Resepi Mudah DONAT 1 Cawan, Comel Gebu Boleh Dapat 8 Biji!

Share

Resepi mudah donut 1 cawan, comel gebu boleh dapat 8 biji! Ada masa tekak memang teringin nak makan kuih donut. Nak keluar beli malas, nak buat sendiri takut tak habis sebab kebiasaannya untuk adunan banyak.

Ikut resipi yang dikongsikan ini memang mudah, buat donut guna secawan tepung je. Boleh dapat 8 hingga 10 biji donut. Bolehlah buat makan untuk minum petang. Tak risau kalau tak habis sebab banyak sangat.

Boleh cuba resipi Donat 1 cawan seperti yang dikongsikan oleh Puan Khairunnisa Mohammad ini sebagai panduan.

Resepi Donat 1 Cawan

Nak beli? Malas keluar. Nak buat? Takut banyak sangat, takda orang makan. Begitu syulitttt. Takpa. Hari ni kita buat satu cawan tepung je.

Bahan-Bahan:

1 cawan tepung gandum (saya pakai cawan metrik)
1 biji telur
1 sudu kecil yis (sudu KFC)
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu besar gula
1/4 cawan air suam

Cara Membuat:

1. Campur semua bahan, gaul dan uli sekejap.
2. Lepastu masukkan 1/2 sudu besar marjerin. Kalau doh melekit, tambah dalam 2 sudu besar tepung. Sambung uli sampai doh licin. Perap 1 jam.
3. Lepas perap, bahagikan kepada 8/10 bahagian kecil. 4. Bulatkan. Penyekkan. Lubangkan di tengah.

5. Perap lagi 30 minit.Lepastu goreng.

6. Dah siap, boleh salut dengan gula atau susu.

8 biji rasa macam banyak jugak? Jangan risau. Kecik je donatnya ni. Makan suami isteri sambil duduk depan TV, tak sedar tiber dah habis.

Semoga Bermanfaat!

Mesti Baca:DONUT SUSU Lembut Gebu, Bukan Setakat Anak Suka, Mak Ayah Berketul-Ketul Makan!
Baca Lagi Di Sini:DONUT,CAKOI,PAU, Resipi Mudah Satu Adunan Dapat 3 Jenis Kuih!
Artikel Menarik:DONUT KAMPUNG Sukatan Cawan, Goreng Guna Api Sederhana Sekali Balik Sahaja

Mingguan Wanita: Menarik resipi ni, kalau teringin nak makan donut, tapi nak buat sikit je boleh ikut sukatan dan resipi yang dikongsikan ini.

Sumber: Khairunnisa Mohammad

JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN KAMI. BUAT TOTE & SHOPPING BEG

Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/

Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.

Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.

Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.

Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.

Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.

#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Published by
Suhaidah Abd Wahab