
Kalau mak-mak nak dapatkan kulit sihat dan cantik seiring dengan amalan berpuasa ini. Mak-mak kenalah usaha amal jus resepi awet muda waktu buka puasa ini.
Tak perlu dah nak telan kolagen bagai. Cuma amal secara konsisten. Hasilnya, tengok kulit wajah Nurasykin Ali ini.. flawless lagi mulus.
“Apa kata dari ibu-ibu buka puasa minum air manis lemak dan gula tinggi macam air sirap, teh ais, bandung. Baik ibu cuba Jus Awet Muda ini.”
So simple dan sedap! Bukan takat awet muda je tau, susu badan ibu pun jadi banyak.
Kak ekin guna bahan dari ulam pegaga, epal lemon dan madu.
Selain minuman ni baik untuk ibu, jus ni pun sangat baik untuk suami.
Khasiat pegaga tu sangat lah banyak. Buatkan ibu awet muda sebab pegaga ni dapat suburkan rambut, bina kolagen secara semulajadi, tingkat tenaga, lancarkan peredaran darah, penghadaman dan macam-macam lah.
Ok jom cikidaut bahan dan cara buat Jus awet Muda.
Cara Buat Jus Awet Muda





Sumber/Foto : Nurasykin Ali
Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rupanya Bunga Kantan Boleh Dibuat Sambal! Sedap, Garing & Pedas

Isi Kandungan
ToggleBunga Kantan selalu ditambah pada kuah Laksa Penang, Asam Pedas dan sebagainya sebagai penambah aroma menyedapkan lagi rasa masakan. Jika mak-mak ada tanam sendiri bunga kantan, ada lebihan bunga kantan di rumah boleh cuba buat Sambal Bunga Kantan yang sedap, garing dan pedas ini. Rasanya yang unik, pasti membuka selera dan boleh dinikmati dengan bubur atau nasi panas.
Berikut perkongsian daripada Puan Mastuty Ramly sebagai rujukan;
“Kali pertama buat.. macam gini ke rupa sambal bunga kantannye. Terjebak tengok tv3 tadi..teringin nak rasa, terus gi cari bahan. Jadi kan malam ni jugak sambalnye.”
Bahan-Bahan:
Bunga kantan dihiris halus
Cili padi ikut rasa pedas sendiri
Bawang merah dalam 10-15biji kecil
Ikan bilis (Digoreng hingga garing)
Cara Membuat:
1. Gorengkan bawang merah dan cili padi, setelah layu blend kan (jangan halus sangat).
2. Kemudian tumiskan kembali bahan yang di blender tadi. Dah naik bau serta minyak masukkan bunga kantan beserta air (saya letak dalam 3 cawan untuk layukan bunga kantan)
3. Masak sampai naik minyak semula, masukkan garam dan perasa secukupnya.
4. Dah naik minyak, matikan api.Last sekali masukkan ikan bilis yang telah digoreng ketika sambal dah sejuk supaya ikan bilis masih lagi kekal rangup.

Dah siap.
Selamat mencuba!
Baca Lagi Di Sini: Resepi Sambal Hitam Yang Betul Betul Original, Sebenarnya Cuma Guna 4 Bahan Ini Saja
MW: Jadi buat mak-mak yang nak rasai kesedapan dan keunikan sambal bunga kantan ni, bolehlah cuna sendiri di rumah. Makan dengan bubur atau nasi putih panas, fuhh memang sedap.
Sumber: Mastuty Ramli
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nasi Beriani Tulang Kambing Dan Lontong Daun Pisang Sajian Istimewa Pagi Syawal

Isi Kandungan
ToggleNasi adalah antara masakan yang mesti dihidangkan di meja makan pada pagi Syawal. Tak kiralah nasi beriani, nasi minyak, nasi dagang dan macam-macam jenis lagi.
Selain aneka jenis nasi, lotong juga antara hidangan yang sering kali dihidangkan di pagi raya.
Apa kata kali ini cuba masak Nasi Beriani Tulang Daging dan Lotong Daun Pisang sebagai sajian istimewa untuk keluarga. Walau pun PKP, raya tetap raya! Resipi ini telah dikongsikan oleh Nur Adlina Badarudin https:///nuradlina.badarudin.9

NASI BERIANI TULANG KAMBING
BAHAN-BAHAN NASI:
500 gram beras basmathi
750 ml air rebusan tulang
1 labu bawang besar – dihiris
2 ulas bawang putih – dihiris
5 cm halia – dihiris nipis
1 sudu besar serbuk rempah beriani
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk pati ayam/daging
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh air mawar
1 sudu teh kewra
1 sudu teh perwarna kuning
1 sudu besar minyak sapi untuk menumis
BAHAN-BAHAN UNTUK AIR REBUSAN TULANG:
300 gram tulang kambing
1liter air (atau lebih)
5 cm kulit kayu manis
6 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
CARA MEMASAK:
- Untuk menyediakan air rebusan tulang kambing; Rebus tulang, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang di dalam satu periuk sehingga isi tulang benar-benar empuk. Anggaran masa 1-2 jam proses merebus. Air boleh ditambah dari masa ke semasa sehingga daging benar-benar lembut. Ketepikan.
- Untuk menanak nasi, cuci dan basuh beras. Tapis dan ketepikan.
- Di dalam kuali, panaskan minyak sapi dan tumis bawang besar, bawang putih, halia hingga wangi. Tutup api. Ketepikan.
- Masukkan beras, air rebusan tulang bersama rempah-rempah yang direbus sekali, tulang kambing, air ros, air kewra, bahan tumis, garam, serbuk lada hitam dan pati ayam/daging ke dalam periuk nasi elektrik.
- Kacau dan masaklah nasi seperti biasa hingga masak. Apabila nasi telah masak, titiskan perwarna kuning pada nasi dan kacau rata.
- Sedia untuk dihidang bersama lauk pilihan.
TIP:
Sukat air rebusan tulang sehingga ukurannya menjadi 750 ml. Jika air rebusan tersebut kurang daripada jumlah tersebut, bolehlah dicampur dengan air biasa. Biasanya air ros dan kewra boleh dibeli di kedai-kedai runcit India.

LONTONG DAUN PISANG
BAHAN-BAHAN:
400 gram beras
Daun pisang secukupnya
1 1/2 liter air

BAHAN UNTUK KUAH LODEH:
2 helai fucuk kering – rendam dan gunting kecil
2 keping tauhu – potong keping-keping dan digoreng
2 paket tempe – potong keping-keping dan digoreng
1 bungkus kecil suhun – rendam
1/2 batang lobak merah – potong memanjang
6 batang kacang panjang – potong 3cm panjang
100 gram kubis – potong kecil
100 gram udang kering – kisar
1 labu bawang besar – kisar
2 ulas bawang putih – kisar
3 cm lengkuas – kisar
1 batang serai – kisar
1 kiub ikan bilis
1/2 sudu teh serbuk kunyit
500 ml santan pekat
600 ml air
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis secukupnya
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat lontong; Beras dibasuh dan ditapis. Ketepikan.
- Daun pisang dibentuk seperti gelungan berukuran lebih kurang 2-3 cm. Buat 2-3 kali gulungan supaya daun tidak mudah koyak. Sematkan bahagian bawah daun dengan pencungkil gigi atau ‘stepler’ dan masukkan 2/3 beras daripada tinggi daun. Sematkan kembali bahagian atas daun pisang. Ulang hingga selesai. Ketepikan.
- Masukkan lontong tadi ke dalam periuk, masukkan air dan rebuslah hingga lontong benar-benar masak dan padat seperti merebus ketupat. Angkat dan ketepikan.
- Untuk membuat kuah lodeh: Panaskan minyak di dalam periuk, tumis bahan-bahan yang telah dikisar tadi. Masukkan kiub ikan bilis, serbuk kunyit, gula dan garam secukup rasa. Tumislah hingga terbit wangi dan pecah minyak.
- Masukkan air, fucuk, tahu, tempe dan lobak merah, masaklah selama 5 minit atau sehingga fucuk benar-benar masak.
- Kemudian masukkan santan dan kacang panjang. Apabila kacang panjang telah agak empuk, masukkan kubis dan suhun masaklah selama 3 minit lagi. Tutup api.
- Sedia untuk dihidang bersama lontong.
TIP:
Anggaran lontong daun pisang antara 6-9 keping.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Lala Buttermilk Cheese, Modal Pun Tak Mahal Mana

Isi Kandungan
ToggleSesekali cubalah resipi Lala Buttermilk Cheese ini. Mudah saja nak membuatnya. Malah, nak dapatkan bekalan lala pun mudah sebenarnya.
Boleh cari yang frozen di pasaraya. Berbanding kerang, lala ini boleh dibuat bila-bila masa yang anda mahukan.
Dapur Mak Rerama, Umie Watie berkongsi resepi mudah sedia ini. Kongsinya, “petang ni kita minum petang macam omputih sat. Lala Buttermilk Cheese namanya. Meratah saja pun sedap oi. Makan dengan roti boleh. Makan dengan spageti pun boleh tau.
Jom kita buat.
Bahan-bahan dan cara ada di setiap gambar. Selamat mencuba.
Cara Buat Lala Buttermilk Cheese
Sedap oiii. Meratah saja pun sedap yakmat. Lemak berkrim disukai ramai. Lagi-lagi ada topping cheese tu. Tak jadi lauk kalau masak gini. Kalau yang buat diet keto atau atkins memang boleh buat. Nak tau apa ke benda atkins dengan keto tu boleh gugel ek.
Bahan-bahan
- 1kg lala
- 5 ulas bawang putih
- 2 biji cili api
- 1 sdb chili flake
- 1 sdb lada hitam
- 1 cawan susu segar
- 4 keping keju
- Daun bawang
- Keju mozarella
Mula-mula tumiskan bawang putih cincang. Tumiskan sampai dia naik bau. Masa ini bau dia Masya-Allah sistur memang bikin cacing goyang Inul.
Bila bawang putih dah kekuningan bubuh cili api, chili flake dan lada hitam. Kalau suka pedas boleh gandakan jumlah cili api. Kakchik suka pedas manja-manja macam kakchik. Manja tu kakchik, yang pedas tu korang.
Semua dah garing dan wangi bubuhkan susu segar. Takde susu segar bubuh susu cair pun boleh. Nak bancuh susu anak pun boleh. Takde hal ye adik kakak.
Bila susu dah mendidih masukkan keju keping. Gaul gaulkan supaya semua rata. Kena adil dan saksama.
Bila keju dah cair elok masukkan lala yang dah dibasuh bersih dalam kuali. Gaul gaulkan biar lala masak.
Sedia Untuk Dibakar
Tuangkan dalam mangkuk cantik yang tahan ketuhar.

Taburkan keju mozarella dan daun bawang. Bakar dalam ketuhar 180 darjeh selsius selama 25 minit sampai keju cair.
Tada dah siap, hidangkan pada anak dan suami. Sesekali makan gini seronok juga. Modal pun tak mahal mana. Selamat mencuba korang.
Sedap oiii. Meratah saja pun sedap yakmat. Lemak berkrim disukai ramai. Lagi-lagi ada topping cheese tu. Tak jadi lauk kalau masak gini. Kalau yang buat diet keto atau atkins memang boleh buat. Nak tau apa ke benda atkins dengan keto tu boleh gugel ek.
Baca sini : Acong Sweetchild jual pai keju, air tangan isteri demi kelangsungan hidup
Sumber/Foto : Umie Watie
Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI