
Isi Kandungan
ToggleHaa.. first time kan dengar resepi Cracker Telur Dadar Sedap ni. Samalah dengan hakak. Cara nak membuatnya pun senang saja. Bahan-bahan yang diperlukan pun mudah didapati dan ringkas ya amat, asalkan wajib ada 3 bahan asas; biskut cracker, telur dan bawang. Yang penting, resepi ni memang ‘rare’.
Lain-lain tu optional. Bila agak-agak poket kering, terutama tengah ke hujung bulan.. nilah makanan paling syok nak dibedal. Resepi ini daripada perkongsian Cik Puan Fai Zah Sabi atau senang membahasakan dirinya dengan panggilan Kak Faie.
Resepi cracker telur dadar sedap ini asalnya dikongsikan temannya dalam grup MAHN. Memandangkan cara membuatnya yang tak terlalu renyah, amat sesuailah untuk mak-mak yang dikejar waktu tapi dalam masa yang sama nak kena sediakan makanan yang mengenyangkan untuk anak-anak.
“Hidangan ini untuk sarapan pagi dan minum petang. Resepi ini daripada Mak Kak Faie. Lama dah resepi ni mak kak Faie buat untuk kami adik beradik makan. Kali ni kak Faie buat untuk famili kak faie pula. Selamat mencuba.”
Bahan-bahan Resepi Cracker Telur Dadar Sedap
15 – 20 keping biskut 4 segi (cracker)
2 biji telur
1 ulas bawang merah
2 biji cili padi (optional)
Sedikit garam dan serbuk kunyit

Cara Membuat
1. Patahkan biskut dan basahkan dengan air biasa.
2. Kacau telur dengan bawang, garam dan serbuk kunyit macam nak buat telur dadar.
3. Goreng biskut sehingga kering/garing.
4. Masukkan telur yang telah dikacau ke dalam biskut dan goreng hingga masak/ garing.
5. Siap. Hidangkan bersama sos cili dan mayonis. Yummy..
Selamat mencuba!

Tonton Video, Akan Ditunjukkan Satu Persatu Step By Step CrackerTelur Dadar Sedap
Sumber/Foto/Video : Facebook Fai Zah Sabi
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bukan Viral Video, Ini WAJIB KITA BUAT Kalau Terserempak Kemalangan Kebakaran Di Lebuh Raya

Isi Kandungan
ToggleBukan viral video, ini wajib kita buat kalau terserempak kemalangan kebakaran di lebuh raya, banyak nyawa boleh diselamatkan. Sejak dua hari viral video raungan seorang suami Muhamad Redzuan yang menyaksikan isteri kesayangannya, Nurul Nazihah Kamalul Arifin yang meninggal akibat kenderaan dijilat api dalam kemalangan di kilometer 45.7 Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan di Kulai.
Urusan pengkebumian arwah Nurul Nazihah sudah disempurnakan semalam dan alhamdulilah menurut ahli keluarganya jasadnya ditemui sempurna, seakan-akan sedang duduk di antara dua sujud selain tidak terkupas walau dijilat api marak.
Bukan viral video, Ini WAJIB KITA BUAT Kalau Terserempak Kemalangan Kebakaran Di Lebuh Raya
Dalam pada kejadian menyayat hati ini, pasti ada sesuatu yang sama-sama boleh kita belajar iaitu bersedia dengan pemadam api di dalam kenderaan masing-masing. Walau tidak meminta kejadian sebegini berulang dan menimpa ahli keluarga kita tetapi sekurangnya kita boleh menolong orang lain kalau terserempak kemalangan begini, bukan meviralkan video kejadian.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Baru Seminggu Balik Umrah, Hati Suami Luluh Saksikan Isteri Terbakar Dalam Kereta
Dikongsi dari FB Harima Abdul Rahman yang pernah disyer beberapa tahun lalu, wanita ini pernah kongsikan 3 tindakan pantas kalau terserempak kemalangan melibatkan kebakaran di lebuhraya. Moga ianya bermanfaat buat semua.
Baca perkongsiannya :-
Pada 25 Disember 2015, sebuah Land Rover hilang kawalan dan merempuh papan tanda jalan Jambatan Sungai Dohol sebelum melanggar sebiji Toyota Corolla di arah bertentangan. Selepas itu kedua dua kereta itu terbakar.
Orang Kota Tinggi Johor pasti ingat kejadian ini. Ini adalah antara kemalangan yang paling menyanyat hati. Pemandu wanita Toyota Corolla itu meninggal. Manakala yang lagi dasyat pasangan suami isteri dalam Land Rover bersama seorang anak perempuannya rentung.
Kemalangan ini sangat menyentuh hati kerana sebelum meninggal, ibu di dalam Land Rover itu sempat memecahkan cermin dengan kudrat yang ada untuk mencampakkan seorang lagi anaknya ke atas jalan raya. Anak lelakinya selamat dan dihantar ke hospital, walaupun selepas itu ibu bapa bersama kakaknya hangus dijilat api.
Ramai orang melihat detik detik itu secara live. Tetapi tak ada satu video pun yang sempat dirakam. Bukan sebab tak ada telefon atau kamera. Tapi difahamkan, semua yang berdiri di tempat kejadian tak sanggup untuk merakam video apabila melihat mangsa yang meraung raung dijilat api di dalam kereta. Betapa dasyatnya kejadian tersebut, tak ada seorang berani untuk jadi juara viral.
Tapi sedihnya, walaupun ramai yang berhenti melihat kejadian tersebut, tak seorang pun yang mampu atau berani untuk menolong keluarga malang itu. Hanya air mata yang mampu dikeluarkan melihat betapa seksanya mangsa dijilat api.
Bukan orang kita tak ada hari perut, tapi kita tak tahu macam mana nak kendalikan jika kita melihat kecelakaan semacam itu berlaku. Sekarang musim perayaan datang lagi, kemalangan kereta sehingga terbakar tak mustahil akan berlaku lagi. Peristiwa anak yang akan kehilangan ibu bapa dalam sekelip mata tak mustahil berulang kembali. Tapi adakah kita mengambil pengajaran?
Maafkan saya jika terlewat. Tapi saya baru sahaja semalam hadir ke satu kursus kebakaran. Atas kesedaran ini, saya ingin berkongsi sedikit macam mana kita patut lakukan jika kita melihat kebakaran yang disebabkan oleh kemalangan jalan raya. Nauzubillah. Tapi saya berharap sangat kalau awak sudi baca semoga lebih banyak nyawa dapat diselamatkan.
Moga lebih banyak nyawa diselamatkan kalau cepat buat 3 tindakan ini
PERTAMA:-
Tolong hubungi segera Bomba dan Penyelamat. Boleh dail 999 atau 112 terus jika awak melihat kemalangan macam ni. Tolong la jangan gaduh nak jadi raja viral. Tak payah la bila tengok eksiden tak sabar nak ambik video. Simpati la dekat orang lain. Telefon bomba dahulu sekurang kurangnya.
KEDUA :-
Bomba tak terus sampai ke tempat kejadian. Paling laju pun mungkin 10 minit hingga 15 minit. Terlalu lama bagi makhluk seperti api untuk menjilat mangsa. Jadi orang yang paling bertanggungjawab untuk menyelamatkan mangsa dan padam kebakaran ialah orang di sekitar kejadian yang berlaku.
Macam mana nak tolong?
Padamkan api yang membakar dengan alat pemadam api. Alat pemadam api ialah cara paling berkesan untuk memadamkan api api yang tak berapa besar ni. Jika ada simpat alat pemadam api dalam kereta, ambik dan gunakan dahulu. Itulah kepentingan bila kita simpan alat pemadam api dalam kereta kita.
Jika tak simpan alat pemadam api?
Yang ni ramai yang tak tahu. Sebenarnya undang undang negara kita mewajibkan tiga jenis kenderaan ini menyimpan alat pemadam api.
Lori,
Bas,
Teksi.
Jika awak melihat ketiga tiga kenderaan ini, tolong tahan dan pinjam alat pemadam api mereka. Cukup lima pemadam api, insyaallah boleh padamkan kebakaran tersebut.
Tapi disebabkan tak tahu, kita boleh biarkan bas atau lori lalu je dari tempat kejadian. Entah entah, drebar bas atau lori sendiri pun tak ingat dia ada alat pemadam api.
Kalau kereta polis atau ambulans, lagilah ada alat pemadam api.

Jika tak ada juga pemadam api?
Gunakan dulu air. Tapi kalau boleh jangan bagi air tu kena dekat mangsa. Sebab mangsa lagi seksa kalau air terkena badan dia. Pernah curahkan air ke atas ekzos motor yang panas? Berasap kan? Lebih kurang macam tu la mangsa akan rasa.
Alternatif lain, kalau tak jumpa jugak air. Jika ada air berkabonat macam air tin atau air botol boleh guna. Buka dulu penutup botol. Tutup dengan ibu jari, lepas tu goncang. Dah elok berbuih, lepas kan ibu jari dan halakan ke arah api. Insyaallah boleh. Kalau goncang sebelum buka penutup botol, air tu tak memancut macam air bomba tu.
KETIGA
Semasa sedang memadamkan api, orang lain boleh cuba untuk keluarkan mangsa dari kenderaan. Kalau macam bahaya sangat, padamkan la dulu api.
Kalau la cermin tu tak pecah lagi, boleh pecahkan cermin kereta itu guna alat pemadam api, kunci stering, tukul, atau apa apa sahaja benda keras. Untuk lebih mudah nak pecahkan cermin kereta, ketuk pada bucu bucu cermin. Kat situ lebih mudah untuk pecah berbanding ketuk dekat tengah.
Jika mangsa telah keluar dari kenderaan, dan badan masih terbakar, jangan biarkan dia berlari. Berlari boleh buatkan dia lagi terbakar. Suruh dia bergolek di atas tanah atau tar sehingga api padam.
Setakat ni, itu sahaja yang saya tahu. Kalau ada lagi cara yang lebih efektif boleh la kongsi.
Saya tak pernah mengharapkan orang share status saya. Tapi untuk kesedaran ini, saya mohon sangat kalau awak sudi kongsi status ini kepada orang lain. Nak copy paste tak bagi kredit pun saya tak kisah. Apa yang saya harapkan, lebih ramai nyawa diselamatkan. Sumber : FB Harima Abdul Karim
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wanita Ini Mohon Bantu Suaminya, Cari Keluarga Kandung Terpisah Sejak Usia Seminggu

Isi Kandungan
ToggleBetapa rindu terpisah dengan adik beradik malah keluarga kandung itu cukup mendalam sekali. Itulah emosi rindu yang dilalui suami kepada Yayang Zairudin.
Isteri ini menghubungi Mingguan Wanita, mohon bantuan buat suaminya yang ketika ini sedang mencari KELUARGA KANDUNG nya. Suaminya itu terpisah dengan ibu dan ayahnya sejak masih bayi.

Usia Seminggu Terpisah Dengan Keluarga Kandung
Dalam perkongsiannya itu, maklum Yayang, “Suami saya lahir di KLINIK KESIHATAN MANTIN. Dia diambil oleh keluarga angkatnya ketika usianya 1 minggu. Ketika itu, keluarga angkat duduk di Johor Bahru.”
“Ibu angkatnya cuma beritahu nama ibu kandungnya sahaja. Ibu kandung suaminya bernama SALMAH.”
“Suami saya ada 11 orang adik beradik kandung. Kalau tak salah, dia yang bongsu. Mohon bantuan semua share ya. Dapat jumpa adik beradik kandungnya pun tak apa.” Tulisnya ringkas.

Ini Maklumat Lanjut Mengenai Keluarga Kandung, Angkat Suami
Dalam pada itu, Yayang juga berkongsi serba sedikit maklumat berkenaan suaminya.
INFO KELUARGA KANDUNG :
NAMA IBU : SALMAH
ADIK BERADIK : 11 ORANG suami saya anak bongsu.
INFO KELUARGA ANGKAT :

BAPA ANGKAT : HASHIM (UMUR 83)
PEKERJAAN BAPA : GURU (sekarang sudah pencen)
IBU ANGKAT : SA’ADIAH (UMUR 65)
TINGGAL : JOHOR BAHRU
INFO SUAMI :
NAMA : MOHD AZMI
UMUR : 35 tahun
TEMPAT LAHIR : KLINIK KESIHATAN MANTIN
TARIKH LAHIR : 7.10.1983
MW : Semoga suami Yayang dapat dipertemukan semula dengan keluarga kandungnya. Dan sekiranya pembaca ada info mengenai keluarga kandung wanita ini, bolehlah hubunginya di talian whatsapp : 6018 775 4300
Sumber/Foto : Yayang Zairudin
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
2 Tip Cuci Sinki Tersumbat, Tak Payah Gigih Sangat Panggil Plumber Datang Baiki

Isi Kandungan
ToggleNak buat kerja lain banyak lagi tetapi tiba-tiba diuji dengan masalah sinki tersumbat. Inilah salah satu masalah yang akan buat mak-mak stress bila masuk dapur, nak panggil plumber pun satu hal.
Kalau sebelum ini anda cuma curahkan air panas yang tengah sedang menggelegak ke lubang sinki tetapi kali ini nak kongsi cara lain yang lebih berkesan!
Tak payah gigih panggil plumber untuk membaikinya, lebih baik jika anda cuba beberapa langkah di bawah terlebih dahulu untuk menyelesaikan masalah ini. Cara ini bukan sahaja mudah, tetapi juga menjimatkan wang.
CARA PERTAMA:
1. Keluarkan semua air yang bertakung di dalam singki dengan menggunakan baldi kecil atau cawan.
2. Curahkan secawan serbuk penaik ke dalam lubang singki.
3. Diikuti dengan secawan garam halus.
4. Kemudian, curahkan pula setengah cawan cuka tiruan.
5. Biarkan bahan-bahan yang dituangkan tadi bertindak selama 10 minit sebelum menuangkan air panas mendidih ke dalam lubang singki tersebut.
6. Setelah segala kekotoran tersumbat itu dapat dihilangkan, anda boleh pam singki mengunakan alat pengepam biasa.
7. Nak lagi bersih, ambil sehiris lemon, kemudian gosok disekitar sinki untuk hapuskan kuman. Lagi best, tinggal bau yang cukup wangi!
CARA KEDUA:
1. Masukkan ½ cawan baking soda kedalam lubang sinki. Pastikan air yang bertakung di dalam sinki telah dikeluarkan.
2. Gunakan sudu kecil atau apa-apa yang sesuai untuk masukkan baking soda tu kedalam lubang sinki.
3. Selepas itu masukkan pula ½ cawan cuka kedalam lubang sinki tadi. Tunggu 5 minit supaya baking soda dan cuka tadi bertindak balas.
4. Kemudian, ambil satu jag air panas mendidih dan curahkan ke dalam sinki.
5. Lihatlah hasilnya… jadi ke tak?

6. Sambung langkah dibawah kalau teknik diatas tak berjaya. Itu bermaksud ada kotoran super degil yang melekat di saluran sinki. Jadi kena guna cara yang extreme sikit.
7. Sediakan baldi kat bawah sinki untuk tadah air yang keluar tujuannya supaya lantai tak kotor. Tanggalkan perangkap sinki, buang semua kotoran yang telah terperangkap di dalamnya ke dalam baldi yang diletakkan di bawah sinki tadi. Buka paip untuk check jika air masih lagi bertakung di dalam sinki.
8. Jika masih tersumbat, Tanggalkan sambungan PVC di bawah sinki.
9. Bersihkan saluran atau sambungan PVC tadi dengan berus gigi yang sudah tidak digunakan.
10. Cantumkan semua sambungan dan perangkap sinki dan siap!
Haaa… selepas ini tiada alasan lagi nak biar sinki tersumbat macam itu je, tau! Anda dah ada cara ini, sila praktikkan.
Selamat mencuba!
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI