
Isi Kandungan
ToggleLama dah mencari resepi bulgogi (daging BBQ Korea) cara yang mudah disediakan dan yang penting sedap. Ini resepi lengkap yang disediakan oleh Puan Khadijah Jaafar (Dapur LAZZ). Sambil layan drama Korea boleh ‘ngap’ penuh kenikmatan. Paling best, tekak Melayu pun boleh layan.
“Ini lauk kegemaran anak-anak. Diratah macam itu saja. Jom layan resepinya. Sayurnya boleh diolah ikut citarasa.”

Bahan-bahan Bulgogi (Daging BBQ Korea)
500 gram daging, hiris nipis
1/4 cawan Kicap Soya Cair
3 sudu besar kicap manis
1 sudu besar Minyak Bijan
4 ulas Bawang Putih dicincang
1 sudu kecil Cili Flakes/Paprika
1 sudu kecil Serbuk Lada Hitam
1 biji Bawang Besar, hiris
1 sudu besar Gula Perang
1 batang Lobak Merah, hiris halus
1 mangkuk Tau Meu (Taugeh Hijau) – tak ada pun tak apa
Sedikit garam
Bijan disangai
Sila Ikut Step Memasak Ini





Sumber/Foto : Dapur LAZZ
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tragedi Tiga Beranak Rentung Dalam Bilik, ’Jeritan Terakhir Isteri Minta Tolong…’

Isi Kandungan
ToggleSayunya tragedi kebakaran yang menimpa tiga beranak terdiri dari suami, Mohd Sharidan Abdul Aziz, 30, isterinya, Siti Rafini Mohd Rafiee, 30, dan anak mereka Rafiq Mohd Sharidan, yang baru berusia setahun.
Ketiga-tiga mereka ditemui rentung dalam bilik pertama kediaman mereka di Kampung Alah Batu, Jalan Kuala Slim dekat Slim River awal pagi ini.
Kata Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Yunus Abu, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.52 pagi sebelum anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River bergegas tiba ke lokasi kejadian.
Tiga beranak ini dikatakan baru saja menyewa di kediaman mereka itu pada Januari lalu. Keramahan pasangan suami isteri ni cukup diketahui jiran tetangganya.
Mangsa bukan saja dikenali dengan sikap ramah malah suka menanam sayur-sayuran di kawasan rumah. Dan memberikan sayuran yang ditanam kepada jiran tetangganya yang berdekatan.
Jeritan Isteri Mangsa Meminta Tolong..
Sementara jiran mangsa, yang masih dalam keadaan bersedih berkongsi detik cemas yang dilalui ketika tragedi kebakaran yang berlaku kira-kira jam 3.30 pagi itu.
Robaayah Yunus, 58 yang terjaga awal kerana menanti kepulangan anak dan menantu terkejut bila dengar bunyi letupan yang kuat. Segera dia buka tingkap dan nampak api marak sedang membakar bahagian tengah rumah jiran yang tinggal bersebelahannya itu.
Dadanya makin berdebar kencang bila mana dia mendengar jeritan isteri mangsa yang meminta pertolongan ketika kebakaran. Bergegas dia kejutkan suami dan anak dari tidur untuk keluar membantu jirannya itu.
Malangnya api begitu marak sekali, mereka suami isteri serta anak tak mampu berbuat apa-apa. Mereka berlari ke rumah jiran berdekatan pula untuk meminta pertolongan.
Biarpun usaha suami dan anaknya cuba menggunakan paip getah dari luar rumah untuk padamkan kebakaran, usaha itu temui kegagalan.
Api marak dengan kuatnya. “Sampai sekarang masih terngiang-ngiang suara isteri mangsa menjeri minta tolong ketika kebakaran..”
Ucapan Terima Kasih Terakhir..
Ujarnya, semalam adalah hari terakhir beliau berjumpa mereka di rumah kenduri sepupu mangsa yang letaknya 30 meter dari kediamannya,
Sempatlah dia bersalaman dengan isteri mangsa yang berterima kasih dengan kedatangannya. Rupanya itulah pertemuan dan ucapan terakhir mangsa untuknya.

Kata suami Robaayah, Mohamad Arif, 60 setiap kali mangsa yang lebih dikenali dengan panggilan Idan hendak ke tempat kerja, mereka sering bertegur dan bergurau.
Pagi itu, dia pun turut sama dengar jeritan dari isteri mangsa. Dan selang beberapa minit suara isteri mangsa hilang mereka terus berlari minta pertolongan jiran kampung untuk hubungi pihak bomba.
“Saya memang berasa panik dan cemas ketika itu kerana tak mampu berbuat apa-apa. Pertama kali dalam hidup menghadapi saat cemas begini.”
Akuinya, pemergian mereka dalam keadaan memilukan ini tentunya akan dirasai oleh semua orang kampung.
MW : Al Fatihah.. semoga arwah ketiga-tiga beranak ini ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
Sumber/Foto : Berita Harian, Harian Metro
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ruzaini Jamil Sempat Jahit Bantal Akhir, Doakan Mak Mentua Tenang Di Alam Sana

Isi Kandungan
TogglePereka fesyen terkenal, Ruzaini Jamil berkongsi berita sedih di laman instagramnya. Ibu mentua, Hajah Aminah Binti Ismail yang begitu dikasihinya akhirnya pergi menghadap Ilahi. Malah, sebelum perjalanan akhir, dia sempat menjahit bantal akhir untuk arwah ibu mentuanya itu.
Biarpun cuma sempat menikmati kasih mentua selama 4 tahun, kasih menantu ini tidak bertepi. Kerana melalui ibu mentuanya itulah dia dapat kenal apa itu kasih mentua. Dan berjanji akan menjaga isterinya sebaik ibu mentua menjaga ketika hayat masih ada.
Sebelum ini, arwah ibu mentuanya dimasukkan ke hospital disebabkan jangkitan kuman pada paru-paru.
Kongsinya,
Sempat Jahit Bantal Akhir Untuk Mak Tidur Di sana
“Assalamualaikum. 3 hari mak mertua saya pergi bertemu sang pencipta. Hanya 4 tahun lebih saya dapat berkasih sayang dan dapat mengenali apa itu erti mak mertua. Sempat berbisik di telinganya dan cium dahinya sehari sebelum dia pergi.
Boy minta maaf. Dan Boy doakan terbaik untuk mak walau apapun yang terjadi pada mak. Boy redha. Mak jangan risau kalu mak takdak pun boy akan jaga dikda macam mak jaga dia dulu”
Dalam hati boy, ‘mak pergi lah dengan tenang walau tak sempat tengok bakal cucu mak. Tapi boy yakin doa mak sentiasa ada untuk kami.’
Untuk mak, boy sempat jahit bantal untuk mak tidur di sana dengan tenang.
Al Fatihah untuk mak Hajah Aminah Binti Haji Ismail…kami pula akan menyusul nanti.”
View this post on InstagramA post shared by وان محمد روزايني وان جميل (@ruzaini.jamil) on
Wudhu Terakhir Buat Mak
Sementara isterinya, Hidayati Yahya turut berkongsi kisah betapa beruntung ibunya kerana Allah memberi ibunya nikmat rezeki anak-anak, menantu, cucu malah ahli keluarga yang baik untuknya.
Ketika membawa ibu ke destinasi akhir, isteri kepada Wan Ruzaini Jamil ini berkongsi kisah.
“Alhamdulillah… urusan menghantar mak tersayang ke destinasi terakhir telah selamat disempurnakan oleh anak-anak, menantu-menantu, cucu-cucu mak dengan bantuan saudara-saudara, dan jiran-jiran.
Urusan memandikan mak disempurnakan oleh anak-anak dan cucu mak dengan pertolongan daripada 2 orang makcik. Alhamdulillah dikda diberi peluang untuk mengambil wudhu’ terakhir buat mak. Sungguh, tak dapat nak tahan sebak sebab teringat masa kecil, tubuh kaku ini yang selalu mengajar cara-cara mengambil wudhu’ dengan betul.”
Anak Imamkan Solat Jenazah Ibu
“Solat jenazah mak, diimamkan oleh anak mak, abang Halim. Makmum pula terdiri dari anak-anak yang lain, cucu-cucu, menantu-menantu, anak-anak saudara mak, jiran-jiran dan qariah masjid. Cukup dengan hanya mendengar laungan “Allahuakbar” ketika takbiratul Ihram dari suara anak lelaki mak, membuatkan rasa sebak tak henti-henti.
Waktu di liang lahad, mak disambut oleh 3 orang anak lelaki mak, abang Din, abang Halim dan abang Duan, dan kemudiannya dibantu oleh menantu-menantu, cucu-cucu, saudara-saudara dan jiran-jiran sehingga selesai pengkebumian.

Betapa besar Allah kurniakan rezeki untuk mak. Moga Allah kurniakan juga rezeki itu pada dikda nanti.
Baca sini : Dapat mak mentua baik pun rezeki, bukan semua menantu dapat rasa
Suami Beri Izin Jaga Mak Bergilir
Di sini, ida / dikda nak ucapkan terima kasih kepada semua yang turut terlibat menyempurnakan pengkebumian mak, Hajjah Aminah binti Haji Ismail. Allah saja yang dapat membalas jasa tuan-tuan dan puan-puan.
Buat suami tercinta @ruzaini.jamil … terima kasih kerana izinkan dan beri peluang untuk sayang jaga mak bergilir-gilir dengan adik-beradik yang lain masa mak 3 hari di hospital. Sekarang hanya tinggal abang yang jadi jambatan sayang untuk ke syurga.. 2 lagi jambatan sayang kini tiada kerana Allah telah panggil pulang.” #chuminahsayang
View this post on InstagramA post shared by deqda (@ida_deqda) on
MW : Al Fatihah.. semoga roh Allahyarham Aminah Binti Ismail ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Sumber/Foto : Ruzaini Jamil, Ida Deqda
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hakiem Rusli Kongsi Isteri Kembali Bertudung, “Stay Strong, Things Will Get Better…”

Isi Kandungan
ToggleHakiem Rusli kongsi isteri kembali bertudung, stay strong, thing will get better. Bukan mudah untuk istiqomah kerana ramai yang ingin keluar dari rasa hipokrit. Sebab itulah tidak kira artis atau bukan, saat mengenakan hijab mereka kembali membukanya atas alasan ingin menjadi diri sendiri. Apa pun alasannya, berhijab itu diwajibkan ke atas wanita.
Seorang darinya yang menjadi tumpuan ramai ialah isteri kepada penyanyi popular Hakiem Rusli. Isterinya, Anis Sofea sebelum ini menerima kecaman apabila membuka tudungnya kerana lebih selesa menjadi diri sendiri.
Hakiem Rusli Kongsi Isteri Kembali Bertudung
Namun terkini, menerusi IG @hakiemrusli98_, pelantun suara Di Sebalik Rahsia ini berkongsi video isteri kesayangannya, Anis Sofea dengan gaya penampilan baru iaitu mengenakan hijab saat mereka keluar makan bersama.
“Stay Strong, Things Will Get Better…”
Dilihat memberikan sokongan kepada tindakan isterinya yang manis bertudung, Hakiem turut mengungkapkan kata-kata manis buat isterinya dan seakan bersetuju jika isterinya terus mengenakan hijab berbanding sebelum ini.
Antara kata-kata manis dan sokongannya, ”Sayang Akem, no matter how much it hurts now.
Stay strong, things will get better. You were there through ups and downs, with me.
We love you, ilove you. Doakan untuk kami yang baik-baik sahaja,” tulisnya.
Anis Sofea sebelum ini menerima kecaman ramai kerana membuka tudungnya selepas beberapa bulan mendirikan rumahtangga dengan penyanyi muda ini. Hanya mampu berdoa agar isterinya kembali istiqomah, pastinya sebagai seorang suami dirinya mahu aurat isterinya tidak menjadi tontotan ramai seperti sebelum ini.
Dapat dilihat di instagramnya, semenjak isterinya membuka tudung Haqiem jarang mempamerkan gambar mereka suami isteri.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Isu Buka Tudung, “Ujian Orang Yang Pilih Nak Buat Baik Ni Sebenarnya Memang Berat”

Julia Farhana Ikhlas Bertudung Kerana Allah “Berubah Bukan Sekadar Menutup Aurat Saja”
Mona Rela Hati, Pekin Harap Isteri Istiqamah “Teruskan Penampilan Bertudung Sampai Bila-Bila”
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI