Resepi Ikan Bakar Terengganu Ala Bazar Ramadan, Aroma Sedapnya Menusuk Hidung

Share

Sedapnya aroma ikan bakar Terengganu ala bazar Ramadan ini. Menusuk sampai ke hidung. Lagi-lagi jika terhidu waktu Ramadan. Ya ampun.. sudahlah perut berkeroncong.

Apa pun diri sedang berpuasa kan. Jadi, tahanlah sabar itu. Jika tak dapat nak beli ikan bakar di bazar sekalipun, anda sebenarnya boleh saja buat sendiri di rumah.

Haa.. lelaki ini, Muliadi Ramli berkongsi resepi ikan bakar Terengganu. Katanya, “Salah satu menu yang menarik perhatian ramai ketika di bazar ramadan

… ikan bakar. Aromanya menusuk hidung.. Abam kongsikan resipinya.”

Resipi Ikan Bakar Terengganu

A. Bahan kisar halus

  • Bawang besar 1 biji
  • Bawang merah 10 biji
  • Bawang putih 4 ulas
  • Belacan besar hujung jari
  • Serai 4 batang
  • Cili api 7 biji ( tak suka pedas tak payah letak)

Baca sini : Resipi Ikan Bakar Tapi Versi Garing, Goreng Dulu Separuh Masak

B. Bahan potong/ mayang

  • Bunga kantan 1 batang
  • Daun kesom 1/2 ikat
  • Daun limau purut
    6 helai

C. Bahan lain

  • Nisang (gula Melaka) 1/2 kerek (keping)
  • Gula dan garam secukup rasa
  • Perasa
  • Minyak masak
  • Cili boh 4 sudu besar
  • Air asam jawa 1 mangkuk kecil

Cari NISANG TERENGGANU di sini : https://invol.co/cla7jpl

Cara Membuat Ikan Bakar Ala Bazar Ramadan

  1. Panaskan minyak. Masukkan bahan kisar halus. Tumis sampai naik bau.
  2. Lepas tu masukkan cili boh. Tumis sampai pecah minyak.
  3. Masukkan nisang. Biar nisang cair.
  4. Masukkan air asam jawa. Biar mendidih.
  5. Lepas tu masukkan bahan mayang.
  6. Dan akhir sekali masukkan garam gula dan perasa.
  7. Masak dengan api kecil dalam 1 ke 2 jam. Biar rempah ikan bakar bertukar menjadi gelap dan kuahnya pekat. Siap.

* Bila bakar ikan dan ikan setengah masak boleh letakkan rempah ikan bakar. Tutup bekas bakarnya. Masa membakar bergantung kepada jenis ikan.

Sumber/Foto : Muliadi Ramli

Published by
Netty Ah Hiyer