Resepi Sambal Pelam Telur, Makan Dengan Nasi Atau Ratah Begitu Saja Pun Sedap!

Share

Pelam Telur juga sebenarnya boleh dibuat sambal, hanya perlu dicampur dengan ikan goreng dan cili padi sebagai bahan utama. Ia boleh dinikmati sama ada dimakan dengan nasi atau ratah begitu sahaja pun sedap.Jadi jika ada stok pelam telur yang banyak dekat rumah tu, mak-mak bolehlah cuba resipi ini sebagai pembuka selera. Gerenti makan bertambah-tambah nanti.

Berikut merupakan resipi asal perkongsian oleh Marizah Miza;

Bahan-Bahan:

Cili padi (ikut tahap kepedasan)
Ikan (apa-apa jenis ikan)
Garam
Asam
Pelam Telur(dicincang kasar)

Cara Membuat:

1.Rebus ikan secukup rasa dengan garam dan asam.
2.Kemudian goreng garing ikan tersebut.
3.Tumbuk cili padi dengan sedikit garam. Kalau guna ikan rebus dah masin, tak perlu letak garam lagi masa tumbuk cili.
4.Apabila cili padi dah lumat, letak isi ikan rebus yang dah digoreng tadi.


5.Tumbuk kasar bahan-bahan tersebut.
6.Kemudian, tambah pelam telur yang dah dicincang kasar tadi.Tumbuk manja-manja je, jangan sampai lumat dan gaul sebati.

Siap!

Sambal pelam telur ini boleh dimakan bersama nasi putih atau diratah begitu sahaja.Saya suka ratah! Fuhh.

Selamat Mencuba..

Sumber: Marizah Miza

Published by
Suhaidah Abd Wahab