Nampak sungguh sedap dan menyelarakan resepi DAGING MASAK KICAP versi ABAH ni.Makan pula dengan nasi panas, memang bertambah-tambah jadinya. Sukatan yang diberikan ini sesuai untuk 30 orang makan. Jadi sesuailah kita buat menu ni sewaktu berkumpul adik beradik atau keluarga besar nanti.
Resepi DAGING MASAK KICAP versi ABAH ini merupakan perkongsian daripada Encik Adnan Bin Mat Abu. Boleh rujuk resip dan cara yang dikongsikan ini.
Bahan-Bahan ( Untuk 30 orang makan )
3 kg Daging lembu (Dipotong dan direbus hingga lembut)
4 inci halia (Dihiris)
8 biji bawang kecil (Dihiris)
8 ulas bawang putih (Dihiris)
4 sekawan
1 kg kentang (Dibelah 4)
3 sudu besar serbuk lada
2 sudu besar lada hitam dikisar kasar.
2 sudu besar air asam jawa.
3 sudu besar gula
Cili besar merah dan hijau serta bawang besar untuk hiasan
Kicap pekat dan kicap lemak manis secukupnya
Cara Membuat:
1.Tumis bawang putih, bawang kecil dan halia hingga kekuningan.
2.Masukkan 4 sekawan, masak seketika, kemudian masukkan ubi kentang.
3.Bila ubi kentang separuh masak masukkan serbuk lada yang dibancuh dengan air rebusan daging.
4.Masak selama seminit baru dimasukkan daging. Gaul rata.
5.Kemudian, masukkan kicap pekat dan kicap lemak manis. Masak selama 5 minit. 6.Masukkan pula gula, air asam jawa dan garam. Masak hingga naik minyak baru dimasukkan lada hitam dan bahan hiasan.
7.Gaul rata. Bila bawang besar hampir layu tutup api. Hidangkan.
Mingguan Wanita: Nampak sangat sedap dan menyelerakan sungguh DAGING MASAK KICAP Versi ABAH ni. Sukatan untuk 30 orang makan, sesuai dimasak bila keluarga berkumpul ramai-ramai nanti.
Puding lumut mentega antara juadah pencuci mulut yang enak dinikmati sejuk-sejuk. Rasanya yang manis dan berlemak pastinya membuatkan seisi keluarga menggemarinya. Paling penting nak buat pun senang!
Puding Lumut Mentega, Manis & Berlemak
Bentuk kejadiannya betul-betul membuka selera. Nampak macam lumut asli. Kalau berhajat nak cuba buat puding lumut mentega, berikut resipi seperti yang dikongsikan oleh Mas Cotek.
RESIPI PUDING LUMUT MENTEGA
Bahan Puding Lumut:
1 paket serbuk agar-agar (10gm)
150 gm gula pasir
125 gm santan pekat
550 ml air
100 ml jus pandan dari 10 helai pandan
2 biji telur (pecahkan, kacau lebih kurang sahaja menggunakan garpu)
1/4 sudu teh garam
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh pewarna hijau
Cara membuat:
1. Satukan kesemua bahan, kacau sebati. Tapis jika perlu.
2. Didihkan dengan api perlahan, kacau sesekali sahaja
3. Apabila lumutnya timbul di permukaan, tutup api dan biarkan wap panasnya hilang
4. Tuang ke dalam acuan/loyang, sejukkan.
Info: Untuk loyang brilliance nordicware ni opah buat 1 1/2 adunan puding lumut
Syok Makan Sejuk-sejuk
Bahan Puding Mentega
Bahan A
3 biji kuning telur
100 gm mentega dicairkan
1 sudu teh esen vanilla
1/2 tin susu pekat manis
(kacau sebati menggunakan whisk/ketepikan)
Bahan B
1 paket serbuk agar-agar
4 sudu besar gula pasir
550 ml air
Cara membuat:
1. Masak bahan B sehingga larut dan meruap.
2. Kemudian masukkan Bahan A, kacau sebati
3. Biarkan mendidih/tutup api
4. Tunggu sehingga wap panasnya hilang, tuang ke atas puding lumut dan sejukkan
5. Cakar-cakar sedikit permukaan puding lumut baru tuang adunan puding mentega supaya melekat. Sejukkan.
Biasanya, kalau beli air dalam tin, mesti ada yang pilih minuman jus aloe vera. Mungkin kalau anda yang pertama kali rasa, ia tidaklah ‘teruk’ sangat pun. Masih boleh terima kekenyalannya seperti agar-agar.
Mesti tertanya-tanya macam mana boleh hasilkan jus aloe vera ini dan cara membuatnya. Kat rumah memang banyak pokok, Cuma tak tahu macam mana nak manfaatkan nya.
Bagi tidak mensia-siakan tanaman ini, apa kata kita buat sendiri jus aloe vera kat rumah. Norija Nyoep turut berkongsi cara untuk membuatnya. Lepas ni, tak payahlah nak beli kat kedai, tambah perisa yang anda suka. Siap untuk di minum.
1. Mula-mula, ambil beberapa helai daun aloe vera yang sudah berbunga.
2. Kemudian, potong aloe vera ni dan kupas kulitnya.
3. Ambil isi seperti ini.
4. Potong isi aloe vera tu halus-halus bentuk kiub. Cuci potongan tadi dan toskan.
5. Masakan air secukupnya. Masak sehingga mendidih. Kemudian masukkan gula secukupnya.
6. Bila air + gula dah mendidih, masukkan kuib aloe vera yang ditoskan tadi dan kacau. Biarkan mendidih lagi beberapa minit sehingga kuib aloe vera tu terapung.
7. Apabila isi aloe vera dah terapung, kacau dan biarkan mendidih 5 minit. Jangan lama sangat nanti isi aloe vera tu hancur. Selepas itu, padam api dan biarkan sejuk.
Dah sejuk, masukkan ketul ais dan siap untuk di minum. Selamat mencuba.
.
MW: Kalau nak bagi sedap, bolehlah letak macam-macam perisa kan!
Biskut Almond London ni antara biskut raya kegemaran ramai. Rasa biskutnya yang rangup,ada badam panggang, disaluti coklat dan taburan badam. Ada macam-macam resipi untuk buat biskut ni, namun nak dapat rasa yang betul-betul sedap memang payah.
Puan Mia AdhaRuslyada kongsikan resipi Biskut Almond London kegemaran keluarganya dan dipelajari daripada kelas berbayar yang disertainya.
“Alhamdulillah…baru siapkan biskut Almond London yang menjadi kesukaan tetamu saya setiap kali tibanya hari lebaran…biskut wajib kesukaan kami sekeluarga juga”
“Susah nak dapatkan rasa Almond London yang betul-betul sedap jadi resepi ini saya belajar dari kelas yang berbayar. Resepi yang amat mudah, jadi hari ini saya nak kongsikan pada semua. Saya halalkan ada kisah sedih disebalik resepi biskut Almond London nie.”
Dipersilakan share semua.
ALMOND LONDON
Bahan-Bahan:
250gm butter
100gm gula aicing
2 biji kuning telor
450gm tepung gandum
Sedikit baking powder – ayak bersama tepung
1/2 cawan cornflakes dikisar halus
1 sudu teh esen vanilla
Buah badam yang dipanggang
Badam cincang untuk hiasan (disangai)
Cara Membuat:
1. Pukul manja butter sedikit kembang. Masukkan gula, pukul lagi.
2. Masukkan kuning telur sebiji sebiji + esen vanilla, gaul sebati.
3. Masukkan cornflakes, gaul sebati dan masukkan tepung sedikit-sedikit sambil gaul.Adunan mesti lembut.
4. Bulat-bulatkan dan letakkan badam dan boleh la dibentukkan sama ada bulat atau pon bujur.
5. Bakar kekuningan dalam suhu 160 selama 25 minit. Ikut oven masing-masing.
6. Apabila dah masak, ketepikan dahulu biar sejuk seketika.
7. Masak secara double boil coklat + shortening @ butter.
8. Celup biskut tadi dan ditabur badam cincang yang telah disangai kekuningan.
MW: Terima kasih kongsi resipi mudah biskut Almond London yang dipelajari dari kelas berbayar. Mak-mak bolehlah cuba nanti. Biskut ni memang ramai peminat, baik yang dewasa mahupun anak-anak.
Suami terpaksa 'mengemis' nak puaskan nafsu, dah merayu masih tak dapat. Dalam kehidupan berumah tangga, kebahagiaan dan keharmonian bukan sahaja bergantung kepada aspek kewangan, komunikasi, dan tanggungjawab harian, tetapi juga kepada keperluan batin pasangan.