Jangan tak tahu, labu yang selalu mak-mak guna untuk masak lauk tu sedap, lemak manis bila dijadikan kerepek. Sebagaimana yang dikongsikan Nomie Harun penyediaan kerepek labu ini agak istimewa, sebab tak gunakan garam.
Ada cara betulnya macam mana nak bagi rasa kerepek labu tu lemak manis dan rangup. Kata Nomie lagi, “Saja hari ni saya buat kerepek labu. Sedap rupanya. Lemak-lemak manis rasanya walau tak buh garam.”
Labu
Minyak masak
Potong labu ikut ira lekok labu.
Buang biji.
Kupas kulit – agak-agak kulit tu jangan tebal, biar masih ada kaler hijau kat labu tu.
Guna penyagat dan sagat nipis-nipis.
Siap sagat, basuh dan tos. Tak perlu rendam air garam. Basuh gitu je.
Lapik tisu dapur kat atas talam. Pastu letak labu yang ditos tadi tu dalam talam dan jemur. Jemur agak-agak kering. Setengah jam ke sejam gitu. Bergantung cuaca.
Siap jemur, goreng dengan api yang sederhana.
Agak kekuningan boleh angkat dan sejukkan.
Dah sejuk boh dalam balang… Siap.
Jajan ‘rare’ batang pisang rangup salut tepung, sedap yang amat.
Selamat Mencuba
Sumber/Foto : Nomie Harun
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita