Rentetan Kontroversi, Mak Wan Hidup Susah Tak Mampu Bayar Hutang & Kena Berjimat Beli Ubat

Share

Rentetan kontroversi, Mak Wan hidup susah, tak mampu bayar hutang & kena berjimat untuk beli ubat. Allahu rupanya pelbagai dugaan menimpa pelakon veteran yang dikenali sebagai Mak Wan Latah.

Kini hidupnya semakin susah dek kerana rentetan kontroversi yang melanda dirinya pada tahun 2022.

Rentetan Kontroversi, Mak Wan Kini Hidup Susah

Seperti yang diketahui umum sebelum ini pelbagai kontroversi  dikaitkan dengan pelakon yang juga pemilik nama sebenar Halimatussa’diah Mohd Daud, 62.

Antara kontroversi yang melanda termasuklah isu perkahwinan ketiganya yang bertahan hanya tiga bulan sebelum mereka bercerai.

Selain itu dirinya juga turut terpalit dengan isu pentengkaran dengan bekas pembantunya sehingga kes tersebut dibawa ke mahkamah.

Malah nama baiknya juga turut tercalar hinggakan memberi kesan kepada karier lakonannya. Kini dia tidak lagi menerima tawaran berlakon dan terpaksa hidup dalam kesempitan.

 

Tidak Mampu Bayar Hutang

Malah Mak Wan juga menyatakan menerusi laporan di mStar Online sumber pendapatannya terjejas selepas terlibat dalam dua kes mahkamah tahun lalu.

“Kalau ada duit ia akan digunakan untuk bayar hutang sampai saya dapat banyak mesej memaklumkan mereka nak tarik barang-barang yang dibeli.

“Setahun saya diuji sampai saya sudah tak mampu nak bayar semua hutang.

“Tapi kalau ada duit saya akan terus bayar… sampai macam itu sekali kesusahan yang saya alami,” ungkap Mak Wan yang akui tidak mampu membayar semua hutang.

Alami Penyakit Diabetes, Darah Tinggi & Asma

Mak Wan juga menerangkan dirinya terpaksa berjimat kerana masih perlu berulang-alik ke Taiping, Perak bagi menghadiri perbicaraan atas tuduhan berkelakuan aib iaitu meludah dengan terhadap seorang wanita yang masih berjalan.

Selain itu dia juga mempunyai pelbagai penyakit seperti diabetes, darah tinggi dan asma.

“Selain kos ulang-alik ke Taiping, saya juga perlu berjimat sebab nak beli ubat setiap bulan dan selebihnya digunakan untuk teruskan kehidupan,” sambungnya yang perlu membeli ubat-ubatan bagi penyakit diabetes, darah tinggi dan asma yang dihidapinya setiap bulan yang menelan kos tinggi.

Dekatkan Diri Dengan Allah

Dia yang kini tinggal bersendirian di rumah mengambil peluang yang ada dengan mendekatkan diri kepada Allah dengan memperbanyakkan amal ibadat.

“Saya tidak mahu terlalu fikir keadaan saya sekarang kerana bimbang akan mengalami masalah kemurungan apatah lagi sekarang saya tinggal sendirian di rumah.

“Saya cuba untuk tidak menangis atau memikirkan masalah yang berlaku selain mendekatkan diri kepada Allah.

“Sekurang-kurangnya Allah tak tinggalkan Mak Wan. Allah masih bersama Mak Wan. Semoga Allah tak benci Mak Wan,” kongsi Mak Wan.

Baca Sini : Mak Wan Latah Akur Kontroversi Dilalui Ujian & Dugaan “Keistimewaannya Allah Bagi, Saya Kena Banyak Sabar”

Mak Wan Latah REDA Apa Berlaku, Enggan Aibkan Sesiapa semuanya kuasa ALLAH

Sumber / Sumber Foto :  Mstar Online

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Edika Yusof Lelaki Kacak Yang Setia

Published by
Norhayati Suboh