Resepi Aiskrim Bunga Telang, Ini Cara Nak Dapat 3 Warna Berbeza

Share

Yang mak-mak semua faham, bunga telang kegunaannya sebagai pewarna dalam nasi kerabu. Ada banyak lagi kegunaan bunga telang. Suri anak 4, Puan Liyana Anaqi berkongsi panduan mempelbagaikan kegunaan bunga telang. Resepi aiskrim bunga telang ini tentulah yang paling unik sekali.

Kenapa pula paling unik? Sebab bila bunga telang dimasak sampai jadi pati. Hasilnya boleh dibuat aiskrim ataupun jus untuk minum petang. Macam mana nak dapatkan 3 warna berbeza daripada satu pati bunga telang? Ini panduan yang boleh mak-mak cuba. Mudah saja rupanya.

Cara Buat Aiskrim Bunga Telang

 

Bunga telang ada banyak. Tapi tak cukup banyak nak buat apa-apa masakan. Nak buat macam mana? Kita kumpul bunga telang, dan buat pati. Kutip saja bunga-bunga ni hari-hari, dan simpan di dalam freezer. Bila sudah cukup kuantitinya, kita buat pati.

 

Syarat sebelum simpan bunga telang dalam freeze : Pastikan bunga dalam keadaan bersih sebelum simpan. Jika nak basuh selepas dikeluarkan dari freezer, warnanya dah mula turun.

 

Bila dah cukup, rebus bunga telang untuk mendapatkan warna birunya.

 

Rebus dengan air tapis. Anggaran air dan bunga ialah 3 : 1. Setiap 3 cawan air untuk 1 cawan bunga. Didihkan dengan api sederhana, sehingga ia menggelegak. Biarkan menggelegak dalam 5 minit sahaja. Makin lama dididihkan makin terasa rumput pada pati.

Tutup api dan sejukkan.

 

Tapis bunganya selepas sejuk. Tengok, warnanya biru pekat.

 

Boleh simpan dalam bekas. Untuk separuh bekas aiskrim bunga telang, saya dapat sebotol 600ml pati, dan balance semangkuk kecil. Yang balance tu, kita buat minum petang, minum dengan pisang goreng.

 

Cara Dapatkan 3 Warna Berbeza

 

  • Pati yang dicairkan dan guna gula putih biasa = warna BIRU
  • Bunga telang + gula merah/molasses/ gula organik = warna KEHIJAUAN
  • Bunga telang + lemon = warna UNGU
  • Selepas mendapat warna pilihan bolehlah direbus dengan gula. Campurkan sedikit tepung jagung untuk mendapatkan tekstur aiskrim yang lembut. Setelah likat, sejukkan dan masukkan dalam plastik aiskrim Malaysia.
  • Simpan aiskrim bunga telang itu dalam peti beku.

Mudah Saja Nak Tanam Pokok Telang, Ini Panduan Asasnya

  • Tanam di tempat panas.
  • Masa nak naik kena siram banyak air.
  • Kena ada tempat untuk pokok ni memanjat. Saya guna pagar yang direcycle.
  • Kalau bunga ada sikit, boleh kutip dan simpan dalam bekas dalam freezer sampai cukup kuantiti nak dibuat pati.

Sumber / Foto : Puan Liyana Anaqi

Published by
Netty Ah Hiyer