Mak-mak yang penggemar makanan laut seperti sotong, wajib cuba resipi mudah Sotong Sumbat Telur Masin ini.Masakan yang berasal dari Thailand ini sangatlah mudah nak buat dan rasanya pun teramatlah sedap! Apakata sesekali tukar selera keluarga dengan menu dari negara jiran ni.
Berikut resipi yang dikongsikan oleh Amy Catering;
“Menu sedap yang boleh dicuba sendiri. Masakan saya banyak dipengaruhi cara makanan dari Thailand. Nak buat macamana saya memang suka sangat dengan makanan dari siam ni.”
5 ekor Sotong (Saya pilih saiz yang besar sebab boleh sumbat telur masin tu banyak-banyak)
4@5 biji telur masin direbus
Cili padi bawang besar, daun bawang & sup(ikut suka la nak letak banyak mana. Kalau suka pedas, lebihkan cili padi tu)
Tepung Bestari
1.Potong cili padi, daun sup, telur masin dan bawang besar. Telur masin tu saya rebus 5 biji, yang merah saya guna semua. Yang putih saya guna 3 biji je sebab tak nak masin sangat.
2.Gaul manja-manja je bahan tu. Masa gaul ni pun dah jenuh telan air liur.
3.Sumbat je selagi boleh kedalam sotong. Dah sumbat, cucuk dengan lidi sebab tak nak terburai masa goreng nanti.
4.Saya guna tepung bistari untuk celup sotong tu.
5.Goreng macam biasa je, sehingga masak.
6.Dah siap digoreng, potong la bulat-buat macam ni. Nampak tak telur tu.
Siap! Selamat Mencuba!
Kredit to : Amy Catering via Viral oh viral