
Isi Kandungan
ToggleNah, resepi poket doraemon ini menu petang paling sesuai untuk anak-anak. Apa yang best, mak-mak boleh tukar intinya ikut apa yang anak suka.
Tetapi kalau nak ikut resepi Puan Yatie Yatie Su Yatie ini pun boleh, guna ayam dan letak sos. Fuh, merecik! Nak jual pun laku ni…
Ini resepi poket doraemon
2 keping roti di gelek nipis
Potong roti tersebut ikut saiz penutup balang saiz kecil
Celupkan roti ke dalam telur dan lumurkan dengan serbuk roti
Goreng roti dengan minyak panas
Gunting 2 roti tadi
Letakkan inti yang di sukai
Siapppp!
Mula-mula gelek 2 keping roti tu bagi nipis. Setelah tu, roti tersebut di potong ikut saiz penutup balang saiz kecil. Ianya akan jadi bentuk bulat seperti dalam gambar.
Selepas itu celupkan roti tadi dengan telor, lumurkan dengan serbuk roti. Automatik roti akan melekat dengan sendiri. Sebab kita dah salut dengan telor.
Roti tu akan menggelembung semasa digoreng. Lepas di goreng, gunting 2 roti tersebut seperti dalam gambar.

Inti:
Isi ayam, ubi kentang, lobak, bawang besar holland, gula, garam, serbuk lada hitam, serbuk lada sulah dan di tumis kesemuanya.
Nota:
Tak perlu di klim sebab kita dah celup dengan telor, ia akan melekat dengan sendirinya. Sebab kita dah gelek nipis.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wanita Ini Lalui Pengalaman Seram, Sebaik Kaki Jejak ‘Hutan Bunuh Diri’ Di Jepun

Isi Kandungan
ToggleDi negara Jepun ada sebuah hutan yang dinamakan ‘Hutan Bunuh Diri’. Sebab apa, disinilah penderita depresi rakyat Jepun mengakhiri hidup mereka secara paksa, ‘Bunuh Diri’.
Ketika kembara ke bumi Jepun pada 4hb hingga 14 Ogos lalu, Fatimah Naamat (Tim) berpeluang menjejak sendiri betapa seram dan sunyinya keadaan Hutan Aokigahara yang mendapat jolokan nama ‘Hutan Bunuh Diri’.
Ada Yang Ditemui Gantung Diri, Minum Racun & Hiris Nadi Di Tangan
Seusai kami turun dari menakluk Gunung Fuji, kami ada beberapa jam sebelum menaiki bas ke Tokyo.
Tiba-tiba terpacul keluar idea nak ke Hutan Aokigahara atau dengan nama popularnya Hutan Bunuh Diri. Aokigahara terletak 25 minit sahaja dari Kawaguchiko.
Aokigahara merupakan tempat pilihan terakhir untuk hampir 100 rakyat Jepun (setahun) menghabiskan sisa hidup mereka. Statistik ini tinggi kalian. Sebulan dalam 8-10 orang yang bunuh diri di hutan ini.
Ada yang bunuh diri dengan menggantung diri, minum racun dan menghiris nadi di tangan.
Angin Pun Tak Mampu Menembusi Hutan Tebal Ini
Bila kami jejak kaki di sana, terus meremang bulu roma di lengan. Hati kumat kamit berdoa janganlah terserempak dengan mangsa bunuh diri.
Tak mampu Tim nak hadapi mimpi ngeri berbulan-bulan kalau ternampak satu insiden menyayat hati secara live.
Hutan ni sangat sunyi kawan-kawan. Rupanya geografi hutan yang berasal dari lava gunung berapi berupaya menyerap segala bunyi yang ada.
Memang menyeramkan bila kita masuk hutan namun tiada kedengaran bunyi hutan. Ianya sepi sunyi seolah hutan itu sendiri dalam keadaan depressi.
Malah hutan Aokigahara sangat tebal sehingga angin pun tak boleh masuk ke dalam. Eh nampaknya kena pasang Penapis Udara Cuckoo di sini. Ok tak kelakar tiba-tiba cerita pasal Cuckoo pula kan. Kah.
Tambahan lava gunung berapi bersifat tinggi galian besi. Menyebabkan line telefon tidak berfungsi di sini.
Bila jejak kaki di sini, baru Tim faham kenapa Aokigahara dipilih sebagai tempat pilihan bunuh diri no 1 rakyat Jepun.
Hutan Ini Terlalu Sunyi Dan Seram
Suasananya yang sunyi dan menyeramkan, kawasannya yang luas dan hutan yang tebal memang sesuai sekali bagi mereka yang tengah alami depresi.

Kerajaan Jepun banyak tampal peringatan untuk mereka yang depresi ingat pada keluarga dan cari bantuan lain untuk keluar dari depresi.
Malah ada juga psikiatrist yang sukarela berkemah di kawasan Aokigahara dan memberikan nasihat percuma pada mereka yang dirasakan hilang semangat untuk hidup.
Ya kawan-kawan sekalian. Salah satu punca rakyat Jepun mempunyai kadar bunuh diri yang tinggi adalah kerana mereka hadapi depresi dengan hidup mereka dan mereka tidak tahu macamana nak hadapi depresi mereka.
Kita patut bersyukur sebab di Malaysia ada banyak ruang dan peluang untuk pejuang depressi teruskan hidup dan ubati depressi mereka.
Luahkan pada teman-teman sekiranya anda alami depresi dan cari lah bantuan sewajarnya.
Semua orang layak untuk hidup dengan penuh rasa syukur dan bahagia.
Tim,
Pernah lalui saat getir depresi.
Sumber/Foto : Fatimah Naamat
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sedapnya Resepi Original Roti Kerca Air Tangan YM Datin Sri Tengku Zawyah

Isi Kandungan
ToggleResepi roti kerca ini makanan dari negeri Kedah. Dahulunya, menu sebegini menjadi hidangan istimewa dan terkenal di kalangan kerabat Kedah. Menerusi perkongsian rancangan video Air Tangan VIP, majalah Nona membawakan resepi original roti kerca dari air tangan YM Datin Sri Tengku Zawyah.
Kongsi Tengku Zawyah yang mesra di panggil Kak Engku, resepi tradisi roti kerca ini dari bonda tercinta, Tengku Faizah. Istimewanya roti kerca ini dinikmati bersama daging hancur yang mudah untuk disediakan.
Bahan-bahan untuk membuatnya pun mudah sungguh. Siapa pun boleh mencuba, sebab tak renyah mana.
Seronok tengok Tengku Zawyah berkongsi cara memasak roti kerca sambil ditemani Editor Pengurusan Nona, Kiffy Razak. Walaupun dikelilingi kehidupan penuh glamour, Tengku Zawyah tetap ke dapur memasak untuk anak-anak. Malah, hidangan roti kerca ini jadi kegemaran anak-anak dan menantu.
Mula-mula Kahwin Dulu Memang Tak Pandai Masak
Rupanya, Tengku Zawyah ini pernah bergelar pendidik. Sungguhlah, kesantunan terserlah dalam kelembutan bicaranya di sepanjang video Air Tangan VIP berdurasi 16 minit 47 saat itu. Seronok tengok Tengku Zawyah memasak di hadapan penonton.
“Masa mula kahwin mula-mula memang tak tahu masak.” Kongsi Tengku Zawyah ketika ditemubual Kiffy Razak. Beliau juga merupakan anak bongsu dalam keluarga. Diakuinya itu pun jadi penyebab tak pandai memasak waktu itu.
Dan lama kelamaan selepas mendirikan rumah tangga, barulah Tengku Zawyah mula pandai memasak. Jadinya, jangan pernah rasa susah hati bila tak pandai memasak ya. Sebab tak pandai memasak, masih boleh belajar.
Macam Tengku Zawyah sendiri yang belajar memasak dengan ibu saudaranya. Malah, jangan tak tahu resepi roti kerca Tengku Zawyah ini semakin mendapat tempat di hati ramai orang.
Mudah Nak Buat Resepi Roti Kerca Tengku Zawyah Ini
Kalau nak tahu inilah istimewanya rancangan video Air Tangan VIP. Penonton boleh belajar memasak secara langsung dengan empunya resepi original. Dapat tengok depan-depan gitu.
Nak tahu cara membuat resepi sedap roti kerca Tengku Zawyah ini bolehlah tonton video Air Tangan VIP di bawah.

Selain Tengku Zawyah, Rancangan video Air Tangan VIP ini bakal membawakan YM Che Puan Temenggong Perlis, Datin Seri Diraja Farinawati, YM Tengku Datin Seri Zawyah Tengku Idham dan Puan Seri Nooraisha Farizan.
Kesemua personaliti VIP Nona ini akan menyingsing lengan baju, menumbuk cili, menggaul rendang dan tomyam demi berkongsi resepi masakan ekskusif mereka kepada penonton.
Air Tangan VIP akan bersiaran setiap bulan di saluran YouTube dan Facebook rasmi Majalah Nona. mendekati sisi sebenar wanita kenamaan yang dipaparkan, inspirasi gaya mereka di dapur berbanding hanya berpenampilan cantik dan elegan semata-mata.
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kau Kunci Pengundi Di Surau,” Lucu Pengalaman Dr Norzizi Zulkifli Sebaik Selesai Mengundi PRU14 Jam 4.20 Petang

Isi Kandungan
ToggleMacam-macam perkhabaran dan ragam pengundi semalam. Ada yang sampai nak pitam-pitam sebab beratur dekat 3 jam menanti giliran. Al Fatihah dan salam takziah buat seluruh ahli keluarga Rokiah Sulong, 54 yang rebah dan meninggal dunia ketika beratur menanti giliran mengundi.
Rupanya Dr Norzizi Zulkifli dan adiknya Zila Zulkifli juga ada cerita lucu tentang mengundi dalam PRU14 ini. Semalam, sebaik selesai mengundi dua beradik ini telah terkunci dalam surau Madrasah Al-Faaiziin, Taman Desa Setapak Kuala Lumpur.
Macam mana pula boleh jadi sampai macam itu kan? Ini kisahnya seperti yang dikongsikan dalam instagram miliknya semalam.
Mengundi Kali Ini Macam Balik Kampung
“Mengundi kai ni macam balik kampung! Dulu undi ni saya jalan kaki je ke tempat undi sebab saya bersin di rumah saya pun (rumah mama papa) tempat mengundi tu boleh dengar! Hahaha. Now saya dah duduk di Shah Alam dekat dengan ofis, so memang macam YB balik lawat kawasan.
“Surau ni dulu kecik, malam-malam masa sekolah menengah jalan kaki lah kami adik beradik, mama papa and jiran-jiran semua nampak macam putih semacam jalan kaki dengan telekung putih pi surau. Berteraweh.
“Tadi pergi, surau dah cantik elok! Dulu ingat lagi teraweh atas papan sebab yang mai lambat duduk luar. Basah lencun gak la dalam telekung. Yang best moreh, teh tarik surau ni sedap! Papa punya fav tu, teh tarik surau Al Faizin.
Kenangan Manis Mengundi, Terkunci Dalam Surau
“Today kenangan manis lepas mengundi, solat di sini dengan Zila Zulkifli. Tengah kami berdua lipat telekung Zila cakap, “Wei, macam kita kena kunci je. Tu aku batuk skit supaya orang tahu ada orang kat sini.”
Saya pun menyambut katanya dengan batuk lagi kuat 2/3 kali. Lepas tu kami pun keluar. Memang betul, saya tolak sliding door tu, pagar bergrill, berkunci dan bermangga dan nasib pakcik-pakcik surau di depan surau!
Dr. Norzizi pun melaunglah memanggil pakcik-pakcik sambil hulurkan tangan melambai pakcik-pakcik surau celah grill! Pak Cik itu pun terkejut melihat dua perempuan terkunci dalam surau mereka. Sambil terpinga dan tergelak-gelak pakcik-pakcik tu dengan gengnya. Kawan dia berkata,
“Ko kunci pengundi di surau.” Lucu kenangan manis mengundi Dr Norzizi Zulkifli ini.
Walau Berkerusi Roda, Datuk Zulkifli Zain Dan Datin Normala Omar Tetap Tunai Tanggungjawab Mengundi
Ketika melaksanakan tanggungjawab membuang undi di pusat pengundian dekat Pusat Undi Taman Desa Setapak, Wangsa Maju, Dr Norzizi Zulkifli datang bersama ibu dan ayahnya, Datuk Zulkifli Zain dan Datin Normala Omar.
Kedua orang tuanya dilihat menggunakan kerusi roda untuk ke lokasi. Bagaimana pun ketika anak sulungnya itu bertanyakan keadaan bapa, Datuk Zulkifli Zain kelihatan baik dan menunjukkan tanda bagus.

Akui beliau lagi, lokasi mengundi itu meninggalkan banyak kenangan dan nostalgia untuknya. “Rasa macam balik kampung. Duduk sini sejak saya umur 13 tahun.”
Dan selepas selesai mengundi, debaran menanti keputusan amat dirasai. Sebagaimana kita yang sama berdebar dan sanggup berjaga sampai jam 4 pagi semata-mata nak tahu keputusan PRU14 kali ini begitu jugalah Dr Norzizi Zulkifli.
“Bila jam 1.30 pagi, hang atas katil mata mengantuk, kepala sakit, hati dok nak tau keputusan pilihanraya. Jadi dok check phone cari keputusan. TV hang dah katup, perut hang dok berkeroncong! Hang sakit hati kat perut pasai mata hang dah nak tutup.. tapi membayangkan roti nan cheese Restoran Ehsan, Bukit Jelutong. Bayangkan sajalah. Sedap baq hang..”
Rasanya ramai kot malam tadi perasaannya sama macam Dr Norzizi Zulkifli nih. Yang sama tu, cer sep sikit!
Sumber/Foto : Instagram Norzizi Zulkifli
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI