Selain daging lembu, resepi ayam bakar juga akan jadi pilihan mak-mak. untuk dijadikan sajian Yelah, pagi raya pertama bukan boleh makan daging lembu terus, kena tunggu sembelih dan bersihkan daging sebelum dimasak. Jadi anda patut sediakan plan B dengan menjamu pagi raya dengan lauk ayam. Tambah pula kalau bahan perap ayam yang dibuat itu superb, memang licin! Jemput godek resepi yang dikongsikan oleh Puan Rusmida Rusdi
…Raya Haji ni boleh buat. Fuhhh kecur air liur. Berebut tu pasti!
Ayam (kepak atau paha) – 2 kg
Sos tomato – 8 sudu besar
Sos cili – 8 sudu besar
Gula – 3 sudu besar
Garam -2 sudu besar
Serbuk lada hitam -2 sudu besar
Serbuk paprika – 4 sudu mkn (Mida letak lebih )
Bawang putih – 4 ulas ( tumbuk lumat )
Majerin – 3 sudu besar
Roti marjerin bakar
1) Ambik periuk dalam. Masukkan majerin dan bawang putih.
2) Terus masukkan sos cili dan sos tomato. Serbuk black paper.
3) Paprika, garam, dan gula letak terus.
Guna api berlahan.
4) Kacau sehingga mendidih.
5) Gaul bersama ayam yang Mida sedia kan tadi. Gaul lebih kurang 10 minit biar rata. Tutup api.
6) Angkat dan tutup dengan plastik wrapping simpan dalam peti ais 1 malam.
7) Kemudian bakar dalam oven atau dapur sehingga masak.
Mida letak sos perapan tu waktu nak terbalikkan. Sedappp weii!
#Share la Raya haji boleh cuba buat!