Resepi Pau Goreng Inti Kacang Merah Garing Di Luar Gebu Di Dalam!

Share

Pau Goreng inti Kacang Merah memang ada penggemarnya yang tersendiri. Jika dibeli selalunya berminyak-minyak dan intinya pun sikit. Puas hati bila dapat buat sendiri, sesuai dinikmati ketika minum petang mahupun sarapan pagi.

Mudah je rupanya nak buat Pau Goreng Inti Kacang Merah ini sendiri di rumah. Malah garing di luar dan lembut di dalam. Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Khadijah Jaafar ini sebagai panduan.

Cik tie suka goreng pau agak garing sikit supaya bila gigit luarnya garing dalamnya gebu gitew. Yang tak nak garing di luar tu nak luarnya lembut, tak perlu goreng lama. Ikut selera nak macam mana. Buat sendiri kita letak inti lebih, barulah puas hati makan. Boleh buat untuk breakfast atau pun minum petang.

Cik tie tepek resepi di sini ye. Cubalah ye, rangup di luar lembut di dalam.

Resepi Pau Goreng Inti Kacang Merah Gebu

Bahan-Bahan:

800 gram tepung gandum
1 biji telur
3 sudu besar planta
2 sudu besar susu pekat
1 sudu kecil gula
½ gelas air suam
1 peket yis
Air sejuk secukupnya

Cara Membuat:

1.Masukkan gula, yis & air suam. Biarkan seketika hingga yis tu nampak kembang dalam gelas.

2.Dalam satu bekas masukkan tepung gandum, telur, planta, susu pekat & bancuhan yis.

3.Kemudian, masukkan air sejuk sedikit demi sedikit sehingga doh lembut. Pastikan masukkan air tu masukkan sedikit-sedikit ye supaya doh tak terlebih air. Uli sehingga doh tidak melekat di tangan.

4.Kemudian rehatkan doh, sehingga naik 2 kali ganda.

5.Kemudian, tumbuk-tumbuk manja sikit doh gitu, supaya udara keluar.

6.Ambil sedikit doh, masukkan inti kacang merah & bulat-bulatkan. Buat sendiri letak inti meriah gitu.

7.Dalam dulang untuk susun pau tu, pastikan taburkan dengan tepung dulu. Kemudian, lepas siap susun doh ayakkan sedikit tepung di atas doh supaya bila kita nak ambil untuk goreng tak melekat di tangan. Rehatkan sekejap.

8.Kemudian, gorengkan pau. Pastikan minyak panas. Semasa permulaan perlahankan api, kemudian guna api sederhana.

Jika suka garing boleh goreng lama sikit, yang suka lembut kurangkan masa goreng. Angkat dan sejatkan supaya minyaknye turun.

Sedapnye makan panas, dengan intinya yang meriah.

Selamat mencuba

Baca Lagi Di Sini:
Rupanya INTI KACANG MERAH Guna Biji Kecil, Lebih Manis & Mudah Empuk!
Rehatkan Doh, Kembang Seganda Baru Kukus! Pau Gebu Puas Makan Sendiri

Mingguan Wanita : Sedapnya, boleh cuba resipi pau goreng kacang merah ni. Garing di luar dan lembut gebu di dalamnya. Sesuai dibuat untuk minum petang dan sarapan pagi untuk keluarga.

Sumber: Khadijah Jaafar

JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW

Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.

Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW

 

Mingguan Wanita juga boleh diikuti di

YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

Telegram: https://t.me/bangkitwanitaMW

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita

Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Suhaidah Abd Wahab