Bagi mak-mak yang suka makan dan buat kek, resipi Kek Batik Indulgence ini antara yang wajib di cuba.Cantik berkilat, rasanya cukup sedap, lembut dan tak keras.Mempunyai 3 lapisan, gabungan rasa biskut marie, lapisan coklat dan cheese cukup sempurna!
Selain buat untuk makan sendiri untuk keluarga, boleh juga ambil tempahan untuk pendapatan sampingan.Mesti laku keras nanti kerana Kek Batik Indulgence ini ada peminatnya yang tersendiri.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Muhammad Ali ini sebagai panduan.
Haritu ada yang tanya resepi kek batik indulgence. Resepi ibu saya. Nah saya share. Semoga bermanfaat.Resepi Kek Batik Indulgence inspirasi dari ibu Mr.Ali.
Loyang 7 inci, Ada 3 lapisan
1.Kek batik
2.Cream Cheese
3.Ganache
Bahan-Bahan (Kek Batik) :
4 biji telur ( resepi legend kek batik memang pakai banyak telur, nak kurangkan pun boleh, lain orang lain resepi , so chill )
200g butter (kalau pakai marjerin / buttercup @ butterblend sedikit masin)
300 g biskut merry
3 sudu makan serbuk coklat bancuh dengan air panas.
2 sudu gula
4 sudu susu pekat
Secubit garam ( optional) ( again, kalau pakai buttercup/ marjerin atau butterblend tak perlu masukkan)
Cara Membuat:
1.Panaskan butter sampai cair, kemudian masukkan semua bahan kecuali biskut.
2.Telur tu masukkan sambil gaul dan gaul sampai pekat.
3.Dah agak-agak pekat, tutup api, biarkan dalam 2-3 minit kemudian baru masukkan biskut.
4.Gaulkan dan isi dalam bekas.Mampatkan. Dan isi dalam peti sejuk dalam 30- 40 minit.
* gelatin adalah pilihan masing-masing. Nak masuk pun boleh tak nak masuk pun takpe. Tujuan gelatin untuk bagi potongan lebih cantik, struktur kek lebih kukuh. Bagi saya gelatin ni dia rasa sedikit kenyal bila kita makan. Atas selera masing-masing.
(gelatin 10 gram + 40 ml air panas( pastikan betul-betul panas)larutkan kedua bahan ni sampai ianya mencair.
Cara Membuat:
1. Masukkan bahan-bahan di atas kecuali whiping cream & gelatin.Pukul sampai rata dan baru masukkan whiping cream dan gelatin.
2.Tuang atas kek batik tadi.
3.Masukkan dalam peti sejuk. Biarkan sejuk dalam sejam.
Ads
Bahan-Bahan Lapisan Coklat (Ganache):
100 gram whiping cream
100 gram dark chocolate
satu sudu kecil butter
Cara Membuat:
1.Double boil kan semua bahan-bahan di atas. Dah sebati kasi suam-suam dulu, kemudian baru tuang atas cream cheese tadi.
Mingguan Wanita: Sedapnya Kek Batik Indulgence ini.Kombinasi sempurna rasa biskut, lapisan coklat dan cheese. Kena cuba sendiri, buat di rumah nanti. Ikut resipi yang dikongsikan ini.Nak buat jual pun boleh sangat.
Teringin hendak makan ayam penyet berempah dengan serbuk serdak yang sedap? Tak susah sebenarnya hendak buat ayam penyet ini.
Perap terlebih dahulu ayam itu dengan bahan-bahan yang sesuai dan kemudian goreng sehingga garing. Nak lagi sedap, boleh juga buat serbuk sendiri.
Tak tahu bahan dan cara nak buat? Boleh cuba buat resipi yang dikongsikan oleh Afy AL Habibi ini.
Resipi Ayam Penyet
Bahan-bahan Ayam Penyet Berempah Dan Kuah Sup
Seekor Ayam
Cara Buat
1-Cucuk sekeliling isi ayam dengan garfu. Untuk dapat ‘feel’ makan ayam penyet macam kat kedai, boleh guna bahagian ayam macam cikgu ye.
2-Rebus ayam tadi dalam kuah sup. Boleh tambahkan kaki dan leher ayam sekali. Keluarkan ayam setelah isinya separa masak. Toskan.
Cara buat kuah sup
– Masukkan air dalam periuk.
– Biarkan ia mendidih. Kemudian masukkan, sup bunjut dan satu kiub pati ayam knorr.
– Perasakan dengan garam secukup rasa.
– Masa nak hidang, taburkan daun bawang dan bawang goreng
Bahan Dan Cara Buat Perapan Ayam Penyet Cara Mudah
1-Dalam satu bekas, masukkan secubit kapur dicampur 1/5 cawan air sejuk. Masukkan juga 3 sudu tepung beras. Dan, paling penting kena ada rempah ayam berempah cikgu afy untuk memudahkan kerja di dapur. Gunakan 1 sudu besar serbuk untuk menjadikan perapan ayam bertambah sedap.
2-Masukkan pula 1/3 sudu kecil serbuk kunyit. Masukkan juga secubit dua garam. Sepatutnya, kalau perap tanpa letak air dah tak perlu ye.
3-Kacau sebati bahan-bahan.Ambil ayam yang telah direbus tadi, perap ayam selama 30 minit. Perapkan sekali tauhu dan tempe.
4- Goreng sehingga ayam garing. Bau ayam waktu ni sangatlah wangi.
1. Kisar serai sehingga halus. Kisar pula halia dan toskan juga airnya sehingga kering.
2. Asingkan kedua-dua bahan. Gaul dengan bahan di bawah:
– dua sudu besar tepung beras
– dua sudu besar telur putih
– secubit kunyit
– 1 sudu besar rempah ayam berempah cikgu afy
– sebatikan dengan air sejuk dan secubit dua garam.
3. Goreng berasingan kedua-dua bahan di atas sehingga garing.
4. Tabur atas ayam selepas serdak siap.
Bila masak sotong selalunya masalah yang kerap berlaku ialah sotong jadi liat dan keras. Makan pun rasa tak best sebab lenguh mulut mengunyah.
Ini ada satu petua untuk menjadikan sotong kekal lembut dan tidak keras bila dimasak. Mudah sahaja caranya.
Tip Masak Sotong, Elak Liat Macam ‘Getah Sekerap’
TIP SUPAYA SOTONG LEMBUT & TIDAK LIAT
Gaul sotong bersama garam dan biarkan selama 10-15 minit. Bila nak masak, basuh semula sotong untuk buang lebihan garam. Toskan dan sotong sedia dimasak.
Petua sudah dapat. Jadi bolehlah cuba resipi kerabu sotong ala Thai ini. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA BUAT KERABU SOTONG ALA THAI
BAHAN-BAHAN:
1 kg sotong
Serai – dimayang
Tomato
Mangga muda
Bawang holland
Jus limau nipis secukupnya
BAHAN SOS:
5 biji cili padi
2 biji cili merah
3 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
Kicap sotong/sos ikan nampla secukupnya
Daun ketumbar
2 sudu makan gula thai
Sedikit cuka
2 sudu makan gula
2 sudu teh garam
Sedikit air
Barulah Tak Lenguh Mulut Kunyah
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan sotong dan kukus bersama serai yang telah dimayang. Ketepikan.
2. Satukan bahan-bahan sis. Kisar halus. Sukatan bahan boleh diubah mengikut cita rasa masing-masing. Lebihkan cili padi jika mahu lebih pedas.
3. Masukkan bahan kisar ke dalam kuali. Masak seketika untuk mengeringkan sedikit airnya. Padam api.
4. Hiris tomato, mangga mudah dan bawang holland secukupnya.
5. Gaulkan dengan sotong yang telah dikukus dengan serai tadi. Masukkan juga sos.
6. Perah jus limau nipis dan gaul rata.
7. Sotong kukus limau ala Thai sedia untuk dinikmati.
Sambal jering? Eii..ada yang dengar pun dah tutup hidung dan tahan nafas. Ya, bau jering memang unik; ‘busuk’ tapi sedap gitu! Hanya penggemarnya yang tahu betapa nikmat kelazatannya. https://www.facebook.com/nurul.azwa.509
Boleh dimakan mentah sebagai ulaman, direbus, masak lemak, sambal dan macam-macam lagi. Tentu masih ramai yang menggemarinya.
Dalam tempoh PKP ni, ada tak yang rindu nak masak dan makan jering? Kali ini dikongsikan resipi ringkas sambal cili padi jering tua dengan bilis. Resipi ini sangat pedas ye. Jadi, awas bagi yang kurang suka pedas. Atau anda boleh kurangkan jumlah cili padi dan tambah sedikit cili besar merah.
PENTING: Untuk masakan ini, gunakan JERING TUA ye. Kalau boleh, yang sudah selaput dalamnya sudah berwarna kecoklatan. Baru ngam! Guna jering muda..memang tak jadi!
Sambal Cili Padi Jering Tua Dengan Bilis
Bahan-bahan:
15-20 keping jering tua – buang kulit luat, tinggalkan selaput dalam. Kerat 3@4
1 genggam bilis
20-30 biji cili padi hijau atau merah (bergantung kepedasan yang dikehendaki) – kisar
1 keping asam gelugur
Sedikit garam
Minyak masak
Cara Memasak:
Panaskan minyak dengan jumlah agak banyak. Goreng ikan bilis hingga garing. Angkat, tos dan ketepikan.
Goreng jering tua yang sudah dipotong tadi hingga agak garing. Angkat, tos dan ketepikan.
Masukkan cili padi kisar dan tumis. Masukkan asam keping, tumis hingga cili kelihatan garing dan naik minyak. Perasakan dengan garam secukup rasa. Pastikan cili benar-benar masak sebelum masukkan bahan lain.
Tambah minyak dari semasa ke semasa jika perlu, agar cili dapat masak sepenuhnya.
INGAT: Kena sabar dan masak agak lama. Bila cili masak sempurna, taklah nanti sakit perut walau pun pedas berdesing.
Masukkan bilis dan jering yang telah digoreng tadi. Gaul sebati. Tutup api.
Siap. Sangat mudah kan? Boleh juga gantikan jering dengan petai. Mantap!
INFO TAMBAHAN:
Jering berkhasiat mencegah radikal bebas, mengandungi beberapa jenis vitamin seperti A, B1, B2 dan C.
Bersifat antimikrob.
Mencegah anemkia.
AWAS! Jangan ambil berlebihan kerana boleh memberi kesan negative kepada fungsi buah pinggang disebabkan kehadiran asid djenkolik di dalamnya.
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...