Resepi Asal Stew Ayam Cara Raja Permaisuri Agong, Rugi Tak Cuba!

Share

Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah cukup dikenali handal memasak di dapur. Pelbagai hidangan disediakan sehingga terhasil lah buku masakan daripada baginda sendiri bertajuk “Air Tangan Tengku Puan Pahang”. Ramai yang teruja dan teringin merasa air tangan baginda.

Menerusi perkongsian oleh Makcik Ratu, Stew Ayam ini merupakan salah satu resipi asal daripada Tunku Hajah Azizah Aminah sendiri. Ketika baginda masih bergelar Tengku Puan Pahang. Cukup sedap dinikmati bersama roti bawang putih.

“Stew Ayam Cara Tengku Puan Pahang Resepi ni asalnya daripada Tunku Hajah Azizah Aminah.Rugi la kalau tak cuba.. sedap ni tau.”

Bahan-Bahan:

1/2 ekor ayam – potong ikut suka
2 – 3 sudu besar tepung gandum
Sedikit kicap
1sdb lada hitam – tumbuk kasar
Garam dan serbuk perasa
5 biji ubi kentang – dipotong 4
1 batang karot – potong besar
1 biji bawang besar – potong 4
1 tin button mushroom potong 2 dalam tin

Bahan Tumis: (hiris nipis)

4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia

1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang

Cara Membuat:

1. Tumis bahan penumis termasuk bawang serta halia yang dihiris nipis hingga wangi. Masukkan tepung gandum dan digoreng dengan api perlahan supaya tepung agak masak.

2. Masukkan ayam dan ubi kentang, karot, bawang besar dan dikacau rata. Masukkan sedikit air, kicap, garam, lada hitam dan serbuk perasa. Masak sehingga kentang empuk. Akhir masuk button mushroom.

3.Sesuaikan rasa dan kepekatannya. Tabur daun sup dan bawang goreng. Hidangkan.

Garlic Bread

Sapuan GARLIC BREAD…
Roti apa-apa pun boleh
Roti Peranchis
Roti Burger
Roti Hot Dog
Roti Gardenia

Bahan-Bahan:

Setengah buku unsalted butter
5 ulas bawang putih dihiris halus-halus
Beberapa helai daun parsley dihiris halus-halus

Cara Membuat:

Campurkan ketiga-tiga bahan sehingga sebati.
Sapu ke atas roti, bakar roti dalam oven/ atas pan/ bakar dalam toaster pun senang.

Siap!

Baca Lagi Disini: Raut Wajah Manis, Mesra & Berjiwa Rakyat, Kenali Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah

MW: Menarik resipi stew ayam yang dikongsikan ini. Mak-mak boleh lah cuba di rumah untuk anak-anak nanti.

Sumber: Makcik Ratu

Published by
Suhaidah Abd Wahab