
Isi Kandungan
TogglePatutlah sedap sangat, nak buat ayam panggang macam rasa kat Kenny Roggers tu mak-mak kena tahu rahsia perapannya. Baru lah nikmat isi ayam akan jadi juicy dan sedap yang amat.
Tip masak ayam panggang ini dikongsikan oleh Puan Nor Ezra Erlyna Ibrahim di laman Facebook yang dikongsikan 2703 orang dalam masa yang singkat.
Nah, kalau cuba hari ini, mak-mak boleh sediakan bahan-bahan dulu.
Ayam Panggang, Isi Ayam Jadi Juicy
Ayam (1 ekor dibelah rerama)
Bawang besar (kisar)
Bawang putih (kisar)
Halia (kisar)
5 sb sos tiram
3 sb kicap pekat (manis)
3 sb cuka (bila bakar ayam akan jadi juicy)
3 sb jintan manis
2 sb jintan putih
1 sk serbuk paprika
1 sk lada hitam
1 sk serbuk ayam
Mix herb
Cara Buat Ayam Panggang:
1. Masukkan semua bahan-bahan kisar dan semua bahan-bahan di atas ke dalam bekas dan gaulkan semua sekali dengan ayam.
2. Perapkan semalaman or min 2 jam. (Saya suka perap semalaman sebab bahan perapan rasa sampai ke dalam ayam)

3. Bolehlah dibakar. Sebelum bakar taburkan atas ayam dgn mix herb dan lada hitam.
Nota:
Rasa dulu sebelum letak garam sebab bahan-bahan tu semua dah ada bahan perisa. If kurang rasa baru letak garam.
Selamat mencuba ya, mak-mak!
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Simpan Daun Sup Supaya Tak Layu, Ini 4 Bulan Pun Masih Elok Sangat!

Isi Kandungan
ToggleBiasanya bukan hari-hari guna mak-mak guna daun sup dalam masakan tetapi kalau sekali beli tak boleh beli sedikit sangat. Nak tak nak memang ada lebih dan akhirnya simpan dalam peti.
Namun ada satu masalah yang selalu terjadi, daun sup itu tak tahan lama. Cepat sangat layu dan buruk, sudahnya terpaksa buang!
Satu masalah lagi, nak tanam pun kadang pokok sup ni cepat mati kalau salah gayanya. Tak cukup air pun tak boleh, apa lagi kalau terlebih siram. Habis, tak kan nak ulang alik ke kedai semata-mata beli daun sup?
Inilah masalah mak-mak kalau nak masak, tak tahu cara macam mana nak buat daun sup atau jenis sayur lain tahan lama. Untuk mudahkan kerja dapur mak-mak, anda boleh ikut cara Puan Rien Suriani simpan daun sup, yang mana boleh guna lama dan jimat!
Cara Simpan Daun Sup
Sangat senang, wanita ini cuma kongsi tip macam mana nak simpan daun bawang, daun sup, daun pisang, kari, supaya tak layu.
Segala daun pun boleh. Tak kisah janji uols semua simpan dalam bekas kedap udara atau pun plastik yang kedap.
1. Basuh dan toskan. Biar kering sedikit. Nak potong boleh tak potong pun boleh.
2. Kemudian simpan daun sup itu dalam peti sejuk beku. Mak-mak boleh masukkan dalam plastik atau bekas kedap udara.
3. Daun bawang still segar. Wakaupun dah di simpan lebih empat bulan. simpan di tempat beku. Tak perlu masuk kan air di dalam bekas.
Biasanya bila kita masak sup daun bawang tu kita guna sikit je kan. So selebihnya kita buang, sayang sangat. Walaupun seringit tapi bernilai okay. Dah lepas ni jangan membazir lagi.
Segala daun yang mak kirim dari kampung tu boleh disimpan dalam tempat sejuk beku.
Jangan tak percaya setahun pun masih elok lagi.Serius kakrien da simpan daun bawang ni hampir 4 bulan. Still fresh dan elok.
Jimat duit jimat masa.
4. Ok, sebenarnya daun sup itu dah cuci siap siap sebelum simpan. Waktu nak guna tak perlu tunggu cair masuk kan je dalam sup. Jadi daun tetap segar.
Jadikan Kiub Daun Sup

Atau satu lagi cara, mak-mak boleh buat macam ini, jimat sikit! Yang pasti tahan lama.
1. Potong daun ikut suka nak kasar atau halus.
2. Letakkan dalam bekas yang ada. Bekas ini saya beli di GIANT dulu. RM 4.99 untuk 2 bekas.
3. Tuang air. Lagi bagus tuang air sejuk. Saya akan tuang air sejuk dalam jag dulu kemudian campurkan setitik lemon untuk bagi segar daun-daun tu.
4. Simpan dalam freezer. Bila beku boleh keluarkan dan simpan dalam bekas lain atau ziplock. Bekas tu saya boleh guna untuk bekukan ais/ puri anak pula.
Moga bermanfaat buat mak-mak yang super duper busy!
Selamat mencuba!
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Laksa Mee Pangkor Original, Punyalah Sedap, Hirup Kuah Sampai Licin

Isi Kandungan
ToggleLaksa mee Pangkor menu hidangan yang cukup popular di kalangan orang Perak terutama orang Pangkor, Lumut, Pantai Remis dan sekitarnya. Kalau di tempat lain mungkin agak susah kita nak jumpa laksa mee Pangkor.
Bagi warga negeri Perak yang rindu nak makan laksa mee Pangkor, jom kita masak laksa mee Pangkor mengikut resipi yang dikongsikan oleh Chef Sue M Arukin ini. Memang puas hati bila masak sendiri. Nak tunggu balik kampung lambat lagi jadi kita buat sendiri, boleh makan ulang-ulang.
Resipi Laksa Mee Pangkor Original
RESIPI LAKSA MEE PANGKOR
BAHAN-BAHAN A:
2 ikat laksa mee Pangkor*
BAHAN-BAHAN B (Kuah):
10-12 ekor ikan kembung/termenung – saiz sederhana
3 keping asam gelugur
1/2 sudu teh garam
Air secukupnya (sekitar 1.5 liter)
5 ulas bawang merah – mayang halus
3 ulas bawang putih – ketuk kasar
BAHAN-BAHAN C (Sambal):
500 gram udang saiz sederhana- bersihkan
10-15 tangkai cili kering – rebus & kisar
5 ulas bawang merah – mayang halus
3 ulas bawang putih – ketuk kasar
1/2 inci belacan
1 keping asam gelugur
Garam & gula secukup rasa
BAHAN-BAHAN D (Sayur):
200 gram kacang panjang – hiris kecil (refer gambar)
3 ulas bawang putih -ketuk & cincang kasar
Garam secukup rasa
Punyalah Sedap, Hirup Kuah Sampai Licin
CARA MEMBUAT:
1. Celur laksa mee macam celur laksa atau mi kemudian toskan.
2. Untuk kuah; rebus semua bahan B hingga ikan empuk. Perisikan ikan (kisar tulang ikan dan tapis, ambil airnya). Isi ikan boleh dikisar halus atau kisar kasar. Boleh juga biarkan ikan rebus seeekor begitu. Tuang air rebusan ikan, air kisaran tulang ikan dan isi ikan kembali ke dalam periuk. Didihkan hingga menggelegak. Tambah garam secukupnya dan sedikit gula (untuk balancekan rasa). Sementara itu, panaskan sesudu makan minyak dalam kuali, goreng bawang merah dan putih hingga perang (jangan sampai terlalu garing), kemudian tuang semuanya dalam kuali sup ikan tadi. Tutup api, tabur cincangan daun sup dan daun bawang.
3. Untuk sambal; panaskan dua sudu makan minyak dalam kuali. Goreng bawang merah hingga perang. Masukkan cili kisar lalu tumis hingga masak. Masukkan bawang putih (bawang putih akan hancur sendiri), asam gelugur dan udang. Tumis hingga semua bahan masak sempurna. Tambah garam dan gula secukup rasa.
4. Untuk sayur: panaskan sedikit minyak dalam kuali, masukkan bawang putih, goreng hingga wangi. Masukkan kacang panjang dan garam secukupnya. Kacau sebentar dan tutup api. Tak perlu tumis lama kerana kita nakkan kacang itu masih ada rasa rangup.

5. Untuk menghidang; letak sedikit laksa mee dalam mangkuk. Tuang kuah berserta isi ikan, sayur kacang dan sambal udang. Nikmati ketika kuah masih panas.
Sumber kredit: Sue M Arukin
Baca artikel lain di sini: Resipi Kuah Laksa Ala Kopitiam, Guna Sardin Dalam Tin, Cepat Dan Mudah Sangat!
Resipi Kuah Laksa, 25 Minit Siap!
Resipi Turun Temurun Laksa Johor Mak, Sangat Simple Tapi Sangat Lazat, Kena Ikut Cara Ini
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Popia Nestum Rangup, Gulung Guna Straw Lebih Senang!

Isi Kandungan
ToggleSelain kuih dan biskut raya, kudap-kudapan juga antara kegemaran ramai masa hari raya.Seperti kerepek, kekacang dan popia nestum ni. Nak buatnya cukup mudah dan pastinya memang sedap.
Cuma bab yang agak ‘renyah’nak buat popia nestum ni, waktu nak menggulungnya. Jika salah gulung, hujungnya terbuka dan gulungan pun tak cantik sekata.
Rupanya ada cara senang nak gulung kulit popia ni, hanya guna batang straw. Ia membuatkan kulit popia lebih mudah digulung, kemas dan cantik apabila digunting nanti.
Berikut perkongsian daripada Puan Shaiela Ehin sebagai rujukan;
“Buat popia nestum hari ni.Saya lebih suka gulung guna straw je.Semua step ada pada gambar ye.Sesiapa nak cuba buat boleh lah buat. Saya halalkan siapa yang ambil resepi ni”
Bahan-Bahan:
Kulit popia
Nestum
Minyak untuk menggoreng
3 senduk Nestum (dikisar halus)
1 senduk gula (dikisar halus)
1 senduk susu tepung
Tepung gandum
air
Straw
Cara Membuat:
- Gulung kulit popia dan letak straw. Hujung tu sapukan bancuhan tepung gandum.Bancuh jangan cair, sedang-sedang je macam buat cucur tu.
2. Gulung sampai habis dan tarik straw perlahan-lahan.
3. Buat banyak-banyak seperti ini.
4. Guntingkan popia secara menyerong dengan gunting yang tajam.
5. Gorengkan popia dalam kuali dengan api sederhana sehingga kekuningan.
6. Angkat, tos dan biarkan seketika.

7.Gaul sebati nestum, gula dan susu tepung selepas itu bolehlah taburkan pada popia yang telah digoreng tadi. Pastikan popia telah betul-betul sejuk.
Siap!
Info Ekstra!
1. Popia yang telah digunting tak perlu dijemur. Biarkan bawah kipas sekejap agar keras dan terus digoreng.Barulah rangup.
2.Jika nak senang letak popia yang dah digoreng dalam besen.Tabur nestum tu, goncang-goncang sikit, siap!
3.Kena cari straw yang keras skit, senang nak tarik.Kalau tak nak melekat sapu tepung gandum dekat straw tu, bila dah gulung senang nak tarik.
4. Goreng api sederhana, kalau api kecil sangat nanti popia tu makan minyak.
Selamat Mencuba!
MW: Buat mak-mak yang nak kudapan sampingan masa hari raya nanti boleh cuba resipi ni. Memang senang sangat nak buat dan terbukti sedap!
Sumber:Shaiela Ehin
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI