Resepi Kuih DENDERAM Dibuat Meniaga, Tak Perlu Perap Terus Goreng Elok Lembut! Kuih Peneram atau Denderam antara kuih tradisional kesukaan ramai. Bahan-bahan yang digunakan pula cukup mudah, hanya guna 3 bahan. Namun nak buat kuih ini perlu cara yang betul. Jika tak kuih ni akan jadi keras dan tak sedap rasanya.
Ikut resipi mudah kuih peneram yang dikongsikan oleh DEq MOkchik ini sebagai rujukan;
Siapa dekat sini yang suka kuih denderam angkat tangan. Meh sini saya nak share resepi kuih denderam yang saya buat meniaga yang pastinya lembut tak perlu nak perap-perap adun-adun terus goreng hanya 3 bahan sahaja.
1.Masak gula merah bersama dengan air dan kacau sehingga larut.
2.Letakkan tepung beras di dalam mangkuk.
3.Masukkan air gula yang dimasak tadi (panas-panas)ke dalam mangkuk yang berisi tepung jangan lupa tapis ye air gula semasa tuang.
4.Kacau-kacau bagi semuanya merata.
5.Selepas itu kita biarkan dalam 5 minit bagi sejuk(kalau cara saya,saya terus goreng je).
6.Sebelum nak uli sapu minyak dahulu di atas tempat uli dan cetak menggunakan cetak donut yang minitu.
7.Minyak biar betul-betul panas supaya kuih menjadi kembang semasa goreng.
8.Goreng dalam api yang sederhana.
9.Siap untuk dimakan, makan panas-panas sedap.
Ads
Mula-mula memang kita akan nampak kuih tu macam keras tapi tunggu dalam beberapa jam kuih tu akan jadi lembut dan gebu.
Ads
Selamat Mencuba!
Saya halalkan resepi yang saya bagi dan mana tahu ini boleh jadi sumber pendapatan.
Mingguan Wanita: Menarik dan mudahnya resipi kuih denderam ni hanya guna 3 bahan. Yang penting tak perlu perap pun, boleh terus goreng tetap elok gebu dan lembut rasanya.
Siapa sangka dengan menjual kulit tart atau ‘shelltart’ juga boleh dapat duit tepi untuk golongan suri rumah. Kerja membuat shelltart ni memang agak renyah, tapi memang berbaloi kerana mendapat permintaan ramai.Namun nak dapatkan kulit tart yang sedap, rapuh,sekata, balance dan tak senget apabila menggunakan presser tart ada caraya yang tersendiri.
Baca perkongsian daripada Puan Hlinda Hlinda ini yang merupakan salah seorang ‘pembuat’ dan penjual kulit tart;
Ni adalah hasil kerja tangan suami saya. Dia sekarang dah pandai buat kulit tart @ shelltart saiz 4.5cm. Dia yang bancuh. Dia yang terap. Dia yang tekan menggunakan presser tart. Dan dia juga memotong, Dan dia dah teror membakar.Sekurang-kurangnya dia ada duit tepi.
Memamg kerja membuat shelltart ni renyah.Tapi suami OK jer.Dia makin suka bila tiap-tiap hari order masuk. Ada juga pihak hotel tempah. Dan baker’s di Kota Kinabalu pun rajin tempah dengan suami saya.Sejak dia mengikut saya berhijrah ke Sabah dia adalah Mr mama. Uruskan anak-anak ke sekolah dan kerap hantar anak ke terapi sebab salah seorang anak saya autisme.Saya kerja dia uruskan rumah tangga.Dulu kerja dia maintainance.Betulkan apa-apa kerosakan. Tapi sekarang dia suka kerja-kerja baking.
Untuk makluman, sebelum ni saya ada share resepi kulit tart di group.Memang betul kulit tart ni bole menjana income kepada suri rumah.Rugi kalau tak buat.Cerita pagi tadi, 500 pcs shelltart sudah ditempah oleh baker’s.
Saya share resepi untuk shelltart… Resepi ni pun kawan saya yang bagi.Terima kasi kat dik Najwa Abd Razak yang tak kedekut ilmunya. Semoga awak diberikan kesihatan yg baik, rezeki melimpah ruah serta dipermudahkan segala urusan ya.. Actually, resepi ni saya olah sedikit je dari resepi asal tapi jangan risau insyallah jadi. Saya halal kan segala resepinya.Doakan kami sekeluarga dimurahkan rezeki Dan diberikan kesihatan yang baik.
Bahan-Bahan:
250 gm majerin
100 gm gula kastor
1 biji telur – tak kisah gred apa
1 sk Esen vanilla
500 gm tepung gandum = ni kena +- Jika terlembik boleh tambah sedikit tepung.
Cara Membuat:
1. Satukan majerin, gula kastor, telur Dan esen vanilla. Kacau sehingga sebati. Tak perlu Kacau sehingga kembang. Hanya sekadar sebati.Tak perlu guna mixer, pakai wooden spoon jer.
2. Selepas adunan No 1 sebati boleh masukkan tepung. Gaul sehingga sebati.Jika lembik dan melekat kat jari bole masukkan sikit lagi tepung.
3. Bakar dalam Suhu 170 darjah selama 20 minit.Gunakan api atas bawah.
4. Nak tau shelltart ni dah masak, cuba terbalikkan acuan. Jika shelltart tak boleh keluar dari acuan tu bermakna shelltart tu tak masak. Boleh tambah lagi masa lagi. ** Suhu tu bergantung pada oven masing-masing ya.
**saiz acuan 4.5cm.. Bagi adunan ni saya dapat 110 – 115 pcs
Inovasi Presser Tart Sekata
Ada benda rahsia saya ubah untuk jadikan presser tart ni sekata balance dan tidak senget.
Alhamdulillah atas Inovasi ke atas presser tart ni.Team kami telah menang perak sempena Pertandingan Inovasi peringkat kebangsaan.Idea ini tercetus timbul di mana saya adalah seorang bakers Dan pada masa yang sama saya juga mengajar kursus masak di opis saya.. Memang presser tart ni memudahkan kita menghasilkan kulit tart yang sekata dan menjimatkan masa tapi lama kelamaan presser tart ni mendatangkan kelemahan kepada saya.Dengan menambahbaik ke atas penghadang ketebalan kulit, memasang wasir skru ke atas rod putih di Bahagian presser tart menggurangkan longgar Dan bergoyang.
A – sila letakkan plastik wrapping supaya adunan tidak melekat pada penekan
B – saya tukarkan kepada silikon memudahkan ia tidak hilang.Jika xjumpa silikon yg sesuai boleh diletakkan kertas atau gamkan terus Di Bahagian bawah
C – ini adalah penghadang ketebalan kulit tart. Jika terlalu kerap digunakan, Kulit tart agak nipis Dan kekadang berlubang.. Saya letak silikon. Jika tak jumpa silikon yang sesuai memadai dengan letak kertas atau Tisu.
D – Bahagian yang paling orang tak tau.. Biasa bila kerap digunakan, Bahagian akan longgar dan kejadian kulit tart senget dan nipis.. Pergi kedai hardware beli wasir skru Dan lekatkan di situ. Kalau tak faham bole pm saya.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat.Terima kasih berkongsi resipi yang dibuat jual. Jadi buat suri rumah yang nak cari duit tepi tu,boleh cuba buat dan jual shell tart ni. Memang ada permintaan.
Kalau tanya bab memasak sup ayam mungkin ramai yang pandai buat tetapi rasanya tetap tak sama, ya! Jadi kali ini anda patut godek keistimewaan resepi masakan paling mudah ini, haaa… terselit rahsia masakan tau!
Jom semak…
Semasa awal perkahwinan, suami saya pernah cakap sup ayam yang paling sedap adalah sup ayam yang dimasak oleh mamanya dan dia minta saya belajar caranya. So, bila husband kita cakap ‘sangat sedap’, maka saya assume mesti prosesnya ‘agak rumit’. Tapi…rupanya sangatlah senang dan sangat healthy juga.
Biasa kita masak sup, bahan wajib adalah halia, dan bawang putih. Tapi sup ayam mama ni tak ada dua benda wajib itu.
Family husband berasal dari wilayah Pattani dan saya perhatikan mereka sangat suka dengan daun ketumbar. So base sup ayam ni, adalah daun ketumbar.
Sup ayam mama ni bagi saya sangat healthy dan sangat sedap. Sekarang bukan saja jadi kegemaran suami, tapi kami sekeluarga.
SUP AYAM MAMA
Bahan-bahan:
Ayam (ikut suka banyak mana)
Bawang ros/merah dibelah ( biasa saya guna 3 ulas)
Tomato sebiji
Rempah 4 sekawan (bunga cengkih 7 biji, bunga lawang 1, kayu manis 1, pelaga 3 Biji)- ikut banyak mana ayam
Sedikit ketumbar masukkan sebiji-sebiji
Sedikit lada hitam sebiji-sebiji
Sedikit garam
Akar daun ketumbar
NOTA: Daun ketumbar. Ambil akarnya dan ketuk untuk dimasukkan ke dalam sup (masak bersama). daunnya pula dihiris untuk dimasukkan ke dalam sup semasa dihidang
Cara-cara masak:
Rebus semua sehingga masak
Bahan hiasan/penambah rasa sup
Bawang goreng
Cili padi dipotong
Daun ketumbar dihiris
Daun bawang dihiris
Limau nipis (perah)
Bila nak makan, hidangkan sup, masukkan semua bahan hiasan dalam mangkuk sup, dan makan. Memang sedap dan tak jemu.
NOTA:
* Family suami saya semua slim-slim, maybe disebabkan corak pemakanan diorang yang makan ulam mentah, sayur mentah, jarang makan makanan bergoreng.
* Saya suka goreng bwg putih dan taburkan dalam sup bila nak makan (xda stok)
* Tak perlu gunakan minyak, sebab ayam akan keluarkan minyaknya sendiri.
* Kalau masukkan kentang atau saderi atau lobak merah, rasanya akan bertukar.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Musim PKP ni kadang-kadang kering idea mak-mak nak masak apa. Anak-anak pulak asyik-asyik tanya, hari ni masak apa. Breakfast makan apa, lunch makan apa…nanti minum petang makan apa. Lepas tu sebelum maghrib dah tanya malam ni nak makan apa pulak?
MW kongsi satu resipi yang amatlah mudah dan kosnya pula murah. Resipi perkongsian dari Ameera ini hanya gunakan dua bahan utama. Iaitu biskut oreo dan juga susu coklat. Cara nak buatnya seperti berikut :
KEK KUKUS OREO
Bahan-bahannya :
Dua pek biskut oreo
Susu UHT apa-apa jenama perisa coklat (1L)
Cara penyediaannya :
LANGKAH 1
Kisar dua pek biskut oreo bersama separuh kotak susu UHT ke dalam mesin pengisar.
LANGKAH 2
Kemudian tuangkan adunan itu ke dalam loyang yang bersesuaian.
LANGKAH 3
Kukus sekitar 20 minit ke 30 minit.
LANGKAH 4
Kek kukus oreo anda siap untuk dinikmati. Mudah bukan.
Hanya dengan EMPAT langkah mudah. Anda dah dapat sebiji kek yang bukan saja senang nak buat, tapi rendah kosnya. Bagi mak-mak yang nak mengisi masa anak-anak dengan ilmu kemahiran masak memasak. Ini salah satu projek perintis yang anda boleh buat bersama anak-anak. Confirm ada yang nak buat lagi kalau bahannya pun semudah ini. Selamat mencuba.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...