
Isi Kandungan
ToggleSedapnya resipi campak-campak udang masak berempah ni. Kalau suka berkuah mak-mak boleh tambah air sikit. Bukan apa menu udang ni memang boleh pelbagai ikut citarasa.Jika selalu buat resipi yang sama je, boleh cuba kelainan ikut resipi ni. Memang mudah, campak-campak je. Makan pula dengan nasi panas-panas.
Boleh cuba resipi daripada Puan Natasha Qalisya ini sebagai rujukan;
Udang masak berempah, Resepi campak-campak.
Bahan-Bahan:
1/2 Kilo Udang
2 sudu besar rempah kari babas Ayam/ikan
2 sudu besar serbuk Cili
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar Kicap ABC
1 sudu kecik lada hitam
Sedikit garam &perencah secukup rasa
1@2 tangkai Daun kari
Bawang putih & bawang merah (dihiris)
Sedikit air
Minyak untuk menumis
Cara Membuat:
1. Panaskan minyak dan masukkan semua bahan-bahan rempah dan sos di atas.Masak sampai pecah minyak dan tambah air sikit-sikit je.
2. Bila dah pecah minyak, baru masukkan udang, garam dan serbuk secukup rasa.
3. Masak sampai kering sikit dan tutup api.
Info Ekstra!
*Kalau suka kuah boleh tambah lebih air.
Siap! Selamat Mencuba.
Mesti Baca: Resipi Mudah UDANG MASAK MERAH MADU Sedap, Tak Rugi Cuba!
Baca Lagi Di Sini: Siang Udang Jangan Buang Kepala & Kulitnya, Boleh Buat Baja “POWER” Untuk Tanaman!
Artikel Menarik: Bihun Goreng Udang Kering 12 Sudu Gula VIRAL, Resipi Arwah Tok Nek!
Mingguan Wanita: Mudah je resipi campak-campak udang goreng berempah ni. Sangat menyelerakan makan dengan nasi panas. Kena cuba nanti.
Sumber: Natasha Qalisya
Macam ni kalau nak buat Mee Udang Penang Stail.
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita
Betul ke isteri bekerja sebab risau bebankan suami?
BABAS
ADABI
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hari Lahir Arwah Siti Sarah ke-37, Ayash Hadir Sebagai Pengganti-Uwais, Talita & Matin Keliling Katil Teruja Tengok Adik Depan Mata

Isi Kandungan
ToggleHari lahir arwah Siti Sarah ke-37, Ayash hadir sebagai pengganti. Syukur alhamdulillah apabila anak bongsu Shuib Sepahtu dan arwah Siti Sarah telah dibenarkan pulang ke rumah.
Malah dek kerana terlalu teruja, seperti mana hantaran sebuah video dan foto yang diletakkan di akaun Instagram Siti Sarah oleh admin yang menguruskan akaun tersebut selepas pemergian penyanyi itu, kelihatan tiga anak arwah Uwais, Talita dan Matin begitu teruja mengelilingi katil adik kesayangannya Ayash Affan.
Hari Lahir Arwah Siti Sarah Ke-37 Ayash Hadir Sebagai Pengganti
“Alhamdulillah. Keterujaan abang dan kakak melihat adik mereka. Semenjak dari hospital, Uwais, Talita dan Matin hari-hari tanya pasal Ayash.
“Mereka nampak happy sangat bila dapat tengok Ayash depan mata. Sebelum sampai, tiga beradik ni duduk depan pintu rumah tggu daddy bwk balik Ayash.
Uwais, Talita & Matin Keliling Katil Teruja Tengok Adik Depan Mata
“Terima kasih kepada semua yang mendoakan Ayash, terima kasih kepada smua yg mendoakan daddy, Uwais, Talita dan Matin serta terima kasih kepada semua yang rindukan arwah Sarah.
“Sepatutnya esok hari lahir arwah yang ke-37 (15 September) tapi aturan Allah tak siapa yang tahu. Kini, hanya Ayash yang hadir di rumah ini sebagai pengganti arwah. Terus doakan kesejahteraan arwah di sana, Al-Fatihah,” begitulah yang ditulis oleh admin akaun Instagram Siti Sarah.
“Pemergian Allahyarham Siti Sarah Membuka Mata Orang Supaya Tidak Mudah Menilai Artis” Nabil
“Pemergian Allahyarham Siti Sarah Membuka Mata Orang Supaya Tidak Mudah Menilai Artis” Nabil
“Selamat Hari Jadi Ibu”
Manakala Shuib menerusi perkongsiannya di Instagramnya juga berasa bersyukur dan menyifatkan Ayash merupakan hadiah hari jadi dari arwah isteri.
“Alhamdulilah,,,
“Hadiah Hari Jadi Ibu…Daripada Ibu…Selamat Hari Jadi Ibu.
“AL FATIHAH,” tulis Shuib.
Menjaga Anak-Anak Dengan Didikan Agama
Sebelum itu, Shuib juga menitipkan rasa gembira apabila akan dapat bertemu dan menyentuh bayinya itu buat pertama kalinya. Malah dia juga memberitahu akan menjaga anak-anaknya dengan didikan agama yang sempurna seperti mana Allahyarham isterinya, Siti Sarah Raissuddin harapkan.
“Alhamdulillah hari ini jumpa Ayash Affan. Masih ingat lagi ibu selalu cakap perkara yang sama berulang kali, ‘baby yang ke-4 ini awak jaga dia tau, jaga tau, awak jaga okey.
“InsyaAllah sayang, saya akan menjaga dia macam mana saya jaga awak sampailah dia menjadi anak yang soleh. Anak yang akan menjadi kebanggaan awak dunia dan akhirat.
“Anak yang selalu dekat dengan Allah, cuma saya mohon awak doakan saya. Perjalanan saya masih jauh, doakan saya selalu kuat. Saya sayang awak,” tulis Shuib.
Sumber / Sumber Foto : Instagram Shuib Sepahtu & Instagram Siti Sarah
APA RAHSIA KEJAYAAN KAMI JADI JUTAWAN MILENNIAL?
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Daftar sekarang di
https://toko.ideaktiv.com/…/webinar-eksklusif-ceo…/
atau scan QR Code pada poster
Atau sertai grup telegram WEBINAR EKSKLUSIF CEO BISNES : https://t.me/bangkitwanitaMW
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Radin Lelong Kasut Peribadi Untuk Kumpul Dana Bantu Frontliners

Penyampai radio Era, Radin Amir Effendi mengambil inisiatif sendiri dengan melelong sebahagian daripada koleksi kasut peribadinya esok, jam 9 malam menerusi platform Live akaun instagram peribadinya. Jelas Radin lagi ketika dihubungi MW sebentar tadi, wang terkumpul daripada jualan kasut itu nanti 100 peratus akan disalurkan untuk dana membantu frontliners.
Lelongan Amal – “Kita bukan kaya, tapi kita pernah merasa tiada”
Assalamualaikum, dalam fasa ke-3 PKP susulan wabak COVID 19. Saya tahu, ramai yang terkesan & kehilangan punca pendapatan untuk diri sendiri & ahli keluarga.
Jadi, saya terfikir untuk melelong sebahagian daripada koleksi kasut saya & 100% hasil jualan akan disumbangkan kepada yang memerlukan & juga membantu untuk membeli keperluan asas seperti hand sanitiser dan face mask untuk frontliners.
Lelongan Amal ini akan berlangsung esok, Isnin, jam 9 malam di Instagram saya. Saya bukan kaya, tapi saya pernah merasa tiada.

Tambah Radin lagi menerusi satu klip video ringkas di instagramnya siang tadi, “Kasut saya saiz UK8, dalam sesi lelongan esok Live di instagram saya, beberapa soalan fakta akan diberikan. Setiap jawapan yang betul hadiahnya bernilai RM10, RM20, RM 30, RM50 ataupun RM100. Pemenang bertuah akan saya ‘dm’ secara peribadi.
“Pemenang juga boleh memilih sama ada untuk wang itu dikreditkan ke akaun milik mereka ataupun jika pemenang itu bermurah hati, wang kemenangan itu boleh juga didermakan untuk misi amal ini,”terang Radin dan mengharap usahanya ini sedikit sebanyak dapat membantu membeli keperluan seperti face mask dan hand sanitiser untuk kegunaan frontliners.
MW memuji usaha murni Radin ini, tak kiralah kecil atau besar sumbangannya nanti…apa yang penting kesedaran beliau menyumbang sesuatu untuk membantu pihak yang memerlukan wajar dicontohi.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Memang Rasa Tak Sedap Hati.” Ibu Ingat Kemalangan Biasa, Rupanya Anak Terkorban

Isi Kandungan
Toggle“Memang rasa tak sedap hati.” Ibu ingat kemalangan biasa, rupanya anak terkorban. Panggilan telefon daripada menantu disangkakan anak lelakinya hanya terlibat kemalangan biasa saja, namun kuasa Allah mengatasi segalanya.
Daripada Allah kita datang, kepada-Nya kita kembali. Semoga keluarga ini kuat berdepan ujian berat di kala bulan Ramadan ini. Luluh perasaan seorang ibu dan juga isteri bila menerima khabar mengejutkan begini.
Memang Rasa Tak Sedap Hati
Perasaan tidak sedap hati seorang ibu selepas tidak melihat van dinaiki anaknya berhampiran rumah membawa khabar duka apabila buah hatinya itu disahkan meninggal dunia dalam kemalangan di Kampung Sungai Ikan Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu, Kuala Nerus, petang semalam.

Dalam kejadian jam 6.22 petang itu, Mohd Shalam Mat Saat, 37, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas van dinaikinya bersama tiga lagi rakan terbabit dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan iaitu van, dua kereta (Proton Wira dan Proton Persona) dan sebuah bas ekspres.
Turut terkorban dalam kemalangan itu adalah tiga rakan sekerja Mohd Shalam.
Baca Di Sini : Baru 4 Hari Bergelar Suami Isteri, Pengantin Lelaki Maut Dalam Kemalangan!
Ibu Ingat Kemalangan Biasa
Menurut Che Rokiah Che Long, 65, biasanya van dinaikinya akan melalui kawasan rumah mereka di Losong sebelum anaknya itu pulang ke kediamannya di Kampung Padang Mengkuang, Bukit Payong, Marang.
“Biasanya van diparkir berhampiran rumah tetapi petang tadi tak nampak van membuatkan saya terdetik mengapa dia pulang lewat hari ini.
“Memang rasa tak sedap hati dan perasaan itu terjawab apabila menerima panggilan daripada menantu (isteri Mohd Shalam) jam 7.20 malam memaklumkan Mohd Shalam terbabit dalam kemalangan.
“Ketika terima panggilan itu, kami sedang berbuka dan menantu cuma bagi tahu dia kemalangan sahaja. Sebaik selesai solat Maghrib, kami sekeluarga ke hospital sebelum dimaklumkan anak sudah tiada,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, malam tadi.
Rupanya Anak Terkorban
Sementara itu, bapa kepada Mohd Shalam, Mat Saat Jusoh, 72, berkata, dia tidak menyangka kemalangan itu meragut nyawa anak keempat daripada tujuh beradik.
“Ketika menantu telefon, ingatkan anak hanya kemalangan biasa tetapi sangkaan itu meleset apabila anak disahkan meninggal dunia,” katanya.
Allahyarham Mohd Shalam meninggalkan isteri yang sedang hamil tiga bulan dan seorang anak berusia lima tahun.
Baca Juga Di Sini: Hajat Tak Kesampaian, Anak Meninggal Kemalangan Dalam Perjalanan Ziarah Jenazah Ibu
Ragut Empat Nyawa
Tragedi 2 Ramadan ini meragut empat nyawa manakala dua lagi parah dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan termasuk sebuah bas ekspres dalam kejadian di Kampung Sungai Ikan Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu, jam 6.22 petang semalam.
Mangsa yang disahkan maut adalah Syed Mohd Shukri Tuan Yahya, 36; Muhammad Saufi Jusoh, 34 dan termasuklah Mohd Shalam, 37 tahun. Manakala identiti seorang lagi mangsa belum dikenal pasti.
Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerus, Azmi Omar berkata, kemalangan itu membabitkan sebuah van, dua kereta iaitu Proton Wira dan Proton Persona serta sebuah bas ekspres.

Artikel Berkaitan: Pemain JDT Kemalangan, Anak Baru Berusia 22 Hari & Ibu Mentua Meninggal
Kemalangan Empat Kenderaan
Menurutnya, mangsa yang maut adalah penumpang dan pemandu sebuah van yang dipercayai pekerja sebuah syarikat kimpalan berdasarkan tong gas yang terdapat dalam kenderaan terbabit.
Katanya, dua mangsa yang parah dalam insiden itu adalah pemandu dan penumpang Proton Wira, Muhammad Fazil Husin, 33, dan Nursilawati Said @ Nawang, 42.
“13 penumpang termasuk dua pemandu bas ekspres dan pemandu Proton Persona, Chew Cheong Keng, 55, tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Sebaik menerima panggilan, seramai 18 anggota termasuk tujuh dari BBP Kuala Terengganu dikejarkan ke lokasi kejadian,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Menurutnya, kemalangan dipercayai berlaku apabila van jenis Daihatsu yang dalam perjalanan menghala ke Kuala Terengganu dikatakan gagal memotong sebuah kenderaan sebelum melanggar Proton Persona yang datang dari arah bertentangan.
“Van terbabit kemudian melanggar bas ekspres yang dalam perjalanan menghala ke Kota Bharu menyebabkan kenderaan terbabit remuk,” katanya.

Ambil Masa 1 Jam
Katanya, Proton Wira dinaiki Muhammad Fazil dan Nursilawati yang berada di belakang van terbabit kemudian melanggar Proton Persona yang berpusing selepas dirempuh van berkenaan.
Tambahnya, pihaknya mengambil masa hampir satu jam untuk mengeluarkan semua mangsa yang tersepit dalam van berkenaan dengan mangsa terakhir dikeluarkan jam 7.14 malam.
Semua mangsa yang maut dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera turut dihantar ke hospital sama bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Mingguan Wanita : MW mengucapkan salam takziah buat seluruh keluarga mangsa yang terlibat. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa mereka dan menempatkan mereka di kalangan orang beriman. Al-Fatihah.
Sumber : myMetro
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI