
Isi Kandungan
ToggleNak buat kuah laksa pun ada rahsianya, dan mungkin cara setiap orang masak tak sama. Kali ini nak kongsi resepi masakan kuah laksa utara daripada Puan Syafiqah Mohdradzi…
Hari-hari cuti ni kan kalau boleh layan laksa utara piawww baqhang. Melelehhh oiii. Makan pulak berulang-ulang selang sejam makan selang sejam makan. Perghhhh!! Memang tak makan apa dah. Dok berulang laksa ja selagi tak habis kan.
Makan kat kedai tak puaih makan la. Kadang ikut nasib pulak tu. Dapat yang sedap takpa. Dapat yang ceroii macam ayaq hujan di tasik rindu tu menangis.
Ni fiqah share resepi sempoi punya untuk peminat tegar laksa. Mudah ja nak buat laksa ni. Tak payah dok buat payah noh.
Cara-cara semudah petik jari
1) 15 ekor ikan temenung (size queen) direbus.
2) Perisi isi ikan yang siap direbus.
3) 12 tangkai cabai kering digunting untuk buang biji dan direndam air panas
4) 3 biji bawang besar ( size king ), kalau size queen dalam 5 biji.
5) Blender cabai kering & bawang besar beserta belacan sebesar ibu jari kaki orang dewasa
6) Panaskan periuk dan masuk bahan blender. Masak seketika biaq menggelegak.
7) Blender isi ikan dan masukkan dalam periuk.

8) Tambah air dalam 2 liter.
9) Masak ja naik biaq menggelegak galak dan masukkan bunga kantan, daun kesom, pucuk samak, asam keping.
10) Reneh ja api sederhana biaq semua bahan2 tadi bermesra dalam periuk.
11) Perasakan dan siap.
12) Sambil-sambil kuah nak siap tu rebuih laksa siap2. Takla meleleh ayaq lioq satg dok tunggu laksa masak.
TIP:
Nak kuah laksa yang lagi piawww kuah buat malam dan dibiar semalaman. Awai pagi tu bila semua bahan dah mesra laksa akan lebih piaww.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Biarkan Isteri Uruskan Rumah Tangga & Anak-Anak Tanpa Sebarang Sokongan Adalah Sejenis “Domestic Violence”

Isi Kandungan
ToggleRamai isteri mula mengalami tekanan apabila ‘terpaksa’ menguruskan rumahtangga dan anak-anak secara sendirian tanpa sebarang sokongan mahupun bantuan daripada seorang suami. Meskipun bukan semua suami gemar lepas tangan, tidak menghulur bantuan pada isteri dalam urusan rumahtangga dan anak-anak,namun kes-kes begini tetap berlaku.
Keadaan ini, jika berterusan adalah sangat ‘tidak sihat’ pada mental dan emosi seorang isteri dan ia juga merupakan salah satu ‘penderaan’ dan ‘keganasan rumahtangga’ menerusi perspektif peguam ini.
Berikut antara perkongsian oleh Nurul Izzah yang boleh dijadikan panduan buat para isteri.
MARITAL DEPRESSION
Kes 1
Umur 35, anak 8 orang tengah pregnant yang ke 9. Suri rumah sepenuh masa sementara suami sangat sibuk dengan kerja dan program-program di luar sepanjang minggu.
Kes 2
Seorang ibu muda berumur 27 tahun anak 3 orang (jarak anak yang rapat-rapat)graduan ijazah sarjana muda, surirumah sepenuh masa,suami bekerja dan sibuk dengan program2 luar sepanjang minggu.
Kes 3
Baru berkahwin 2 bulan 10 hari lalu diceraikan suami tanpa mengetahui sebab diceraikan. Hanya tinggal bersama 1 minggu sahaja.Suami menghilangkan diri setelah itu sehinggalah dapat permohonan cerai.
Setelah bercerai barulah tahu antara alasan cerai adalah isteri tidak memasak,basuh baju, dan gosok baju sepanjang SEMINGGU baru mereka berkahwin.Bukan setahun ok.
IT’S DAMN REAL
Kita tahu kes 1 adalah Puan AAJ yang viral dalam socmed dengan pelbagai komen dan judgment ke atas beliau. Kes 2 dan 3 adalah kes klien saya yang saya rahsiakan siapa mereka tetapi sangat terkesan untuk saya kongsikan.
Analisa saya seperti di bawah :
1.Keganasan Rumah Tangga
Tekanan dalam rumah tangga sangat real dan berlaku. Ia adalah sejenis domestic violence yang tidak kena pada fizikal tetapi kepada mental dan emosi. Dengan membiarkan seorang isteri menguruskan rumah tangga dan anak-anak tanpa sebarang sokongan adalah satu KEGANASAN RUMAH TANGGA.
Kes 1 dan 2 adalah hasil daripada marital depression sehingga seorang isteri bertindak rebel dan protest seperti AAJ. Klien saya kes 2 pernah whatsapp nyatakan dia hampir bunuh diri dan tidak mahukan anak-anaknya yang ke2 dan ke3 kerana terlalu tertekan dengan sikap suami yang tak ambil endah urus anak-anak.
2.Isteri Kena Ada ‘Me Time’
‘Me Time’ seorang isteri adalah salah satu keperluan nafkah batin. Bukan hanya supply seks. ‘Me Time’ takkan bawak sampai nusyuz! Kau orang ni dalam kepala pikir nusyuz aje.
Sekadar seminggu sekali kau bagi dia lepak dengan kawan-kawan,bagi duit belanja lebih sikit sebulan sekali untuk dia ke spa, bawak makan kat restoren dia teringin sebulan sekali, tolong jaga anak-anak isteri nak iktikaf di masjid sekali sekala. Setahun 2 kali plan short trips untuk hilangkan stress.
3.Suami Autokratik
Kau tengok kes 3, saya ni sujud syukur klien saya diceraikan dgn cepatnya. Kau boleh bayang macamana agaknya kalau dia bertahan dalam perkahwinan yang suaminya berpegangan “baru seminggu kahwin,isteri tak masak,tak basuh & gosok baju ” wajar diceraikan.
Klien saya bekerja sebagai dentist, tidakkah ‘wasted’ bersuamikan seorang yang “too autocratic” seperti lelaki ini! Pemikiran seorang lelaki yang tidak boleh terima isterinya tak sempurna lalukan house chores boleh menyumbangkan tekanan kepada isteri apatahlagi isteri pun bekerja.
5. Pakai Alat Perlindungan Kehamilan
Nak ramaikan umat pun jangan sampai buat isteri tak siuman. Pakai alat perancang keluarga tak difatwakan masuk neraka. Kau tgk AAJ yang umur semuda dia anak nak masuk 9. Kau boleh bayang umur berapa dia kahwin dan sedekat mana jarak anak-anak.
Puan-Puan,kalau memang sanggup pun nak beranak setiap tahun,tengok dulu sejauh mana suami membantu. Kalau setakat donate sperm dan blah tinggalkan kau mengandung,bersalin,berpantang,membesarkan anak seorang diri, sila pakai contraception walaupun TANPA IZIN SUAMI. Menjaga nyawa dan agama kau lebih utama daripada taat kepada suami seperti itu.
6. Jangan Rendah Diri Bila Tak Berkahwin
Stay single selagi tiada keperluan mendesak untuk kahwin. Bukan saya tak galakkan berkahwin, tetapi jangan jadi down and inferior bila lambat kahwin. Sibukkan diri dengan program,activities yang baik untuk divert attention.This life is not about marriage and kids only. This life offers more than that!
Memanglah kalau nanti marriage tak workable,ada jalan keluar yang disediakan oleh undang-undang. Tapi the ugly truth is NOT EASY. Dah termasuk mulut buaya kau nak merangkak keluar balik bukan senang unless you have very strong support and back up.

7. Bantu Suami Berpada-Pada
Ladies, whatever yours please keep them secret and private. Bukan suruh kau kedekut atau berkira, kau nak bantu suami kau bab duit boleh,tapi tak semua kau kena disclose. Simpan dan rahsiakan 1,2 harta yang milik kau supaya tak dikacau. Kalau takde duit sendiri dan tak kerja,please work.Tak kira la makan gaji atau bisnes.
Why? for futures! Banyak nak guna duit untuk kau self help nanti. Kau nak ke balai pun perlu duit,nak sewa rumah lain sebab nak selamatkan diri dari suami kau pun perlu duit. Nak naik uber pegi mahkamah dan letak anak kat nurseri pun duit. Kau nak jumpa kaunselor ustaz/zah pun kau perlu trasnport berduit.
Kau duduk meroyan, rebel,protest kat laki kau yang keras kepala,kat socmed tak membantu apa-apa selagi kau tak keluar dari rumah cari bantuan. Please,at certain point love yourself first and be selfish!
Ok done,panjang dah. My 10cents.
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat buat isteri dan para wanita semua.
Sumber: Nurul Izzah
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
COVID-19: 47 Petugas Positif Selepas Hadiri Kenduri Kahwin BUKAN Sebab Kendali Pesakit

Isi Kandungan
TogglePeningkatan kes dari hari ke hari membuatkan barisan hadapan negara turut terdedah kepada virus korona ini. Namun rata-rata petugas kesihatan yang positif bukanlah disebabkan mengendalikan pesakit sebaliknya berpunca daripada sebab lain.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), setakat ini seramai 73 petugas kesihatan telah dijangkiti virus ini dan 47 daripadanya positif setelah menghadiri kenduri kahwin yang turut dihadiri jemaah tabligh.
Seramai 73 petugas kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM) telah dijangkiti koronavirus (Covid-19).
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, berdasarkan siasatan, punca jangkitan bagi kesemua anggota kesihatan ini bukan disebabkan oleh pengendalian kes positif Covid-19 di fasiliti kesihatan KKM.
“Daripada jumlah tersebut, didapati punca jangkitan bagi 47 kes (64.4 peratus) adalah berkaitan dengan majlis perkahwinan yang juga dihadiri oleh mereka yang menghadiri perhimpunan tabligh,” katanya pada sidang media perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.
Menurutnya, lain-lain punca adalah seperti sejarah melawat ke luar negara dan dari kontak keluarga yang positif Covid-19.
Hospital Teluk Intan Paling Tinggi
Beliau berkata, Hospital Teluk Intan mencatatkan kes positif Covid-19 tertinggi melibatkan petugas kesihatan iaitu 37 kes.
“Ia diikuti dengan Hospital Putrajaya, Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan dan Hospital Tuanku Ampuan Rahimah, Klang Selangor serta Hospital Selayang,” katanya.
Dr Noor Hisham berkata, seramai 1,895 anggota kesihatan yang merawat pesakit Covid-19 di fasiliti kesihatan KKM telah menjalani ujian pengesahan.
“Seramai 1,187 adalah negatif manakala 708 lagi masih menunggu keputusan. Setakat ini tiada kes yang positif,” katanya.
Beliau menyeru kepada kakitangannya agar memaklumkan kepada ketua jabatan sekiranya terlibat secara langsung dengan jemaah tabligh atau mempunyai kontak dengan individu di majlis perkahwinan di Bangi dan Putrajaya.
“Majlis perkahwinan berkenaan diadakan di Bangi pada 6 Mac manakala resepsi diadakan sehari selepas itu di Putrajaya. Petugas kesihatan dipercayai menghadiri kedua-dua majlis tersebut,” katanya.
Barisan Hadapan Keletihan
Ditanya dakwaan rakaman audio mengenai petugas barisan hadapan keletihan yang tular aplikasi WhatsApp, beliau mengakui keadaan tersebut.
“Betul! Frontliner kita memang telah bekerja tanpa henti lebih kurang tiga bulan termasuk di Ibu Pejabat KKM sendiri,” katanya.
Menurutnya, pegawai perubatan terpaksa bekerja sehingga maksimum 16 jam bagi merawat pesakit Covid-19.
“Tetapi apa yang penting sekarang adalah kita dapat menyelaraskan sumber manusia,” katanya.
Beliau berkata, seramai 3,400 kakitangan dalam perkhidmatan telah dikerahkan ke klinik dan hospital yang memerlukan.

“2,500 daripadanya adalah jururawat berpengalaman dan sedang menjalani latihan dalam perkhidmatan untuk membantu di klinik dan hospital.
“Seramai 3,000 jururawat yang telah bersara membuat pendaftaran dengan KKM untuk berkhidmat semula,” katanya.
Tambahnya, KKM sedang mengenalpasti kepakaran jururawat tersebut sama ada di ICU, di dewan bedah dan sebagainya.
“Kita akan gunakan kepakaran mereka untuk penempatan sama ada di klinik atau pun hospital KKM.
“Kita dapat tampung keperluan secara keseluruhannya kalau kita kerahkan sumber manusia yang sedia ada,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
MW: Semoga Allah sentiasa melindungi barisan hadapan daripada dijangkiti virus ini. Tidak dapat bayangkan jika barisan lumpuh. Ayuh sama-sama kita doakan petugas kesihatan yang dijangkiti kembali pulih seperti sediakala. Orang ramai pula diminta untuk jaga diri dan sentiasa positif hadapi dugaan besar ini.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Isteri Cikgu Din Meninggal Dunia, Perjuangan Melawan Kanser Berakhir Duka

Isi Kandungan
ToggleIsteri Cikgu Din meninggal dunia, perjuangan duka lara melawan kanser berakhir. Pengorbanan seorang guru yang dikenali sebagai Cikgu Din yang sanggup berulang alik dari Sarawak ke Kota Bharu setiap dua minggu sekitar Oktober lalu mengundang simpati ramai.
Cikgu Din atau nama sebenarnya, Mohamad Izzudin Izhar yang mengajar di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Ming Wok, Kanowit, Sarawak sanggup berulang alik demi bersama isterinya, Nur Atiqay My Yusoff yang ketika itu sedang bertarung nyawa melawan kanser tulang rawan tahap empat dan memerlukan penjagaan rapi.
Isteri Cikgu Din Meninggal Dunia
Namun kerana tugasan selain kesukaran bertukar penempatan mengajar membuatkan kesnya menjadi viral hingga mendapat perhatian dari Menteri Pendidikan, YB Fadlina Sidek yang memaklumkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan penempatan sementara buat Cikgu Din ke Semenanjung bagi memberi ruang untuk Cikgu Din menjaga isterinya.
Namun perjuangan Nur Atiqay melawan kanser berakhir semalam apabila telah menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 9 malam di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu.
Perjuangan Duka Lara Melawan Kanser Berakhir
Perkhabaran duka itu dikongsikan Cikgu Din atau nama sebenar Mohamad Izzudin Izhar, 34, menerusi perkongsiannya di aplikasi WhatsApp. Jenazahnya akan dimandikan di Masjid Putra Taman Desa SBJ Putra Pasir Pekan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Baru, Tumpat, Kelantan.
“Isteri saya telah menghembuskan nafas yang terakhir jam 9 (malam) tadi… saya mohon maaf kalau isteri saya ada salah silap, dan kalau ada hutang (Allahyarham) mohon beritahu saya,” kongsi Cikgu Din ringkas.
Pada Oktober lalu, menerusi perkongsian warganet di Facebook, Cikgu Din dibelenggu resah dan harapan untuk bertukar ke Semenanjung demi isterinya, Nur Atiqah My Yusoff yang bertarung nyawa melawan kanser tulang rawan tahap empat.
Guru yang bertugas di Sarawak itu juga dilaporkan sanggup berulang-alik dari Sarawak ke Kota Bharu, Kelantan setiap dua minggu untuk menemani isteri, dan membuat permohonan pertukaran apabila keadaan isteri semakin memburuk.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :–Calon Suami Panas Baran, Wanita Tinggalkan Terus, Jangan Jadi Mangsa Keganasan Rumah Tangga

Isteri Kena Dera Suami Meninggal Dunia, Jiran Dedah Pasangan Kerap Bergaduh
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI