Kalau mak-mak nak tahu, resepi ayam rica rica ini bukan saja pedas malah sedap sangat kalau dimakan dengan nasi panas-panas. Istimewanya sebab penggunaan daun kemangi itu yang buatkan selera kita terbuka.
Perkongsian resepi daripada Parmiati Binti Suyudi (Atie – Yatie) ini memang rugi kalau tak dicuba. “Kalau nak rasa sedap dan sama macam gambar. Jangan derhakakan resepi.”
Haa… pesanan itu memang makan dalam. Tapi ada betulnya. Sebab nak bagi rasa original rica rica terasa sampai dalam perut.
10 ketul Ayam – basuh bersih, (Jika suka ayam boleh digoreng terlebih dahulu)
5 biji Bawang merah – dikisar
6 tangkai Lada Api Merah Siam – dikisar
6 tangkai Lada Api Kampung (Kalau tak makan pedas, boleh tukar ke lada merah dan campur sedikit lada api sedikit ) -dikisar
1 biji Tomato – potong dadu
2 batang Serai – dihiris
4 helai Daun purut – ambil yang muda
2 batang Daun bawang
2 genggam Daun kemangi (kalau tak ada daun kemangi tak perlu letak. Kalau nak cari ada di jual di pasaraya )
3 sudu kecil Gula perang
1 1/2 sudu kecil Garam halus
* Daun kemangi ini tak sama ya dengan daun selasih. Kemangi ini bunganya yang berwarna putih.
Sumber/Foto : Parmiati Binti Suyudi