Jika selalu buat rendang ayam atau daging, mak-mak boleh cuba kelainan dengan buat rendang telur. Malah, jimat sikit bajet tak semahal harga ayam dan daging. Menurut perkongsian pemilik resipi Puan Siti Anah Saleh, rendang telur ni sedap dimakan bersama Nasi Lemak mahupun pulut kuning.
Berikut resipi yang dikongsikan sebagai rujukan;
“Hari mak try buat nasi lemak rendang telur.Terima kasih pada pencetus idea ni Pak long semenyih tu.Firstime buat rendang telur sampai anak pun tanye, mak tiru resepi siapa ni. Rendang ni kalau makan dengan nasi lemak atau pulut kuning ok lah.Kalau makan dengan nasi putih tentulah sedap rendang ayam atau daging”
Ads
Bahan-Bahan:
Telur anggaran 30 biji
5 batang serai
2 inci halia
2 inci lengkuas
11 ulas bawang merah
Cili kering / cili api ikut suka banyak mane
2 sudu makan rempah kari daging babas ( terpulang rempah jenama lain)
1 sudu makan serbuk jintan manis
2 sudu makan kerisik
1/2 caw santan kotak (mak memang guna santan tak banyak)
2 helai daun kunyit.
Asam keping, gula dan garam secukup rasa
Cara Membuat:
1.Rebus telur dan goreng dalam kuali, tapi kalau tak goreng pun ok je.
2.Kisar bawang, halia, lengkuas, serai dan cili, serta sehelai daun kunyit.
3.Tumis bahan yang dikisar agak-agak wangi masukkann rempah kari/ rempah rendang dan serbuk jintan manis.
4.Masukkann santan, asam keping, gula & garam.
5.Tambahkan sikit air letak asam keping masukan kerisik.
6.Bila dah mendidih, perlahankan api dan masukkan telur.Terpulang nak kuah banyak ke kuah kering.
7.Taburkan rendang dengan hirisan daun kunyit.
Ads
Siap!
Ads
Semoga perkongsian resipi ini bermanfaat.
Selamat Mencuba!
MW: Jadi buat mak-mak yang nak tukar selera atau tengah bajet bahan basah, boleh cuba resipi rendang telur yang dikongsikan ini. Sedap dimakan bersama nasi lemak atau pulut kuning.
Roti Hamlet Kaya ni kebiasaanya popular dekat Kelantan. Bagi yang pertama kali dengar mesti rasa macam pelik, apabila roti telur disapu dengan kaya.Boleh masuk ke dekat tekak. Haa, tak cuba buat sendiri dekat rumah tak tahu macam mana sedapnya roti ni. Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Nani Habib ni.
RESIPI ROTI HAMLET KAYA GAYA SEMUA ORANG
Haa sebab apa semua orang Nani kata!
Nanti kata orang kaya je boleh buat, jadi letak semua orang. Semua boleh buat senang kan.Serious sedapp tangkapp leleh bila makan. Bila makan tu rasa ala-ala bangsawan taw. Okey jom cekidot barang yang diperlukan.
Bahan Diperlukan:
Roti Hotdog / Roti Kebab ikut pilihan
Telur 3 biji
Kaya
Planta / Marjerin
Cara Membuat:
1. Pecahkan 3 biji telur kacau sampai hancur dan masukkan garam sedikit saja. Letak tepi dulu.
2. Ambil 2 keping roti hotdog belah tengah dan sapukan planta atau marjerin. Mana yang ada dekat dapur tu guna ja ok.
3. Ambil nonstick pan panaskan kemudian bakar roti hotdog sampai garing dan lembut. Angkat letak tepi.
4. Ambil telur yang dah di kacau tadi tuangkan dalam pan sampai separuh masak, kemudian ambil roti hotdog yang bakar tadi letak di atas telur tersebut. Biar disaluti telur yang mewah.
5. Dah masak terbalikkan dan angkat letak dalam pinggan. Time nila yang best.
6. Sapukan seberapa banyak kaya yang nak. Lagi banyak lagii sedapp.
Potonglah ikut besar mulut atau boleh je makan seketul roti tu. Hikhik
Siap! Senang kan.
Wajib cuba. Mudah simple anak beranak pasti suka. Oppss jangan lepas ni roti hotdog plak habis yer time pkpb ni.
Memang ada benarnya, Ikan Rebus sebaiknya kita buat sendiri di rumah, buat banyak-banyak simpan dalam freezer boleh tahan berminggu-minggu.Bila nak makan tinggal goreng je. Bukan apa, ikan rebus yang dibeli boleh diragui tahap kebersihan dan halalnya. Buat sendiri lebih puas hati.
Ada pelbagai cara untuk buat ikan rebus. Namun cara yang dikongsikan oleh Puan Nor Azua Amlan ini tak letak asam pun, hanya gaul dengan garam.Malah walaupun nama ikan rebus, hakikatnya ia perlu dikukus.
Berikut perkongsian tersebut;
HOMEMADE IKAN REBUS. Bila pegi pasar, akak pasti akan beli ikan kembong untuk buat ikan rebus. Masa akak beli ikan kembong ni tadi, sempat akak berbual dengan orang yang jual ikan tu.
Orang Melayu kita. Orang tu kata… Kalau boleh elakkan dan JANGAN beli yang ada jual dalam RAGA ROTAN kat pasar-pasar tu. Sebab dia sendiri dah tengok cara orang-orang kat situ buat.Tempat dia kotor dan menjijikkan. Dengan perut dan najis ikan yang tak dibuang, cara basuh, main siram jer dengan air.
Kalau sesiapa pegi tengak kat tempat orang tu buat, pasti tak akan beli dah sampai bila-bila. Lagi elok buat sendiri. Buat banyak-banyak, lepas tu simpan dalam frezer.Tahan berminggu-minggu. Nak makan/goreng ambil jer.
Yang ni akak buat sendiri Homemade habis akak buang segala isi perut dan insang ikan kembong ni. Dalam perut dia bersih dah.Ikan rebus ni sedap dimakan masa lepas goreng. Dan makan panas-panas. Akak kadang-kadang ikan rebus ni akak goreng dulu, lepas tu akak buat sambal.
Nama menu yang dalam gambar ni IKAN REBUS. Orang Perak panggil IKAN REBUS. Lain negeri, lain gelaran dia. Ikan ni sebenarnya DI KUKUS. Tak tahu dari mana boleh dapat nama IKAN REBUS. Yang akak buat ni memang tak letak asam. Ikan ni hanya gaul dengan garam semata.
Cara Membuat:
Akak buat ni ikan dia dalam 18 ekor, garam dalam 3 sudu. Gaul-gaul, susun dalam loyang rapat-rapat, perap selama 45 minit dan kukus selama 1 jam (1 jam ni sebab akak buat banyak. Kalau buat sikit, janganlah kukus sampai 1 jam… Agak-agak jerlah masa dia untuk berapa ekor yang kita nak kukus).
Org Perak memang panggil IKAN REBUS. Walaupun cara pembuatan dia dikukus. Macam suami akak asal orang Gombak, dia orang tak biasa makan.Mula-mula suami rasa pelik dengan menu ni dan sekarang, suami akak pulak yang suka makan.
Setiap kali gi pasar dia suruh beli ikan kembong atau 2kg. Buat banyak-banyak dan simpan dalam frezer. Nak goreng, keluarkan awal-awal mana yang perlu sahaja, biarkan pada suhu bilik, JANGAN direndam, bila dah lembut, terus goreng. JANGAN DI BASUH pulak. Sebab sebelum kita kukus ikan ni, kita dah bersihkan siap-siap. Lagipun kalau kita basuh sebelum goreng, takut ikan ni akan meletup-letup.
Info Ekstra!
Ikan DI KUKUS ye. BUKAN DI REBUS, Letak air dalam periuklah, letak asam kepinglah, letak gula nisanlah.BUKAN…BUKAN…BUKAN ye
Ni cara akak, cara orang lain akak tak tahu.Nama dia je IKAN REBUS. Dan ikan ni DIKUKUS. Jangan salah faham.Yang tak biasa mungkin akan kata PELIK.Tapi nilah hakikatnya, akak belajar dengan arwah ayah akak, seorang Peniaga Ikan dari rumah ke rumah. Alah…orang kata akak ni anak Taukeh Ikan secara kecil-kecilan.
IKAN REBUS ni biasa kalau kat pasar, orang jual dalam bakul rotan.
IKAN REBUS ni biasa orang Cina yang buat.
IKAN REBUS biasa dijual sekali dengan isi perut dan najis. Eeeeee… kotorrr.
Nak lebih bersih, buat je sendiri banyak-banyak, simpan dalam frezer, nak makan, keluarkan banyak mana yang perlu. GORENG.
Kalau buat banyak-banyak, asingkan siap-siap Ikan Rebus ni dalam plastik.
Keluarkan Ikan Rebus mana yang perlu sahaja. Selebihnya simpan semula dalam frezer.
Sebelum nak goreng, kalau Ikan Rebus tu masih keras beku, lembutkan pada suhu bilik (kalau ada yang tak tahu apa tu SUHU BILIK.
Contoh :- Nak goreng pukul 12 tengahhari, keluarkan ikan dalam pukul 10 pagi. Letak ikan dalam bekas yang sesuai. Biar ais ikan tu cair sendiri.JANGAN direndam Ikan Rebus dengan air.
Bila Ikan Rebus dah lembut, buang kepala dan ekor dan terus goreng. JANGAN gaul dengan serbuk kunyit pulak tau.
Cara-Cara nak simpan Ikan Rebus:
Dalam bekas, akak alas dengan plastik.Susun ikan rebus.
2. Alas lagi dengan plastik.Susun lagi ikan rebus. Buat sampai habis, layer by layer.
3. Simpan ikan rebus ni dalam freezer, kalau nak goreng, angkat je lapisan plastik tu.
Lembutkan ikan pada suhu bilik, lepas tu baru goreng.
Mingguan Wanita: Menarik juga buat ikan rebus ni. Mudah dan sedap. Malah terjamin bersih dan halal bila kita buat sendiri. Buat banyak-banyak boleh simpan dalam freezer, bila nak makan tinggal goreng je. Senang!
“Isyh, payahlah nak masak nasi camni, dia suka makan beras lain pastu kita pula suka beras lain.”
Inilah jadinya kalau selera tak sama. Tetapi mak-mak jangan risau ya, ada caranya lebih mudah malah hasilnya nasi lagi helookk!
Ikut cara Puan Arwina Mansor, cuma perlu kukus nasi. Nak panaskan nasi pun cuma kukus balik. Settle.
Cara Masak nasi Kukus
Ada sorang kawan kata, susahlah nak masak nasi sekarang. Mak nak beras perang, kami tak suka. Takkan tiap kali nak masak dua periuk.
“Alamak dik.. Senang je.. Kami di rumah dah lama masak nasi kukus. Senang je, tiap sorang satu mangkuk. Sedas je masak. Tak sampai sejam. Nasi cantik. Takde kerak. Gebu…”
Saya tunjuk, saya masak 3 jenis beras. Beras wangi, beras perang dan beras siam. Nak senang lagi. Pakai mangkuk lain-lain jenis. Senang kenal nasi siapa punya. Bunyi ting. Semua orang dapat makan nasi kegemaran.
Ok.. Sebab ramai pula tanya soalan yang sama. Saya beritahu sini.
Kalau nak nasi macam biasa. Letak beras yang dah dibasuh 3/4 dari mangkuk dan letak air penuh mangkuk.
Jadi nasi akan naik ke atas. Bila dah masak… Kalau nak nasi tu lembik, letak beras 1/4 @ 1/2, buh air penuh. So nasi akan lembik sikit. Senang nak tenyeh bagi baby makan.
Nak masak pun tak lama. Dalam 20min-40min. Bergantung kepada jenis pengukus dan kuantiti. Tapi.. Saya suka biar je dia kukus lama. Sampai waktu makan. Panas-panas kan sedap!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Walaupun masih tidak diberikan rezeki anak” itulah antara luahan pelakon Siti Elizad ketika ditemubual di Forum Berbahagi Suami sempena drama Berbahagi Suami.Elizad juga memberitahu...