Kanser itu pembunuh no. 1 kaum wanita. Sebelum penyakit ini menyerang, wanita perlu ambil langkah berjaga-jaga. Kawal pemakanan yang diambil dan mulakan dengan diet yang seimbang. Ambil makanan yang kanser takut nak dekat. Tentulah dari bahan semula jadi yang bebas makanan tiruan atau pengawet.
Jus anti kanser yang diperkenalkan Puan Nurul Diyana Kamaludin ini dihasilkan dari kombinasi bahan-bahan semula jadi yang dipercayai dapat membantu melawan sel-sel kanser dan membantu pemulihan sel-sel tubuh badan, rawat keradangan kulit dan sendi.
“Jus ini mempunyai kesan penyembuhan yang kuat. Sangat bagus diamalkan sekali atau dua kali sebulan untuk kesihatan tubuh badan secara menyeluruh.”
√ Tak boleh diambil ketika haid dan mengandung
√ Dilarang ambil setiap hari
Nenas masak
Lemon
Kunyit
Halia
Minyak kelapa dara
Lada hitam
Setengah biji nenas madu
3 hiris lemon. Jangan buang kulit.
Seketul halia.
Seruas kunyit
Setengah sudu teh lada hitam biji
Satu sudu teh minyak kelapa dara (VCO)
Masukkan semua bahan ke dalam blender.
Tambah 1 gelas air suam.
Tambahkan satu sudu teh minyak kelapa dara
Kacau sebati.
Sedia diminum. Minum dalam tempoh setengah jam untuk kekalkan khasiat jus. Boleh tambah nenas untuk lebih manis dan kurangkan halia untuk kurangkan rasa pedas.
Nota: Boleh tambahkan nenas jika mahu lebih manis dan kurangkan halia untuk kurangkan rasa pedas.
Sumber/Foto: Nurul Diyana Kamaludin via Mingguan Wanita