Rempeyek memang ramai yang suka.Sangat sedap dan asli rasanya apatah lagi jika ramuannya guna resepi orang zaman dulu-dulu. Dapat buat sendiri memang puas hati, boleh letak banyak kacang dan ikan bilis. Mak-mak boleh cuba buat sendiri di rumah.
Ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Suhada Ghads ini.
Bulan puasa ni ON ke tak ON buat peyek ye? Terkejut juga tadi naik balik post resepi ni di group MAHN dikongsi oleh 32k.Resepi ayah mentua ni memang sedap. Resepi rempeyek rasa asli orang zaman-zaman dulu.Orang Johor memang mahir bab-bab kerepek dan rempeyek.
Tahun lepas kononnya berangan nak buat banyak-banyak dan open order.Last surrender,sebab panas dan mengundang macam nak buka puasa duk tepi kuali lama-lama.
Ish..sedapnya rempeyek! Puas hati buat sendiri.Letakla bilis 10 ekor ke.Kacang 10 biji.Favourite nya.Ni kerja suami yang mmg mahir bab merempeyek.
Saya share resepi.Tapi ni sukatan orang rumah.Macam nilah lebih kurang caranya.
Bahan-Bahan:
3 cawan tepung beras (saya guna cap 3 Gajah)
1 cawan tepung ubi
2 sudu besar tepung jagung
¹/² cawan Ketumbar (blend kering)
1 sudu besar jintan manis (blend kering)
200g udang kering (blend kering)
2 biji telur
1 cawan santan
Garam secukup rasa
Air agak-agak, bancuhan jangan pekat,jangan cair sangat.
Cara Membuat:
1.Kacang dan ikan bilis,cuci bersih dan tos.
2. Bancuh rata sahaja semua bahan-bahan diatas kecuali kacang dan ikan bilis.
3.Masukkan bancuhan rempeyek atas acuan minyak panas, letak sekali kacang dan bilis ketika nak menggoreng.
Selamat mencuba!
Baca Lagi Di Sini:
Tip Pilih Tepung Beras, Rupanya Setiap Jenis Ada Kegunaan Masing-masing
“Rempeyek Ekspres” Guna Kulit Popia, Janji Ada Kacang & Ikan Bilis
MW:Rempeyek orang zaman dulu-dulu memang rasa asli, puas hati bila dapat buat sendiri. Terbayang rempeyek yang rangup banyak kacang dan ikan bilis.Sedapnya!
Sumber:Suhada Ghads
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
https://t.me/bangkitwanitaMW
Tudiaaaaaaa..antara webinar yang sedang berlangsung. Nak daftar sebagai peserta boleh ke toko.ideaktiv.com
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI