Resepi mudah donut 1 cawan, comel gebu boleh dapat 8 biji! Ada masa tekak memang teringin nak makan kuih donut. Nak keluar beli malas, nak buat sendiri takut tak habis sebab kebiasaannya untuk adunan banyak.
Ikut resipi yang dikongsikan ini memang mudah, buat donut guna secawan tepung je. Boleh dapat 8 hingga 10 biji donut. Bolehlah buat makan untuk minum petang. Tak risau kalau tak habis sebab banyak sangat.
Boleh cuba resipi Donat 1 cawan seperti yang dikongsikan oleh Puan Khairunnisa Mohammad ini sebagai panduan.
Resepi Donat 1 Cawan
Nak beli? Malas keluar. Nak buat? Takut banyak sangat, takda orang makan. Begitu syulitttt. Takpa. Hari ni kita buat satu cawan tepung je.
Bahan-Bahan:
1 cawan tepung gandum (saya pakai cawan metrik)
1 biji telur
1 sudu kecil yis (sudu KFC)
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu besar gula
1/4 cawan air suam
Cara Membuat:
1. Campur semua bahan, gaul dan uli sekejap.
2. Lepastu masukkan 1/2 sudu besar marjerin. Kalau doh melekit, tambah dalam 2 sudu besar tepung. Sambung uli sampai doh licin. Perap 1 jam.
3. Lepas perap, bahagikan kepada 8/10 bahagian kecil. 4. Bulatkan. Penyekkan. Lubangkan di tengah.
5. Perap lagi 30 minit.Lepastu goreng.
6. Dah siap, boleh salut dengan gula atau susu.
Ads
8 biji rasa macam banyak jugak? Jangan risau. Kecik je donatnya ni. Makan suami isteri sambil duduk depan TV, tak sedar tiber dah habis.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
“Resipi AKOK Keddut,Jeligho Molek Sene Mesett”, First Time Buat Menjadi! Kuih Akok merupakan manisan dan kuih tradisional yang cukup popular di negeri Kelantan. Mudah je rupanya nak buat kuih akok yang elok lembut berkedut dan lemak manis ni.
Cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Yatt Ismailini sebagai panduan;
Kalau orang Kelantan , tidak sah kalau tak buat makanan kegemaran.
Ni first time Kak Yatt buat akok berkedut.
Petang semalam, kebetulan sarang akok yang di order sampai pagi semalam.
Petang tu dalam pukul 3.30..Kak Yatt pun masuk ke dapur masak akok berkedut. Rasmi sarang/bekas akok baru ni..tak sabar-sabar dah..
Bahan-Bahan:
8 biji telur grade B nutriplus yang ada dalam peti sejuk
2 keping Gula Nise beli di Kelantan.
2 cawan air
5 helai daun pandan dari pasu rumah..kurus kering
300 ml santan pekat beli kat Pasar Meru…beku tunggu cair sedikit
50g tepung gandum
1 sk garam halus
Cara Membuat:
1. Masukkan gula nise, daun pandan ke dalam periuk dan masukkan 2 cawan air. Masak sampai mendidih hingga manisan tu cair, lepas tu biarkan sekejap supaya sejuk.
2. Timbang tepung gandum lebih kurang 50g. Sikit je pakai gandum barulah sedap.
3. Masukkan semua bahan dalam besen kalau nak masukkan terus ke dalam blender tak pe.
4. Masukkan seperti ini, blend sehingga sebati, sangat senang.
5. Curah ke dalam bekas air basuh tangan (kat kelantan selalunya air basuh tangan di isi ke dalam pot ni & di letak pada hidangan makanan..ala-ala bangsawan gitu).
Sebab muncung teko ni halus, senang untuk curah adunan ke dalam bekas akok tu nanti.
6.Sapu minyak terlebih dahulu. Oven ni biarkan panas sekitar 5 minit..lepas tu bolehlah masukkan adunan tu satu persatu.
7.Tak sampai 5 minit dah gelembung dengan cantik sekali. Senang sangat buat sendiri.
Kalau dah sejuk kuih akok ni berkedut seperti dalam gambar..maksudnya menjadi lar..serupa dengan kuih akok berkedut kat Lemal, Pasir Mas dekat dengan roundabout ke arah Rantau Panjang.
Cekodok diperbuat menggunakan roti? Pernah dengar tak? Roti adalah antara makanan yang selalu ada di setiap rumah. Sangat memudahkan. Tak sempat nak masak,makan roti pun dah kenyang.
Selain itu, macam-macam hidangan lain boleh dibuat menggunakan roti seperti puding roti, sardine roll dan macam-macam lagi. Pendek kata roti banyak kegunaannya. Sebab itu ia teramat berharga terutama ketika PKP ini. Ramai merungut sukar nak mendapatkannya.
Pernah cuba tak? Memang sangat mudah, bahan pun tak banyak guna. Gerenti yang sedia ada di dapur rumah kita. Mesti anak-anak suka.
Cekodok Roti, Bahan-bahannya!
8 keping roti putih – carik-carikkan
1 labu bawang besar – potong dadu
Sedikit ikan bilis – tumbuk kasar
Sedikit lobak merah – racik halus memanjang
2 biji telur
Sedikit daun sup – racik
Sedikit garam
½ kiub ayam
Minyak untuk menggoreng
Cara Membuat:
Masukkan roti yang dicarik-carik ke dalam mangkuk. Masukkan pula bawang, sayuran yang telah dipotong/racik dan bilis tumbuk. Seterusnya pecahkan telur dan masukkan kiub ayam. Gaul semua sehingga sebati. Perasakan dengan garam secukup rasa.
Panaskan minyak dalam kuali, sudukan sedikit adunan tadi dan goreng. Setelah masak dan berwarna keemasan, angkat dan toskan.
Ulangi proses hingga selesai. Sedia dinikmati panas-panas bersama sos. Boleh tambah cili padi jika anda suka pedas.
Tapi seeloknya bahagikan adunan kepada dua bahagian; untuk anak-anak yang tidak mengandungi cili padi.
Biasanya, anak-anaklah yang paling suka makan nasi ayam. Sampaikan tak perlu makan dengan lauk pun, nasi saja pun dah cukup sedap.
Apatah lagi kalau masak, baunya saja dah cukup menyelerakan dengan ramuan yang digunakan. Boleh dikatakan bukan setakat kanak-kanak, mak-mak pun suka makan.
Nak tahu rahsia nasi ayam gebu dan kalau makan saja pun dah sedap, boleh ikuti resipinya, perkongsian daripada Aisyah Humaira ini.
Kalau nak makan, inilah hidangan paling senang dan mudah tentulah nasi ayam. Hanya nasi, ayam, sup dan sos cili dan sos kicap yang dimasak ikut selera masing-masing.
Namun, nak tahu rahsia kesedapannya tentulah terletak pada nasinya. Bau yang harum semerbak, gebu dan kalau boleh makan begitu saja pun boleh, inilah resipinya.
Bahan-bahan:
1 ketul butter tapi guna suku sahaja
2 kiub pati ayam know
4 cawan teh beras wangi/basmati
3-4 senduk besar air rebusan ayam dan air biasa secukupnya
Bahan tumis:
1 biji bawang besar – dipotong 4
3 ulas bawang putih
2 helai daun pandan disimpul
4 keping nipis hirisan halia
Cara Membuat:
1. Dalam kuali, cairkan butter dan masukkan bahan tumis, masak hingga bawang layu. Masukkan kiub pati ayam biarkan sebati.
.
.
2. Kemudian matikan api. (masak atas dapur gas), masukkan pula beras, air rebusan ayam serta air biasa dan sukat beras sama macam biasa. Kacau sebati masaklah hingga nasi masak. Siap.
.
3. Kalau masak dalam periuk nasi pun caranya yang sama.
.
Tip Nak Nasi Cantik:
Setelah nasi masak terus gemburkan nasi perlahan-lahan biar nasi cantik berderai.
Mingguan Wanita : Nak sedap tentulah bermula dari nasinya, kemudian barulah ayam, sup dan sosnya.