Nampak sangat sedap resipi mudah Matcha Brownies kedut yang lembut dan cair di mulut ni. Sesuai sangat untuk mak-mak yang nak buat jualan berniaga atau untuk makan sendiri di rumah.Lebih-lebih lagi jika suka rasa teh hijau. Mudah sangat boleh pilih nak buat ikut sukatan timbang atau sukatan cawan.
Matcha brownies sedap bangat! Siapa peminat green tea confem suka. Resepi sis ambik kt tiktok je. Siapa nak,sis share resepi kat bawah ni. Untuk serbuk matcha tu sis beli dekat BIG supermarket ye. Bau dia sebijik macam air starbuck.
120g coklat putih
60g (1/4 cawan) unsalted butter
50g (1/4 cawan) Gula Perang
50g (1/4 cawan) Gula Kastor
1 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanilla
120g (1 cawan) flour
12g (2 sudu besar) serbuk matcha
1/2 sudu kecil baking powder
coklat putih chunks/nuts (Pilihan)
1. Mula-mula sekali ayak tepung, serbuk matcha & baking powder ke dalam mangkuk.
2. Selepas tu double boil coklat putih dan mentega. Nak panaskan dalam microwave pun boleh saja.
3. Kemudian, pukul gula kastor, gula perang, esen vanila dan telor selama 5 minit. Pukul sampai adunan gebu sikit.
4. Kemudian masukkan tepung yang kita dah ayak tadi ke dalam adunan. Gaul guna spatula sahaja je, jangan pukul pakai handmixer. Nanti tak dapat kedut-kedut tu.
5.Akhir sekali, masukkan dalam loyang saiz 8 dan bakar dalam suhu 150 @ 160c selama 25 minit. Suhu bergantung pada oven masing-masing ye.
Siap! Selamat Mencuba.
Mesti Baca:Resipi BROWNIES Kedut Kurang Manis, Cara MUDAH Semua Orang Boleh Buat!
Baca Lagi Di Sini:Resipi Brownies Paling Mudah, ANTI GAGAL Bagi Yang Tak Pernah Buat, Kena Cuba!
Artikel Menarik:Lepas ‘Pipe’ Terus Bakar, Cara Buat Biskut Brownies Tak Gerutu Dan Tahan Lama
Mingguan Wanita: Bagi yang suka perisa dan rasa teh hijau, boleh cuba kelainan buat Matcha Brownies ni. Memang sedap! Nak berniaga atau makan sendiri pun boleh, ikut resipi mudah yang dikongsikan ini.
Sumber: Nor Atika Nazirah
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.