Masalah perut buncit ni memang mengganggu kan mak-mak. Lagi-lagi bila nak cari baju yang sesuai. Bila perut tak kempis ni, confident level kita nak berhadapan dengan orang pun boleh terganggu.
Si cantik, Amyra Nabila Hasnol kali ini mengesyorkan air detox paling simple yang diberikan oleh bidan mengurut.
Resepi air serai ini bagus bukan saja untuk perut kempis dan sihat, ia juga buatkan angin satu badan hilang dengan pantas.
Katanya, “Myra nak share satu lagi resipi awet muda yang sangat mujarab dan sangat simple untuk orang yang terlebih rajin.”
“Myra dah try. best gila tak tipu. Lelaki dan perempuan diwajibkan cuba.”
Serai (10-15 batang)
Air (2-5 liter) *gambar tu dalam cawan je
– Ketuk serai sehingga pecah & rebus dalam 30-45 minit
*lagi banyak serai lagi banyak air diperlukan
Air ni diajar oleh bidan mengurut.
Jujurnya, bidan ni memang nampak sangat muda dalam awal 40an tetapi usianya dah lebih 50an.
Katanya, dari muda hingga sekarang, dia cuma amalkan minum AIR SERAI saja untuk kesihatan badan. Jamu dan makjun pun dia buat sendiri tau!
Amalkan minum segelas pagi lepas sarapan, tengah hari dan malam
√ Mengempiskan Perut
√ Badan & peluh berbau wangi
√ Melawaskan buang air kecil & besar
√ Membuang toksin (Boleh dijadikan detox)
√ Kulit bertamah cerah & sihat ( Nampak pink-pink gituw macam BARBIE DOLL )
Baca Sini : Air Kurus Viral! Tak Sampai 5 Minit Angin Berzumba Keluar
Selamat mencuba!
Sumber/Foto : Amyra Nabila Hasnol