Resepi Ayam Panggang, “Bila Bakar, Isi Ayam Jadi Juicy.”

Share

Patutlah sedap sangat, nak buat ayam panggang macam rasa kat Kenny Roggers tu mak-mak kena tahu rahsia perapannya. Baru lah nikmat isi ayam akan jadi juicy dan sedap yang amat.

Tip masak ayam panggang ini dikongsikan oleh Puan Nor Ezra Erlyna Ibrahim di laman Facebook yang dikongsikan 2703 orang dalam masa yang singkat.

Nah, kalau cuba hari ini, mak-mak boleh sediakan bahan-bahan dulu.

Ayam Panggang, Isi Ayam Jadi Juicy

Ayam (1 ekor dibelah rerama)
Bawang besar (kisar)
Bawang putih (kisar)
Halia (kisar)
5 sb sos tiram
3 sb kicap pekat (manis)
3 sb cuka (bila bakar ayam akan jadi juicy)
3 sb jintan manis
2 sb jintan putih
1 sk serbuk paprika
1 sk lada hitam
1 sk serbuk ayam
Mix herb

Cara Buat Ayam Panggang:

1. Masukkan semua bahan-bahan kisar dan semua bahan-bahan di atas ke dalam bekas dan gaulkan semua sekali dengan ayam.

2. Perapkan semalaman or min 2 jam. (Saya suka perap semalaman sebab bahan perapan rasa sampai ke dalam ayam)

3. Bolehlah dibakar. Sebelum bakar taburkan atas ayam dgn mix herb dan lada hitam.

Nota:

Rasa dulu sebelum letak garam sebab bahan-bahan tu semua dah ada bahan perisa. If kurang rasa baru letak garam.

Selamat mencuba ya, mak-mak!

Published by
Nadia