berbelas2 matanya dalam 1 kelompok .
.
Bisul kalau tak bedah ia akan merebak dan makan daging lain bahaya kumannya boleh merebak dan bawa maut bergantung pada antibody seseorang..!!
.
Apa saya share tentang saya ni mudahan sebagai info pada anda yang tak pernah kena bisul..!! Saya tak sangka teruk sebab baru 4 hari ia boleh begitu serius merebak..!!
.
.
Lebih mengharukan bila rasa lega dibisul tapi bila dirumah buka bil terkujut dekat rm9k macam bersalin kosnya 😱 terasa rabak dipoket ..🤪 gurauan bonda sebelum buka puasa
.
Jaga kesihatan anda juga ya
.
Terima kasih atas persahabatan anda semua yang menemani saya dengan komen2 yang indah dan positif..rasa bahagia disayangi anda semua.
MW mendoakan bonda Rozita kembali sembuh dan diberikan kesihatan yang baik sepanjang musim PKP ni. Untuk semua pembaca dan juga bonda, jaga diri, semoga semuanya dalam rahmat Allah selalu hendaknya.

SUMBER : Bonda Rozita Ibrahim
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mak Ayah Boleh Elak Anak ‘Speech Delay’ Jika Ambil Tahu 6 Perkara Ini!

Isi Kandungan
ToggleMak ayah sebenarnya memang boleh elak anak daripada ‘Speech Delay’ jika ambil berat dengan beberapa faktor persekitaran yang menyebabkan perkara ini terjadi. Ramai sebenarnya mak ayah mempunyai anak yang mempunyai masalah untuk bertutur atau lambat bercakap ni. Lebih merisaukan mak ayah bila umur anak semakin meningkat tapi masih tak pandai bercakap atau hanya boleh menuturkan beberapa perkataan je.
Baru-baru ini pasangan selebriti Wawa Zainal dan Airil Zafriel turut berkongsi perkara yang sama dialami oleh anak sulung mereka, Attar yang belum pandai bercakap walaupun telah berumur 4 tahun dilaman instagram mereka.
Menurut perkongsian oleh Speech Language Pathologist,Puan Ruby Atika yang juga merupakan Pengetua dari Ruby EIP Centre;
Faktor persekitaran yang menyebabkan speech delay dan faktor ini sebenarnya adalah benda-benda yang boleh dielakkan jika ibubapa lebih bersikap ambil tahu:
1. Sindrom Anak Pertama
Ibubapa tiada pengalaman dan tak pula ambil tahu tentang ilmu mendidik anak sejak bayi.
2. Sindrom Anak Bongsu
Ibubapa sudah lupa langkah-langkah merangsang otak anak dan serahkan tugas mengasuh anak kepada abang kakak yang lebih besar.
3. Gajet
Pendedahan kepada gajet, skrin tv seawal bayi dalam tempoh lama.
4. Ibubapa Terlalu Sibuk
Ibubapa terlalu sibuk dan serahkan anak kepada pengasuh/nenek terlalu lama. Mereka pula letak anak depan tv atau tidurkan anak lama supaya boleh kerja lain atau letih menjaga anak kecil. Ada pula jenis tak suka mainan sepah. Maka anak anda tidak bermain.
5. Tidak Bersembang Dengan Anak
Ibubapa anggap anak bawah 1 tahun masih terlalu bayi dan tidak boleh bercakap. Maka anda tidak bersembang dengan anak.
6. Lebihkan Smartphone
Ibubapa pandang smartphone lebih lama dari pandang anak, walaupun anak itu ada depan mata anda.
Balik ni, muhasabah diri. Ibubapa berubah, anak juga turut berubah.
Info Ekstra!
Apa itu Speech Therapy?
Speech therapy adalah terapi khusus yang bertujuan untuk menangani mereka yang bermasalah dalam bertutur, seperti lambat bertutur dan mempunyai masalah untuk berkomunikasi sesama rakan sebaya dan orang di sekelilingnya.
Ada yang hanya mengalami sedikit masalah dan boleh diselesaikan dengan galakan tetapi tidak kurang juga yang disahkan menghidap penyakit autisme dan perlu menjalani beberapa siri speech therapy.

Speech Delay
Pada kebiasaannya, ibubapa boleh mengesyaki sesuatu tidak kena dengan anak mereka terutamanya apabila anak mereka lambat untuk memulakan pertuturan. Ia juga dikenali sebagai speech delay.Dan jika si anak boleh bertutur, hanya sedikit sahaja perkataan yang boleh disebut. Kadang-kadang ini boleh membuatkan si anak meradang kerana tidak dapat apa yang mereka nak.
Sebaiknya, jika mak ayah mengalami anak yang masih tidak pandai bercakap atau hanya tahu menuturkan beberapa perkataan je, bertindaklah dengan cepat. Seeloknya bawa anak berjumpa dengan therapi dan pakar bagi mengenal pasti masalah yang sebenar.
Semoga bermanfaat dan kongsikan pada ibu bapa lain.
Sumber: Ruby Atika
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hasrat Anak Beli Murtabak Untuk Ibu Berbuka Puasa Tak Kesampaian, Berbakti Hingga Akhir Hayat

Hasrat anak beli murtabak untuk ibu berbuka puasa tak kesampaian, berbakti hingga akhir hayat.
Hasrat seorang lelaki memenuhi permintaan ibunya untuk menikmati martabak ketika berbuka puasa tidak kesampaian apabila dia terkorban dalam nahas di Kilometer 3, Jalan Bota Kiri-Tanjung Belanja, di sini pada Ahad.
Dalam kejadian sekitar jam 5 petang itu, mangsa, Megat Azman Megat Yahaya, 41, disahkan maut di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala.
Difahamkan, mangsa yang menunggang motosikal dalam perjalanan menuju ke bazar Ramadan berhampiran untuk membeli martabak dan juadah lain untuk berbuka puasa bersama keluarganya di kampung.
Ekoran kemalangan maut itu, anak saudara kepada arwah pengguna fb atas nama Emma ZA turut berkongsi kisah sedih ini.
“Tulisnya, di bulan Ramadhan. Pakcik saya, Megat Azman Megat Yahaya pergi meninggalkn kita. Al-Fatihah buat pakcik ku sayang. Selamat tinggal. Anak yang baik kepada ibunya. Tiap minggu arwah pulang kampung untuk tengok keperluan ibunya. Dari Sg Buloh Ke Parit.
“Accident semasa nak pergi beli Opah saya (ibu arwah) murtabak untuk Opah. Sampai ke hujung hayat berbakti kepada orang tuanya. Allahuakbar tapi sampai ke sudah tak balik. Semoga ditempatk n dengan orang yang beriman. Semoga Opah kuat. Semoga isteri beliau kuat tabah. Al-Fatihah Megat Jagindas Azman.
Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah berkata, laporan kemalangan diterima melibatkan sebuah pacuan empat roda jenis Suzuki Jimny yang dipandu lelaki berusia 82 tahun dan motosikal jenis Honda RS150 ditunggang mangsa.
Menurut beliau, kemalangan berlaku apabila kenderaan terbabit bergerak dari arah Bota Kiri menuju Tanjung Belanja manakala mangsa dari arah bertentangan.
“Apabila sampai di lokasi, kenderaan terbabit dipercayai hendak masuk ke simpang kanan jalan lalu dilanggar mangsa di bahagian ‘fender’ hadapan sebelah kiri.
“Kemalangan itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini pada Isnin.
Hafezul Helmi berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik, Hospital Changkat Melintang untuk dibedah siasat.
“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah disebabkan ‘Severe traumatic brain injury consistent with motor vehicle accident’.
“Warga emas terlibat telah ditahan untuk siasatan lanjut yang dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :– Raungan Ibu Cetus Kesedihan, Anak Meninggal Rempuh Lori Buat Pusingan U

Airmata Di Hari Konvokesyen, Ibu Bapa Sebak Terima Skrol Ijazah Anak Meninggal Digilis Lori
“Hal Paling Saya Takut Akhirnya Terjadi”, Ibu Kongsi Kesedihan Anak Meninggal Dipatuk Ular Tedung
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI