Masuk raya kedua hari ni, jika rendang dan kuah kacang dah habis, namun masih ada lebihan ketupat atau nasi Impit, mak-mak jangan pula buang.Sayang, membazir pula nanti.Sebaliknya, ketupat dan nasi impit tersebut boleh diolah menjadi hidangan masakan yang sedap, dengan cara menggorengnya.Caranya macam kita nak buat ‘mee goreng’ tapi sebaliknya gantikan dengan Ketupat dan nasi impit ini.Bolehlah hidangkan waktu tetamu datang beraya nanti.
Nasi Impit/ketupat secukupnya(potong saiz sederhana)
1 biji bawang merah besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
10 biji cili kering(rendam sekejap dengan air panas)
3 biji cili padi
1 sudu besar udang kering(rendam sekejap dengan air panas)
Sedikit minyak untuk menumis dan gula dan sedikit garam.
Udang segar(buang kulit tapi biarkan ekornya)
Isi ayam/daging(potong kecil)
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap manis
1/2 kiub pati ayam
2 biji telur
Sawi
Kobis
Lobak Merah (potong memanjang)
Taugeh
Daun Kucai
1.Tumis bahan kisar sehingga naik bau dan kekuningan.
2.Masukkan sos tiram kicap dan kicap manis.
3.Masukkan udang dan isi ayam. Kacau seketika.
4.Masukkan telur dan kacau hancur.
5.Masukkan kiub pati ayam dan tambah sedikit gula dan garam jika kurang rasa(pastikan lebih sikit rasa masinnya sebab kita menggoreng nasi impit.
6.Masukkan nasi impit dan sayur-sayur. Kacau biar sekata rasa semuanya.
Selamat Mencuba!
Sedap! Mesti kena cuba.