Bagi mak-mak yang nak buat rendang ayam atau daging untuk makan sendiri di rumah dalam kuantiti yang sikit, ataupun berhasrat untuk jualan dalam kuantiti yang banyak, boleh ikut panduan yang dikongsikan ini.
Bukan apa, rendang kena buat dengan sukatan yang betul barulah sedap, secukup rasa pedas, lemak,masam, manis sempurna.
Saya nak share Resepi Rendang versi saya. Resepi ni saya guna untuk jualan Rendang saya setiap tahun. Alhamdulillah tempahan tahun ni 34 ekor rendang ayam, 30 kg Rendang Daging, 35 bekas Rendang Cabai Daging & Paru.
Kawan-kawan boleh cuba, moga bermanfaat. Saya sertakan sekali portion pes rendang untuk niaga. Saya masak satu periuk besar size 55cm. Saya masak dalam 5 jam. Untuk rendang ayam saya masak seekor-seekor. Saya cedok lebih kurang 4-5 senduk besar pes rendang untuk setiap seekor ayam dan masak dalam periuk kecik.
Ayam 1 ekor / Daging 1 kg
Cabai kering dalam segenggam atau lebih
Cili padi sikit kalau nak lagi pedas
5-6 ulas Bawang merah
1 labu kecil Bawang besar
4 ulas Bawang putih
3 inci Halia
Lengkuas banyak (1.5 kali ganda tapak tangan)
7-8 batang Serai
2 sudu besar Biji ketumbar
2 inci Kunyit hidup
* Kisar bahan-bahan di atas jangan halus sangat, kasar=kasar sikit takpe.
300g Santan
Kerisik skit
1-2 keping Asam keping
Gula melaka/merah skit
Gula batu skit
Daun kunyit
Daun Limau Purut
Artikel Menarik:Resipi RENDANG Sedap Macam Mak-Mak Masak, Wajib Cuba Serius Tak Menyesal!
1 kg Cabai kering (masa blend letak minyak sikit untuk hancurkan baki biji cabai)
Cili padi sikit kalo nak pedas (untuk jualan saya tak letak)
3.5kg Bawang besar
500 gram Bawang putih
900 gram Halia
4.2 kg Lengkuas (selepas proses dan potong)
1.5 kg Serai (selepas proses dan potong) serai saya beli dalam 6kg
150 gram Biji ketumbar
800 gram Kunyit hidup
* Kisar bahan-bahan di atas jangan halus sangat, kasar=kasar sikit takpe.
6 kg Santan
1 kg Kerisik
2 genggam Asam keping
4 ketul Gula melaka
segenggam Gula batu
1kg Gula Pasir
1 kg Minyak masak (untuk menumis)
Daun kunyit
Daun Limau Purut
1. Panaskn minyak sikit, tumis bahan kisar tadi.
2. Boleh masuk santan siap-siap. Kalau nak letak last pon boleh.Terpulang. Saya letak awal untuk galakkan kuah cepat pecah minyak dan garing.
3. Letak garam gula, gula melaka, gula batu, asam keping sikit, kerisik sikit. (kalau rendang daging garam letak last)
4. Masak sampai pecah minyak dan garing.
5. Masuk ayam/daging, tambah air.
6. Masuk daun kunyit yang dihiris halus dan koyak-koyak daun limau purut masuk dalam kuah. Kacau-kacau sekejap perlahankan api. Siap!
Mesti Baca:Rendang Daging Minang Resipi Ori Dari Padang, Indonesia Tak Guna Kerisik!
Baca Lagi Di Sini:Rendang Telur Makan Dengan Nasi Lemak & Pulut Kuning Memang Sedap!
Mingguan Wanita:Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang nak buat rendang sukatan sikit di rumah, atau nak buat sukatan banyak untuk jualan, boleh ikut resipi yang dikongsikan ini.
Sumber: Masmira Idris
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
Macam ni nak anyam ketupat nasi rupanya.