Penggemar hotteok boleh cuba resepi hotteok cheese pedas yang dikongsikan Julie Zaini ini. Apa itu hottek? Ia merupakan lempeng manis Korea.
Biasanya intinya kacang merah. Bagi memenuhi citarasa tempatan, olahan resepi cheese pedas ini boleh dinikmati keenakannya. Cara nak membuatnya juga mudah.
Kongsi Julie, “Malam tadi buat Hotteok (kalau sebutan dalam bahasa korea “Hottok” bukan Hot Te Ok) . Isi intinya kalau resepi asal boleh letak japche, kekacang campuran,inti kacang merah dan macam-macam lagi, ikutlah kreativiti anda.
Tapi Mibu letak filling cheesedale lepas tu derhaka masa masak tu sprinkle parlsey, cili flake dan all purpose spice sebab nak nampak luar tu macam lawa dan pedas-pedas sikit.
Lepas tu cicah dengan mustard ke,cili sos atau thousand island.
Baca sini : Kimchi stail tekak Melayu, kos tak sampai RM10 boleh dapat 3 bekas
Resepi kat bawah uli tangan jer.
Selamat mencuba!
Baca juga : Rangup, masam dan pedas, kimchi timun ini memang pembuka selera
Sumber/Foto : Julie Zaini