Kata selebriti chef terkenal, Abang Brian ramai followernya yang minta dia kongsikan resepi western ini. Dan inilah cara mudah masak aglio olio gerenti jadi.
Yang pasti, bahan-bahan yang digunakan pun mudah nak dijumpai di pasaraya. Tengok pada resepinya ini memang mudah lah masak. Bolehlah buatkan untuk anak-anak dan suami waktu PKP nanti.
“Asyik mintak resipi western mudah kannnn… ni kite payungkan resipi yang dikongsikan semalam di #seleraAbangBrian
”Abang Brian juga mengajar masakan secara live di facebooknya pada setiap hari Selasa hingga Jumaat pada jam 9 malam dan 11 pagi pada hari Ahad. Mak-mak yang nak belajar bolehlah dapatkan ilmu dari Abang Brian ya.
400g Spaghetti yang telah dicelur
1/3 cawan minyak zaitun
150g kupang
8 ulas bawang putih, dicincang
1 cili api, dibelah
Daun kari
1/2 sudu kecil cili flakes
1/2 cawan pasli, dicincang
1 cawan keju parmesan parut
Garam dan lada hitam
1. Dalam kuali, panaskan minyak dengan kupang. Bila kupang cukup masak keluarkan dan tumiskan bawang putih dan cili flakes dengan minyak zaitun.
2. Gaulkan masuk spaghetti, daun pasli, kupang dan juga keju parmesan.
3. Perasakan dengan garam dan lada hitam secukupnya.
MW : Mudah kan, masakan western ini memang tak perlu berlama-lama di dapur pun. Untuk mak yang tak punya masa, ini sejenis penyediaan makanan keluarga yang mudah.
Abang Brian payung resipi ikan goreng berlado, kongsi tip nak buat sambal jadi lagi piao.
Tip jaga lesung batu, tumbuk garam kasar selalu untuk tajamkan matanya.
Sumber/Foto : Abang Brian
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita