Haa.. first time kan dengar resepi Cracker Telur Dadar Sedap ni. Samalah dengan hakak. Cara nak membuatnya pun senang saja. Bahan-bahan yang diperlukan pun mudah didapati dan ringkas ya amat, asalkan wajib ada 3 bahan asas; biskut cracker, telur dan bawang. Yang penting, resepi ni memang ‘rare’.
Lain-lain tu optional. Bila agak-agak poket kering, terutama tengah ke hujung bulan.. nilah makanan paling syok nak dibedal. Resepi ini daripada perkongsian Cik Puan Fai Zah Sabi atau senang membahasakan dirinya dengan panggilan Kak Faie.
Resepi cracker telur dadar sedap ini asalnya dikongsikan temannya dalam grup MAHN. Memandangkan cara membuatnya yang tak terlalu renyah, amat sesuailah untuk mak-mak yang dikejar waktu tapi dalam masa yang sama nak kena sediakan makanan yang mengenyangkan untuk anak-anak.
“Hidangan ini untuk sarapan pagi dan minum petang. Resepi ini daripada Mak Kak Faie. Lama dah resepi ni mak kak Faie buat untuk kami adik beradik makan. Kali ni kak Faie buat untuk famili kak faie pula. Selamat mencuba
.”15 – 20 keping biskut 4 segi (cracker)
2 biji telur
1 ulas bawang merah
2 biji cili padi (optional)
Sedikit garam dan serbuk kunyit
1. Patahkan biskut dan basahkan dengan air biasa.
2. Kacau telur dengan bawang, garam dan serbuk kunyit macam nak buat telur dadar.
3. Goreng biskut sehingga kering/garing.
4. Masukkan telur yang telah dikacau ke dalam biskut dan goreng hingga masak/ garing.
5. Siap. Hidangkan bersama sos cili dan mayonis. Yummy..
Selamat mencuba!
Sumber/Foto/Video : Facebook Fai Zah Sabi