Nampak senang tapi sebenarnya nak buat cucur udang pun kena tahu rahsianya. Biasanya bila buat cucur udang ni masalahnya, bila digoreng ia ‘masuk minyak’ dan lembik. Itulah yang buat kita hilang selera nak makan. Gigit je cucur, terus mulut kita ‘bermandikan’ minyak.
Jadi ini salah satu resipi yang boleh anda gunakan untuk cucur udang yang rangup.
Bahan-bahan:
Sedikit Udang
500gm tepung gandum
1 biji telur
1 paket yis segera | dicampur bersama 1 sudu gula dan ½ cawan air suam
Air (ikut anggaran untuk bancuhan cucur)
Ads
1 sudu kecil garam
Sedikit serbuk kunyit
200gm taugeh
1 pokok kucai
Ads
2 biji cili merah | dihiris nipis
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
1. Campurkan yis bersama air suam dan gula. Biarkan sehingga ia berbuih.
2. Dalam mangkuk besar, masukkan tepung, serbuk kunyit dan garam. Kemudian digaul rata. Kemudian pecahkan telur dan masukkan bancuhan yis tadi bersama dua cawan air.
Ads
3. Gaul sehingga semuanya sebati dan masukkan sayur-sayuran. Biarkan sebentar sehingga bancuhan nampak berbuih.
4. Panaskan dan goreng dalam minyak yang banyak. Rendamkan sudip yang mahu anda guna dalam minyak panas. Kemudian barulah dituangkan adunan cucur tadi.
5. Letakkan udang dan goyang-goyangkan adunan cucur sehingga tertanggal dari sudip.
6. Perhatikan cucur sehingga kuning keemasan dan angkat untuk tos minyak.
RAHSIA MASAK CUCUR
1. Jangan guna air panas untuk membancuh yis kerana ini akan ‘membunuh’ yis. Apabila anda mencampur gula ke dalam bancuhan yis, itu bagi mengaktifkannya. Bila naik berbuih, maknanya yis ‘hidup’ dan boleh digunakan.
2. Untuk menjadikan cucur udang rangup, pastikan anda menggunakan sudip atau senduk yang leper supaya bahagian tepi cucur boleh menjadi lebih crispy.
3. Goreng cucur dalam minyak sederhana panas untuk cucur yang rangup. Minyak yang tidak panas akan menyebabkan bancuhan cucur ‘masuk minyak’ dan minyak yang terlalu panas pula akan membuatnya menjadi hangit.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Terima whatsapp dari no tak kenal, peniaga sedih kena scam duit tinggal RM1.97 sen. Isu duit hilang di bank tidak pernah reda sama sekali. Seharusnya kita semua perlu lebih berhati-hati kerana scammer semakin bijak “mengenakan” orang ramai yang mungkin terlena seketika dan mereka mengambil kesempatan melakukan jenayah.
Terkini, seorang peniaga Char Kuey Teow di Felda Sena, Jengka 16, Bandar Jengka, Fairul Asni Hamzah discam hingga licin duit di dalam bank sebanyak RM5444 dan hanya berbaki RM1.97 sen sahaja.
Terima WhatsApp Dari No Tak Kenal
Dalam keadaan sedih, semalam Fairul berkongsi bahawa duit dalam banknya hanya berbaki RM1.97 dan duit itulah perlu digunakannya untuk membayar sewa tapak perniagaannya.
Tulisnya, nak menangis rase. Nak tergelak pon ade. Nak down pon ade. Sampai tinggal tu je kau kebass..kurang-kurang tinggal la kat aku RM50 ke RM20.
Duitnya lesap dalam beberapa minit sahaja dan hanya berbaki RM1.97 sen
Peniaga Sedih Kena Scam Duit Tinggal RM1.97 Sen
Perkongsiannya dengan baki akaun tidak sampai RM2 itu mencetuskan simpati sekaligus membuat orang ramai berfikir bahawa bank bukan lagi tempat selamat menyimpan duit kerana dia tidak pernah memberikan akses ke akaunnya dan hanya menyedari duit telah lesap kesemuanya.
“Lesap duit dalam bank rm5444…tido tak lena mengenang kan duit tu aku baru isi dalam bank nak bayar sewa kedai nak bayar itu ini pade 1hb ni…sebelum duit lesap dalam bank semalam ade berwssp dgn no tak kenal..koi betul2 down laa macam ni.
Saat dirinya berkongsi kesedihan hati kehilangan duit, Fairul ada memaklumkan dirinya ada membalas whatsapp seorang individu dikenali sebagai SALINA yang membuat urusan mengenai masalah nombor telefon di MUDAH.MY.
Dari perbualan bersama individu bernama “Salina” itu, jelas perbuatan adalah mengenai nombor yang tercatat di Mudah.my dicatat salah dan Salina meminta agar ia dibetulkan.
Awalnya, Fairul tidak mahu melayan dan membuat serkap jarang bahawa Salina itu scammer namun dia diyakinkan bahawa tiada isu scammer sebaliknya hanya kesilapan nombor sahaja dan dirinya perlu memberikan no TAC apabila sampai ke telefon bimbitnya.
Dan ternyata TAC itu sampai ke telefon bimbitnya sebelum di forward kepada nombor Salina dan ternyata malam itu, baki duit di akaunnya hanya berbaki RM1.97.
Jelas modus operandi scammer memilih individu tidak mengenal siapa dan dalam isu ini duit terus lesap hanya selepas TAC itu dilepaskan kepada individu tersebut.
Bahkan ada ramai juga individu lain dikenakan taktik yang sama iaitu modus operandinya salah nombor di MUDAH.MY. Hasil siasatan oleh individu lain selepas kes ini viral melalui true caller, nombor telefon bimbit digunakan Salina ialah milik satu individu lain.
Scammer rancak menipu orang ramai dengan modus operandi yang sama, minta no TAC bank
Bila kes ini viral, melalui true calller, iInilah nombor digunakan oleh “SALINA” dan ia milik orang ini.
Mereka hanya perlu menjual “air liur” dan simpati sebelum merembat duit orang. Diharap lebih berhati-hati selepas ini. JANGAN MELAYAN NOMBOR TAK DIKENALI. BIARLAH 100 KALI CALL PUN, ASAL TIDAK TERPEDAYA BEGINI.
JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN KAMI. BUAT TOTE & SHOPPING BEG
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tanggal 22 November 2022 pastinya meninggalkan kenangan manis buat adik Adib Amsyar ini apabila meningkat dewasa nanti apatah lagi berpeluang dipeluk dan dicium sendiri oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj sewaktu kecil.
Reaksi Spontan Raja Permaisuri Agong
Dalam video pendek yang dikongsikan di TikTok ini, keletah spontan Raja Permaisuri Agong cukup mencuit hati.Berpenampilan manis berbaju kurung dalam persalinan rona merah cili, baginda secara spontan duduk mencangkung meluangkan masa memeluk dan mencium adik Adib Amsyar ini yang sungguh comel.
Syukur ke hadrat ilahi untuk rezeki dan peluang ini.Semoga apa yang diberikan ini mendapat redha Allah SWT.
Best moment & rezeki adib amsyar bertemu KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj . Daulat TuanKu.
Disamping itu, baginda juga sempat melambai mesra adik Adib Amsyar di dalam lif, sebelum beredar dan meninggalkan lokasi.
Terharu Jiwa Keibuan Raja Permaisuri Agong
Ramai yang terharu dengan jiwa keibuan dan jiwa rakyat baginda, malah tumpang gembira dengan momen manis sebegini.
Ramai sebenarnya yang jenis suka simpan ubat demam lama sangat letak dalam peti, konon itu persediaan kalau anak demam secara tiba-tiba.
Persoalannya, elok ke ubat tu pada anak? Dan kalau boleh simpan pun, berapa lama tarikh yang selamat untuk diguna? Haaa… untuk elak bahaya pada kesihatan anak, baca perkongsian doktor Taufiq Razif ini.
Saya perasan kalau saya buka peti ais rumah siapa-siapa pun mesti banyak ubat demam anak-anak.
Biasanya mak ayah ni suka simpan ubat demam Panadol, Fepril, Uphamol dan Kidz PCM dalam peti ais. Bukan seminggu dua tapi kadang kala tu sampai berbulan-bulan pun ada.
Kenapa ye?
Tahu tak bahaya kalau kita simpan ubat demam tu lama sangat? Tahu tak botol ubat tu asalnya diisi dengan udara bersih ataupun Nitrogen di kilang sana. Udara dalam tu memang bebas kuman tapi sekali kita dah buka botol ubat demam tu, udara bersih tu akan keluar dan udara luar yang mengandungi fungi, bakteria dan wap air ni akan masuk.
Lagi satu, bila kita simpan ubat dalam peti ais proses kondensasi akan berlaku dan wap air akan terbentuk dalam botol ubat tu. Wap air tu takde bahan pengawet sepertimana ubat yang memang ada bahan pengawet jadi bakteria mudah membiak kat dalam tu.
Berapa lama je boleh simpan?
Sebenarnya tak perlu simpan pun. Bila anak demam lagi, ambil je ubat yang baru. Tu lagi selamat tapi kalau nak simpan juga jangan lebih 2 bulan ye. Lebih bahaya lagi kalau kita simpan pastu kita lupa dah berapa lama ubat tu kita simpan. Bila anak demam je terus bagi ubat lama tadi. Aduh! Bahaya!
NOTA:
Kalau suhu masih bawah 37.5 c tu tak perlu pun ubat demam. Banyakkan minum air ye. Kalau selsema sikit-sikit tu banyakkan makan buah buahan je. Belajar berjimat cermat sikit bab ubat-ubatan.
Tolong sebarkan dan ajar ilmu ni pada ibubapa kat luar sana juga ye. Saya tahu ramai ibubapa yang tak tahu tentang benda ni.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Gula-gula gummy bebas dijual di pasaran, jelly berisiko tercekik bagi kanak-kanak. Kejadian tragis melibatkan adik Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, seorang kanak-kanak berusia 10...